Thursday, December 19, 2013

Cerita Disember : Diari seorang penyakit.

Finally, terhapdet jugak kau wahai blog.

01 Disember 2013

Aku sakit perut. Sakit perut biasa. Aku lambat sangat makan. Dalam pemikiran logik aku, perut masuk angin. Ha padan muka. Sape suruh makan lambat kan. Erm tarikh ni tak ingat la betul ke tak. Tapi kira cincai lah petang Sabtu aku makan nasik ayam sedap giler kat TF Temerloh. Tapi...aku seriously sick + nak muntah. Makanya nasik ayam telah pun diabaikan. Ouh nasik ayam, sampai sekarang aku teringat kat kau, tau?

02 Disember 2013

Sakit bila kencing. Sangat pedih. Setiap kali aku kencing aku akan menangis. Kencing kerap. Sikit-sikit. Sampai letih dah aku rasa. Aku asyik menangis je. Mengadu kat mama. Sakit. Awal pagi dalam pukul 4 lebih aku lastnya terkencing atas katil. Pelik. Heran. Pastu aku tak boleh tido dah. Menangis lagi. Sakit gilerrr nak mamposss. Sapu ubat kat perot. Hundred times. Macam tuh jugak sakitnya.

03 - 04 Disember 2013

Aku biarkan je. Tahan je sakit tu. Menangis pun menangis lah. Aku tak syak sakit yang serius sebab rasanya macam takde apa-apa je. Mungkin perut masuk angin then sebab tu aku kencing tak lawas. Thats it. Aku pergi farmasi beli ubat yang sesuai. Sakit aku lega.

05 Disember 2013

Ouh sekejap je lega sebenarnya. Sakit perut bertambah sakit. Tapi dia attack belah kanan je. Sakit nak meninggal. Rasa nak jerit, gigit gigit bantal. Ya Allah. Sakit. Baring tak kena. Duduk sakit, berdiri lagilah. Aku berjalan pun membongkok je. Akhirnya aku tewas jugak kepada hospital. Malam terus pergi HOSHAS. Urgh, I LOATHE HOSPITALS, DOCTORS. Aku paling paling paling tak suka jumpa doktor. Aku pun tak tahu kenapa, dari dulu memang rasa menyampah je. Tapi bila aku dah terlampau sakit, terpaksa rela jugak la redha kate ko kena mengadap doktor. Blaaaaa blaaaa blaaa blaaaa doktor membebel. Ambik darah dengan air kencing.

Tunggu result dalam sejam dua, doktor cakap masalah kencing tak lawas. Mungkin radang pada appendix. Ok setel ambik ubat semua, aku balik. Perut macam tu jugak sakitnya. Dah sampai rumah makan ubat, aku tak boleh tidur. Bergh. Sakit. Mama and family busy uruskan barang-barang untuk sepupu aku kahwin esoknya.

06 Disember 2013

Aku tak kerja. Badan rasa lemah je. Mungkin takde selera nak makn + perut sakit + demam. Hari berehat di rumah. Makan ubat. Ramai dah orang merewang kenduri. Sepupu aku nikah lepas asar. Aku gagahkan diri jugak tolong orang. Tapi sikit je. Perut still sakit. Menusuk nusuk ke kalbu sangat. Sangat. Esoknya kenduri belah perempuan which is sepupu aku. Malam aku kinda paksa diri untuk tido. Sakit. Menangis lagi.

07 Disember 2013

Pagi ni perut aku boleh tahan lega. I guess ubat yang aku makan dah menunjukkan kesan positif. Aku sangat berharap hari ni last aku rasa sakit ni. Waktu kenduri aku tahan je sakit. Lantak. Bila rasa sakit, aku duduk.
Still perut belah kanan je yang sakit. Tak sabar nak tunggu esok. Ada sesuatu yang menggembirakan aku. Jumpa Ekin my best friend. :') Nak pergi Ayesyah kahwin dan kenduri belah suami sepupu aku pulak.

