Tuesday, October 22, 2013

Tragedi Oktober : Hari Jadi Aku.

Bila bulan sepuluh je, otak aku otometik dah terpikir pasal hari jadi. Sudah semestinya hari jadi sendiri. Tahun ni aku dah tua dewasa. 24 tahun uoollss. *clap *clap. Tapi...tapi...tapi..Tahun ni aku macam tak teringat sangat pasal birthday aku sebabnya rasa macam tak penting pun plus aku takde perasaan nak celebrate ke apa. Erk.

Mama ada jugak tanya nak beli kek ke..nak masak best best ke..aku still jugak takde nafsu. Buat taktau je. Dalam hati aku, "Alaaaa...tak payah kot nak buat semua tu. Aku dah tua. Tak payah nak celebrate bagai. segannnn." Teeeheeee. :p Dah kenape aku segan sangat pun taktau. 

Moh kite flashback tragedi Oktober birthday aku. Malam sebelum birthday tu, aku keluar dengan artis korea jap. Niat memang nak pegi bank in duit je. Tunggu punya tunggu dia datang rumah, aku dah didatangi penyakit mengantuk. (dia memang lambat sikit, nak mekap, set rambut semua) hihiii. Well, artis kannnnn. Dah memang jenis aku, sejak azali, bila menunggu je mengantuk, bila mengantuk je menunggu..eh salah. Bila mengantuk je aku tido!

Nano nano cekelat nano la aku keluar malam tu. Masuk kete zassss tido terus. Hahaha. :p Dah sampai tepacak kat depan bank pun aku tak seda lagi. Lagi sekali nano nano cekelat nano pegi bank, then setel.

"Jom minum..."
"Okehhh..." (masih nano nano)

Tik tok tik tok sampai pukul 12.00 a.m.

Biasa kalau detik 12 malam siapa yang wish birthday korang dulu? Mak? Ayah? Pakwe? Makwe? Bini? Jiran? Aku ni kira untung la artis yang wish birthday. Bahhhhahaa. Tapi yang sedihnya, aku ingatkan malam tu 4 haribulan. Bukan 5. Makanya aku ignore je. Ehh kesian dia. Takpe. Takpe. Aku memang blurr camni. Nasib la dia paham. Tengok? Untung lagi kann. :p

Dalam jiwa dan perasaan aku, memang dua orang je yang akan ingat & wish birthday aku. Ekin dan Zaimah. Tekaan aku jitu dan tepat! Memang dua orang tu yang mesej aku. Thank you a lot bestfriend! "Walau raga kita terpisah jauhhhhh..namun hati kita selalu dekatttt..." Eh, lagu apa ni ha?

5 Oktober 2013 jatuh pada hari sabtu. Aku happy gila birthday aku hari cuti sebab aku boleh menikmati keindahan rumah sehabis baik. Boleh tengok bola dengan aman. Siang aku tido puas puas. Makan. Merepek. Layan anak. Malam tengok bola sampai lebam. Syurga donia! Itulah rutin aku bila weekend. Tapi...suatu tragedi berbeza  berlaku pagi sabtu tu.

"Kakaaaakk...bangun..kawan awak ni datangggg..."
"hurrrrmmmmmm..." (kroiiihhh..kroiihh tido balik. ye, ye, aku tengah mimpi ni)

"Assalammualaikum...Balqiss...bangun la..."
(Erk. sape nih? sape nih?)

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah tanjat boboi sangat Zaimah ada depan mata! kejut aku bangun tido! Ya Allah memang koma habis. Nak tergelak pun ye. Malam tadi mesej dengan dia langsung takde berbaur nak datang ke apa. Dah nama pun seperaiiisss ye dok? Zaimah terus suruh aku bangun, katanya semua orang dah ready nak potong kek. Whattttttttttttttttttt? Kek pulak dahh. Aku koma koma bangun mandi. Zup zap zup zap. Bersiap. Turun bawah. :)

Semua orang ada. Mama, Abah, and the family. Nampak dorang seronok dua ronok sangat tengok aku turun nak potong kek.


Baiknya kek ni. Lilin tu 20 tahun je kan. Kaler pink pulak tu. Kikiki.

Seperaiiis ni memang tersangat seperaaiiiss habaq hang. Dengan Zaimah datang tiba tiba. Ada kek, ada hadiah. Hadiah pun kemain dup dap dup dap seperaiiiiisss.




Maunya tak dup dap. Kak Zaimah ni dia gigih tau balut hadiah banyak banyakkkkk banyakkkkkk lapis. Patutla tebal je hadiah ni bila pegang! Siap pesan lagi jangan ganas sangat kang pecah! Oppps. Dalam otak aku memang benda ni fragile. Gelas kot? Urrmmm music box? Novel? Errrrk. Bukak lagi satu pembalut. satu pembalut lagi keluar. Semua orang dah... "Ehhhh bila nak sampai hadiah ni..." "Banyaknyee zai balut ni haaa...."  Berpeloh jugak ketiak aku nak sampai ke pembalut terakhir weh. 


Jeng jeng jengggg!

Tekejot lalu tekentot aku dapat phone sebijik kate ko! Speechless. :') Masa tu orang lain sibuk makan kek yang sedap tu, aku masih terkesima lagi sebab dapat hadiah yang tak disangka sangka ni. Erk. Serius, aku macam tak percaya. Anak sedara aku dah excited nampak phone ni terus suruh donlod game itu ini. Amboiihh kids nowadays. Kikiki.

"Mak qiss donlod pou. Tapi bagi yaya main eaaaa..."

Petang sampai malam tu spend time dengan Zaimah. Berborak, makan, tengok tv, minum milo tetengah malam. Bestnya! Walaupun sekejap je, tapi berharga. Dia datang jauh jauh semata-mata untuk ni semua. Terharuuuuuuuu tau? :') Rupanya dia dah rancang lama nak datang sini buat seperaiiiiss ni dengan mama & akak aku. Daebak! Aku langsung taktau apa apa. Zaimah cakap dia nekad je datang sini, lagipun suppose to be kitorang pergi bercuti oversea this October, tapi tak jadi. Makanya celebrate my birthday sebagai pengganti. Sobbbs. Sobbs. :') Terima kasih sangat Zaimah. I love you so much.




Esok pagi hari Ahad, Zaimah dah nak berangkat pulang. Hati rasa berat je nak berpisah dengan dia lagi. Tapi takpe, umur panjang kita jumpa lagi kan. Muaaaah! :*

Jeng..jeng...jenggg! Berita baik untuk semua orang, aku dah tak nyibuk kat phone bukan hak milik aku lagi. Hehehe. :p Aku boleh whatsapp ke, instagram ke, hape ke kat phone sendiri. Hoyeeeaaaayyyyyh! Tade da pinjam phone mama kannnn. ;)

Chow! nanti jumpa lagi ye blog. Lebiiiuuuuuuu! (=^.^=)"

Tuesday, October 1, 2013

October.

Dear October,

Thank you for coming back again. Please be awesome.



Its me,
you. ♥