Friday, January 18, 2013

Tips : Rahsia kulit cantik seperti gadis Thai.

Kini rahsia bukan rahsia lagi. Aku suka kongsi tips kecantikan kalau boleh kat semua orang. Kalau ada readers blog aku ni maknanya aku terkongsi sekali rahsia-rahsia segala macam rahsia kecantikan kat atas muka bumi ni. Benda baik lebih baik kita kongsikan bersama-sama. Alah, macam melepaskan kentut jugak. Kentut secara rahsia tak gempak. Kalau kentut satu donia boleh dengar dan bau, lepas tu buat muka comel macam kucing perggh memang gempak habis. Hiuhiuhiu. :)

Kau orang Thai ke, vietnam ke, melayu ke, jawa tengah timur barat selatan ke, mesti nak kulit cantik. Kulit ni pun macam binatang kesayangan kena manjakan, dibelai belai dengan penuh kasih sayang. Binatang pun ada masalah tau? Eh. Maksud aku errr...Sayangilah kulit anda! Teeheee. :)

Apa yang anda perlukan untuk kulit cantik? lets cekidauuuuuuuuuuuut bebehhhh!


Serai
Yogurt (original)
serbuk kunyit / kunyit hidup


STEP 1 : Rebus beberapa batang serai sampai naik bau. Dah berasap asap tu, tutup api dan ready to wapkan muka! Fungsi dia untuk buka pores + bersihkan muka + hilangkan minyak dan kotoran. senang kan? Hati-hati jangan sampai ter'burn' pulak muka ye. lepas tu jangan lupa untuk tutup semula pores dengan toner. 



STEP 2 : Campurkan kunyit dengan yogurt untuk dibuat masker. Nak guna kunyit serbuk pun boleh, kunyit hidup pun boleh. Ikut selera masing-masing. Kalau guna kunyit hidup parut la sikit then campurkan je dengan  yogurt tu. Letak kat muka dalam 10 minit sampai kering. Yippppiiie rasa firm je kulit! Fungsi : Menyihatkan kulit + anti ageing  + mengurangkan parut jerawat.

Yang ni aku guna serbuk kunyit je.

Apa tunggu lagi? Cubalah sekarang! Kini rahsia kulit cantik dah jadi milik anda! :) Ohhhh! satu lagi tips cantik, jangan lupa senyum sokmo tau! Peace (^^,)v


P/s : Kalau nak tips lain dari aku, boleh klik link kat sidebar ye kawan-kawan! :)

6 comments:

ixora nadya said...

salam awk..nk tnya xkuning ke kloU pkais mask kunyit 2.? rebus serai tue juz nak amek wap die,ea.?

Balqis Shafikah said...

wslm ixora nadya. yes, serai tu just amek wap dia je. nak bukak liang roma + bersihkan kulit. lepas wapkan, awak boleh cuci pakai kapas muka, boleh tengok kesan kotoran / minyak kat muka. then, bersihkan muka guna air sejuk. yang mask kunyit tu sekejap je kuning, lepas cuci muka dah boleh hilang...:)

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tips Awet Muda

nur iffah said...

Admin..nak tanya..krim kunyit tu ltak kat muka 10mnit ke eh??bukan smpai pagi esk baru basuh muka??if sbelom pkai sy bsuhkan muka dgn air suam je xpe??Sbb sush jgak tuu nk buat wap dr serai..huhu

nur iffah said...

Admin..nak tanya..krim kunyit tu ltak kat muka 10mnit ke eh??bukan smpai pagi esk baru basuh muka??if sbelom pkai sy bsuhkan muka dgn air suam je xpe??Sbb sush jgak tuu nk buat wap dr serai..huhu

Balqis Shafikah said...

iffah : ye iffah letak kat muka 10 min je. :) kalau malas nak buat wap serai tu boleh je just basuh dengan air suam...tapi bila wapkan dengan serai lagi best! :)