08 Disember 2013

Sebelum Ekin balik. Aku tahan je sakit sebenarnya, nak gembira punya pasal.

"Saat yang bahagia...datang sekejap saja...." Habis kenduri kendara semua, petang tu masa pergi tengok sungai Pahang, (bawak kanak-kanak tengok suasana banjir) aku sakit sampai rasa nak pengsan. Tangan macam dah mengeletar je tahan sakit. Ini betul-betul perit sakit dan segala macam perkataan sakit yang similar. Abang terus ajak pergi check semula. Bahaya katanya. Aku malas nak pergi hospital. Makanya kita pergi ke Klinik Sulaiman.

Sesi meluahkan perasaan pada doktor bermula. Test air kencing lagi. Dia tekan-tekan perut. Terus dapat surat cinta refer ke Pakar Bedah Hospital Pantai. (aku yang request kalau nak bedah) pasal aku taknak duk kat HOSHAS.

 "Kencing kotor...You ni appendix...I terus refer pakar bedah je la ye...You kena cepat...Macam ni, I bagi ubat, kalau sehari you still sakit yang sama, terus pergi Pantai Hospital lah ye..." 

Balik rumah, makan ubat. sakit. Melampau. Pung pang pung pang perbicaraan family, aku ke HOSHAS jugak malam tu, sebab macam susah je gayenye nak ke Hospital Pantai waktu tu. Lepas maghrib terus gerak pergi hospital.

Sakit perut macam nak maki je semua orang yang tanya soalan kat hospital tu. MA ke doktor ke, aku rasa nak sepak laju-laju. Aku mual yang tak tahulah camne rasa dia, Kalau dapat muntah kat muka MA tu rasa macam enjoy jugak.

"Ok sekarang between two. Masalah buah pinggang, atau appendix...amek darah, test air kencing dulu...pastu drip...blaaa blaaa blaaaaa..." (aku dah malas nak faham apa doktor cakap masa ni, lantak lah apa-apa pun) time MA ambik darah, aku berharap aku dapat bertukar menjadi hulk dan menghentam dia sampai penyek. She's annoyed me. A lot.

Lepas cucuk satu jarum tangan belah kiri, beralih pulak tangan belah kanan,
"Kenapa urat awak ni halus sangat? patutnya urat ni besar..." (aku keep on nak muntah...dah 2 plastik beg muntah dia bagi, tapi aku sangat prefer nak muntah kat muka dia) Lastnya, cucuk jarum kat belakang siku. Aku pun dah transform jadi robot. Dua-dua tangan telah pun dicederakan. Lakalakashiiiieeett.

Bayangkan...macam mana nak bengkokkan tangan kalau dah cucuk kat situ? Aku try bengkokkan tangan nak bagi rasa selesa, tapi sakit wooooooo wooooooooo woooooooo jarum tu tercucuk! Boleh pulak dia cakap kat aku, "Eh...boleh je kalau awak gerak-gerakkan tangan tu macam biasa takyah la nak takut sangat..." sambil gelak macam aku tengah buat lawak tempe. Sepantas kilat kakashi aku reply kat dia, "Sakit kottttt..." Buat muka. Dia diam. Annoying! Annoying! Annoying!

Aku dah tak tahu pukul berapa masa tu, pergi wad sebab nak drip. tunggu result darah + air kencing. Kena puasa katanya. Hurm tak heran sangat sebab aku dah memang macam orang puasa. Nurse pun annoying gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr tanya macam bapak polisi, pastu gelak gelak lagi, gossiping palyboy itu suami aku, watdefark. Ouh macam ni rupanya rupa hospital! PFFFFFFFFTTTTTT. Apesal setiap department aku pergi mesti tanya apa masalah aku? Sebelum aku ke wad, memang takde maklumat langsung ke dari doktor? Ke memang camni sistem hospital? Annoying! annoying! dan annoying lagi.

