Thursday, September 18, 2014

Apa Dah Jadi?

Assalammualaikum. Salam Sejahtera!

Fuhyoooo agak lelama sangat tak update blog. Jari jemari dah rasa kekok dah. Buuuu pentipu sangat! Haha.Well hari ni ada datang mood nak menaip sikit. Yeay! Yeay! Ekceli hari ni just nak melepaskan kestressan otak je kat sini. Hehee. Lets go trough one by one.

1. Selepas Operate 

Kehidupan agak berubah lepas operation bulan 3 hari tu. Aku tak boleh buat kerja berat sangat, kadang - kadang bila dukung baby pun dah rasa macam nak nangis je rasa lenguh. Hurm. Bila angkat barang berat sikit pun sama. Tersalah tarik pintu ke...terpenyek tangan / dada masa tidur ke...uiiisssh memang lenguh sepanjang hari jadinya. Tak best. Tak best. Emosi pun terganggu sebenarnya. Entah la jadi rendah diri. Jadi emo. Haha. Nak check up kemain malas aku ni. Baru ni ada berubat kampung, alhamdulillah. Beransur pulih. Yeaayy!

2. Acne. Jerawat jahat.

Sebelum sakit segala bagai kulit aku boleh la dikatakan flawless walaupun bukan macam Diana Danielle. Kekeke. Jerawat hormon tu biasalah memang ada, tapi jerawat bebanyak tumbuh macam nak menggila memang tade. Berbulan bulan bila tengok muka sendiri rasa menyampah hoiiii.

Bila aku buat kajian, acne ni muncul bukan sebab aku salah skincare. Jerawat seluruh badan! Haaaaaaaa start la aku pergi tanya Dr. Google. Like everyday. Nak tau macam mana itu, ini. Kenapa dan mengapa. Aku buat kesimpulan semuanya sebab aku banyak sangat makan ubat. YESS. Dari bulan 12 tahun lepas bawak ke bulan berapa entah tahun ni, banyak sangat makan ubat. Makanya terjadilah simtom acne jahat ni. (T_T) Bila dah banyak membaca artikel sini sana, aku rasa badan aku ni dah dipenuhi toksin maka menjadi penyebab kepada segala masalah acne! 

Sekarang tengah healing process.Cuma kulit muka aku sekarang kusam la. Tade putih gebus dah. Please la aku nak kawin ni. Jangan siksa aku. :p Banyak benda aku nak share pasal acne ni. Tunggu mood rajin okay? :)

3. Pemakanan

Rasa takut nak makan. Tade selera. Makan sikit. Minum air banyak gila. Makan sebab dah lapo sangat je. Akhirnya membawa kepada penurunan berat badan. Bulan puasa biasanya aku suka makan tanpa rasa melekit. Hehe. Tapi tahun ni tidak ye. Amik kau berat turun 3 kg. Pipi hilang. Kurus tulang menulang. Berat aku selalunya 47/48 kg. Now dah 45/46 kg. Erk. Kelakar jugak rasa badan melayang layang je. Seluar baju yang agak ketat pun aku boleh pakai semula.

4. STRESS

Pentipu sangat kalau tak stress. Aku bukan robot yang dah di set up menjadi positif setiap masa. Stress hoi! Maka kehidupan aku jadi makin teruk. Susah nak tidur malam, bangun lambat. Lemah longlai. Tak syok langsung! Plus aku ni loner, pemendam. Lagilah susah orang nak predict aku. Hurm. Kalau boleh aku tanak orang pepaksa aku cerita apa-apa sebab memang payah aku nak buat gitu! Tapi, I'll try my best. Ada jugak aku bercerita berperasaan dengan kengkawan baik tapi dalam kadar yang sangat sedikit. Kekeke :) Orang kata, salah satu cara menghilangkan stress dengan meluahkan apa yang kita rasa pada orang lain. Orang katalah, Aku tak kata. :p

Boleh jugak cuba yang ni kan? (Gambarajah ni aku dapat dari mana entah, twitter kot)


5. Kahwin

Amboi Amboii amboiii! :p


Baiklah. Tata for now! Have a nice day everyone!