Friday, April 18, 2014

Breast Pain. (Part 1)

Hai hai hai. Lama sangat tak update blog ni. Berbulan bulan. Hari ni main redah je bukak blog and update.
Kalau entri lepas aku update pasal masalah kesihatan, yang ni pun sama. Hehehe. :) Nak share with sesiapa yang baca entri ni, mudah mudahan ada manfaat dan mungkin berguna di masa akan datang.

Perkara ni jadi pertengahan bulan 3 baru ni. Al kisah bermula aku tengah rilek rileks silang kaki tengok tivi hari sabtu, berpeloh peloh cuaca panas kan. Tengah syok lap peloh tetibe tengok tapak tangan dah berdarah. "Eh aku luka ke?" Baru perasan kat baju ada darah. Terus cakap kat maid, "Kak, camne ni taik lalat aku ni ha bedaroh!"

Its not a big deal pun bila teringat masa tu. Alaa taik lalat bedaroh kita lap je la kan. Apa lah sangat. Aku amik tisu terus lap darah tu, then basuh. Ouh ye, taik lalat aku ni taik lalat hidup. Dan hidupnya dia adalah kat my left breast. Sejak keluar dari perut ibu yang mengandungkan aku lagi. Heee. :)

Dah petang sikit rasa sakit menyelubungi aku. Berdenyut denyut. Sakit bukan kat mole tu je, tapi semua left breast aku rasa sakit. Dan membengkak. Aku try picit kat mole nak tengok bleeding lagi ke tak, cuma ada sikit je. Macam kalau kita luka biasa, ada lagi tempat yang macam tak kering darah tu. Dalam kepala otak dah fikir, "Bahaya tak ehk..." Aku terpaksa akur untuk check kat hospital, takut jugak kang kalau makin teruk. Kan?

Hospital. Again. *sigh* Ouh tempat paling aku tak suka sekali nak pergi. Dapat pulak doktor yang macam nak tanak je check, lagi lah menyampah level gaban. Bila pergi hospital, doktor cakap tade apa-apa. Bagi ubat tahan sakit. Makan ubat, sakit tak hilang pun. Tak boleh tidur. Subuh ialah waktu tidur aku.

3 kali aku pergi hospital, bendanya sama. Nothing to worry katanya. Kalau takde apa-apa, kenapa breast membengkak plus sakit tak hilang? Kalau aku mampu mengamuk memang aku nak marah je doktor2 yang check tu semua. Bagi lagi ubat yang sama. Takde perubahan. Aku tetap sakit. Demam. Breast membengkak camtu. Ya Allah, sabo je lah. (T_T)" Bila doktor tanya macam mana mole boleh berdarah, aku cuma jawab tak tahu. Berkemungkinan aku bergesel dengan bra stripe atau dia tiba-tiba bleeding. Aku nak doktor explain what if mole tu memang tetibe nak bleeding sebab efek dari dalam breast ke camne...tapi doktor cakap takde apa-apa. Takde kaitan. Ha?

Kali ketiga pergi hospital, Doktor cakap breast membengkak cuma sebab aku tengah period masa tu. So its normal. Bila aku tanya kenapa ubat tahan sakit pun tak berkesan, dia cakap, "Ok, kita cucuk lah kalau camtu. Tengok camne...mungkin sakit awak akan hilang..." Fineeeeeeeeeeeeeeeeeee. Balik rumah, bontot aku yang sakit kena cucuk. Sakit breast aku sama je pergi dia. Aku tak boleh tidur jugak. Esok pepagi aku terus pergi Klinik Sulaiman. Lets try another Doctor.

Aku terasa dihargai sikit bila pergi klinik. Doktor dengar baik-baik apa yang kita nak explain. Dia tak potong cakap kita, pastu dia check betul-betul. Teliti. Rasa senang hati kita yang sakit niha.

Doktor cakap,
  1. Bila perempuan period, breast memang akan membengkak sikit, kiri dan kanan. Sebab kelenjar tu memang akan membengkak bila period.
  2. Dalam kes aku ni, left breast membengkak abnormal, bukan sebab period tu. Ada ketulan yang menyebabkan sakit tu.
  3. Boleh jadi kuman dah merebak dalam breast disebabkan oleh liang mole tu terbukak, berdarah.
  4. Sama ada breast aku ada ketulan / kelejar yang membengkak / fibroadenoma / breast lump
  5. ...atau bleeding mole yang menyebabkan breast aku membengkak.
  6. Kena remove mole sebab bahaya boleh lead to cancer.

Lepas explain dari doktor, dia terus bagi surat refer ke pakar dan bahagian surgical untuk operation. So, aku boleh ke hospital kerajaan atau swasta untuk jumpa pakar, untuk di check lagi, untuk dibedah ke apa.

Kepala pun dah berpusing fikir-fikir aku nak kemana. Haha. :D Doktor tu cakap, kalau aku refer ke hospital kerajaan (HOSHAS), mungkin makan masa yang  lama, lebih kurang sebulan. Kalau pergi hospital swasta, proses lebih cepat. Sudah semestinya aku kalau boleh nak setelkan hal ni cepat kan. Rasa dah tak sanggup nak hadap sakit ni.

Esoknya, bercadang nak gerak terus kemana mana pun. Ikut hati je. Sebab sakit yang aku tanggung ni, makin hari makin sakit. Even makan ubat, aku boleh bertahan sekejap sangat. Tidur pun tak lena. Aku cuma tidur bila bateri badan aku dah lack. Means, aku sangat letih...then barulah mata aku tertutup tido. Setiap hari aku akan tido bila dah nak subuh / waktu subuh. Pasal kerja dah terus lenyap dalam kotak fikiran aku. Start sakit tu, sehari je aku pergi kerja. Nasib la Boss aku memahami.

Nak dijadikan cerita, Mama suruh aku pergi semula ke hospital dan argue kenapa semua doktor cakap aku takde apa-apa sedangkan bila pergi Klinik Sulaiman doktor boleh diagnos camtu. Aku pergi jugak hospital semula petang tu just nak update pasal sakit aku ni kat pihak dorang dan nak tengok respon doktor tu camne. :p (Aku cerita pasal ni kat entri lain nanti! Kekeke. :p)

Finally, aku ke DMMC, Darul Makmur Medical Centre. First time aku dengar nama hospital ni sebenarnya. Sebab tu lah saje nak mencuba pergi ke sana. Hospital ni baru jugak la. First, aku pergi sebagai outpatient je. Aku sampai Kuantan pun masa tu dah malam (Jumaat, 21/03/2014). Lepas doktor check semua, baca diagnos dari Klinik Sulaiman & HOSHAS, esok paginya aku terus kena jumpa pakar (Sabtu, 22/03/2014) Makanya, aku bermalam kat Kuantan dulu Jumaat tu.

Gambarajah teaser! Chehh! :p

Ok, nanti kita sambung cerita seterusnya! Till then...Tata for now. XOXO