"Kalau dari 1-10 berapa tahap sakit awak ni?" 
"Erm...lebih dari 5..."
"Eh...ye ke awak ni...macam tak sakit sangat je saya tengok awak ni...." sambil gelak gelak senyuum senyummmmmmmmmm, gossiping palyboy itu suami aku, watdefark. Dengan selamber ayam dia biarkan aku macam dah nak tertelan penyukat suhu demam tu, dengan aku nak muntahnya...sambil gelak gelak senyuum senyummmmmmmmmm, gossiping palyboy itu suami aku, watdefark.

Aku dengan akak ipar berpandangan dan bergghh. (=.=) Dia teman aku kat situ. Then, dia keluar pergi makan. Dalam pukul 12 kot, doktor datang macam kumpulan nasyid dah kat katil aku.

"Blaaaaa blaaaaa blaaaaaa blaaaaaa...(doktor praktikal kot? terangkan kat errrr tak tau doktor apa pasal aku)
"Blaaaaa bluuuuu blaaaa blluuu blaaaa bluuuuu...." sambil gelak gelak senyuum senyummmmmmmmmm, pung pang pung pang bercakap bahasa yang aku tak faham langsung.
"Ouhhh I see...case ni not what we expected la ye...." dan kumpulan nasyid tadi blah ke katil sebelah.

Aku? blurrrrrrrrrrrrrrrrrrrr level 96. Apa nih?

Then ada sorang doktor hensem tampan kacak bergaya cakap kat aku, "Ok now result darah you ok takde masalah, cuma you ada jangkitan kuman pada pundi kencing. Lepas ambil ubat, you dah boleh balik ye..."

Alhamdulillah.

Turun dari katil aku terus kencing dengan banyaknyeeee...lega! Doktor bagi MC. Terus aku rasa lapar sangat sangat sangat lapar. Pergi ambik ubat, abang bagi aku mineral water. Aku muntah. Mual. Setel makan, makan ubat, balik rumah...rehat. Kepala pusing. Pening. Aku kencing tak rasa sakit dah. Perut pun sakit sikit je. Time nak tidur, mula lah aku rasa badan panas. Demam.

09 Disember 2013

Demam. Badan panas. Makan. Makan ubat lagi. Tidur. Rehat. Yang leganya, perut belah kanan aku tak sakit dah.

10 December 2013

MC sehari je. Makanya hari ni aku dah kerja. Boleh la. Aku tak sihat mana...muntah. Muntah. Muntah. (=.=)'' Ubat. Ubat. Ubat.

11 Disember 2013

Muntah. Muntah. Muntah. Ubat. Ubat. Ubat. Cuti.

12 - 13 Disember 2013

Kembali kerja macam biasa. Encik Boss suruh aku pergi klinik lagi. Check semula. Sebab aku macam belum sihat lagi sepenuhnya. Rasa mual tetap ada. Tak selesa. Malam, badan aku panas semula. Menangis. (T_T)''


14 - 15 Disember 2013

Rehat. Selera makan tak seberapa. Rasa nak muntah je. Mual tekak. Aku dah malas nak cara. Ignore segala apa benda sakit yang ada. Mama suruh stop makan ubat, entah-entah aku ni mabuk ubat kot.

16 - 19 Disember 2013

Minggu ni aku baru rasa better. Tapi mood makan memang dah takde napsu langsung. Tengok makanan pun aku nak muntah. Tak best. Makan lebih sikit aku muntah. Ada sehari tu aku tak ingat hari apa, semalam ke kelmarin, aku muntah segala-galanya yang aku makan dari pagi. Lemah longlai. Wuwuwuwuwuw. (T_T)''
Hari ni, adalah badan rasa ok sikit. Tapi selera makan dah kelaut. Minum air je banyak. Patut ke aku jumpa doktor semula? Patut ke aku jumpa MA yang annoying tu lagi? Berghh. Sekarang aku lapar. Tapi serius takde selera kalau dah teringat makanan je, terus mind set aku, muntah muntah muntah.

Alright, chow dulu!