Tuesday, April 16, 2013

Enam Belas Haribulan April Dua Ribu Tiga Belas.

Dah lama tak update. Last Januari hari tu. Maafkan aku blog. Aku mengalami keradangan teruk untuk update blog. Sejak ada instagram, kemain aku sampai hati melupakan detik-detik manis bersama kau. Sobsob. Kesat hingus.

Hari ni aku terlebih gembira plus ada waktu untuk dicuri update blog. Nothing much to update sebenarnya but then I have to say aku semakin hari semakin bambam. Tapi pipi je la. Melebihi had laju. Lesung pipit pun dah tumbuh semula giteeeuw. Feeling preity Zinta sangat! :)




Gambar di atas diambil sempena birthday my sister + cousin & my Qalisya Qaisara on February. Takde bajet nak hire badut, so akulah jadi penghibur semua manusia. Lagipun aku paling layak untuk buat semua orang gembira. Ececeh. Mesti la sebab aku comel, keeiinnn. Comelnyeeee aku.


Aku banyak spend time dengan family je lately. Rutin harian masih tidak berubah. Setiap hari bangun pagi, pergi kerja lambat, balik kerja, melepak, makan, tidur, tengok bola...bla..blaaa..blaaaa. But then I'm so damn happy! Tapi aku lebih bertambah happy kalau aku sekarang seorang surirumah yang berjaya. Amboiiih. 

What a dream. 

Emosi terganggu perkara biasa. Kerja kat office kadang-kadang mencengkam jiwa sanubari. Encik Boss sentiasa boleh berkata sesuka hati. It's life, anyways. Cuaca panas sejuk badan pun tak berapa sihat. Erm. sangat melegakan bila ada orang yang sentiasa ada dengan kita ye dak? Hilang stress.

Terima Kasih.

Walaupun aku annoying, pelik, gila, sengal, suka tidur, blurr, pane, merengek, penlupa, macam-macam lagi. Tapi dia tetap ada. 

Ini bukan jiwang. Tapi errr apa ea? HAHA.

It has been a year. Pergh pantas & garang masa nih. Rasanya baru je aku berkenalan dengan dia kat Korea dulu. Sambil makan aiskrim vanilla.

You complete me.


Speechless. Aku tak pernah dapat bunga weh. Rasa nak lempang lempang muka sendiri sebab cover terharu. Hilang kehenseman aku sekejap. Sampai tak reti nak cakap apa. Gelak dah macam nangis. Nangis dah macam gelak. Acaner tu? Mengelabah. But this is the sweetest thing happened to me. Boleh buat aku tersenyum tanpa lampu isyarat merah. So, apakah maksud lima kuntum bunga ros kaler pink? Miumiumiu (=^.^=)

Jumaat ni aku nak ambik cuti. Kalau tak dapat, aku ponteng je. Setel. I'm on vacation this weekend. 

Hope for a happy tomorrow. Chow. XOXO.