Friday, January 18, 2013

Tips : Rahsia kulit cantik seperti gadis Thai.

Kini rahsia bukan rahsia lagi. Aku suka kongsi tips kecantikan kalau boleh kat semua orang. Kalau ada readers blog aku ni maknanya aku terkongsi sekali rahsia-rahsia segala macam rahsia kecantikan kat atas muka bumi ni. Benda baik lebih baik kita kongsikan bersama-sama. Alah, macam melepaskan kentut jugak. Kentut secara rahsia tak gempak. Kalau kentut satu donia boleh dengar dan bau, lepas tu buat muka comel macam kucing perggh memang gempak habis. Hiuhiuhiu. :)

Kau orang Thai ke, vietnam ke, melayu ke, jawa tengah timur barat selatan ke, mesti nak kulit cantik. Kulit ni pun macam binatang kesayangan kena manjakan, dibelai belai dengan penuh kasih sayang. Binatang pun ada masalah tau? Eh. Maksud aku errr...Sayangilah kulit anda! Teeheee. :)

Apa yang anda perlukan untuk kulit cantik? lets cekidauuuuuuuuuuuut bebehhhh!


Serai
Yogurt (original)
serbuk kunyit / kunyit hidup


STEP 1 : Rebus beberapa batang serai sampai naik bau. Dah berasap asap tu, tutup api dan ready to wapkan muka! Fungsi dia untuk buka pores + bersihkan muka + hilangkan minyak dan kotoran. senang kan? Hati-hati jangan sampai ter'burn' pulak muka ye. lepas tu jangan lupa untuk tutup semula pores dengan toner. 



STEP 2 : Campurkan kunyit dengan yogurt untuk dibuat masker. Nak guna kunyit serbuk pun boleh, kunyit hidup pun boleh. Ikut selera masing-masing. Kalau guna kunyit hidup parut la sikit then campurkan je dengan  yogurt tu. Letak kat muka dalam 10 minit sampai kering. Yippppiiie rasa firm je kulit! Fungsi : Menyihatkan kulit + anti ageing  + mengurangkan parut jerawat.

Yang ni aku guna serbuk kunyit je.

Apa tunggu lagi? Cubalah sekarang! Kini rahsia kulit cantik dah jadi milik anda! :) Ohhhh! satu lagi tips cantik, jangan lupa senyum sokmo tau! Peace (^^,)v


P/s : Kalau nak tips lain dari aku, boleh klik link kat sidebar ye kawan-kawan! :)

Wednesday, January 9, 2013

Hada Labo.

"Macam lahabau je..." Oh NO. NO. NO.  First time aku sebut pun macam pelik je jugak. Apakah?

Korang tahu skincare Hada Labo? Pernah dengar di corong-corong televisyen mahupun radio?

Haaa. Meh cek nak habaq kat hang siketttt. Aku telah terjebak dengan produk Hada Labo ni dah sebulan. Niat di hati memang takde selain daripada mahu kelihatan ayu, jelita, tampan dan kacak tanpa mengenal usia!

Well, perempuan. (asyik tak puas hati je dengan kulit muka!) tangan pun mulalah meraba-raba google segala macam produk kan. Sape yang tak nak kulit cantik hoi! Siapa? Bilang padaku siapa?

Makanya ternyata aku telah jatuh cinta pandang pertama dengan Hada Labo. Ohh mama, bolehkah aku jadi cantik seperti wanita ini? (terpengaruh iklan) Fyi, Hada Labo maksudnya Skin Lab. Ada sesape pengguna produk ni? :)


Nampak macam fresh je kan. Lantas tercantas aku teruskan pengaruh aku ke website ini, cepat klik laju-laju!




Dan akhirnya, semua rahsia pasal Hada Labo ni dah ada dalam genggaman aku! HAHA. Syok juga baca semua description kat website dia nih. Lengkap! Dari moisturizing, whitening, lifting & firming care, pasal mask. Semualah kata ko! Siap bagi step by step regime uolls. 

Tanpa berfikir panjang, (takut terpengaruh dengan iklan lain pulak) aku terus serbu Watson sambil kembang kempis hidong yelah eksaited sangat. Jumpa one set, ada facial wash + Toner, yang ni untuk whitening. :)



Dua binatang ni baru RM 58.50 je. Murah kan? Then aku tercari-cari mana satu moisturizer? (blurr)



Aku bantai je grab yang ni.

"Yang ni moisturizer kan? Untuk whitening?"

"Erm...jap eh. Ye kot. Rasanya betul dah. Ha ye lah. Kot."

"Ok..." (Dia ni tau ke tak?)

Membantu ke? Ghopenye  pekerja Watson tu, tak cukup pelajaran. Lantak. Aku beli je. Balik rumah, baru aku kaji semula sebenarnya binatang yang aku beli tadi bukan moisturizer. Ini essence (optional) Haisssh. Harga dia,  RM59.31 untuk 30g. (=.=)

Esoknya, aku melangkah sekali lagi pergi beli moisturizer tu. Tak puas hati punya pasal. Yeah! misi berjaya. Harga, RM 50.31. Untuk moisturizer, ada dua. Satu jenis milk, satu lagi cream. Kalau kat website dia syorkan pakai milk waktu siang, cream waktu malam. Setakat ni malam aku pakai toner + essence. Sangat best okay! Kulit rasa lembab je sampai pagi. Pastu cam glowing dan tak berminyak langsung. Ohsem!

Sekarang aku pakai yang milk. Rasanya yang ni light sikit dari yang jenis cream.

Moisturizer
Facial wash, essence, toner

By the way, produk Hada Labo ni base on water, free of fragrance, mineral oil, alcohol & colorant. So memang sesuai sangat dengan aku, sebab kulit aku agak alergi sepi dengan produk yang ada fragrance.



Kulit sensitif? Anda boleh cuba yang ini,

Gambar pinjam dari Google.
Selain skin care, Hada Labo ada jugak lip balm, penjagaan mata dan BB AIR cream. Kalau berminat, boleh lah usha kat Guardian atau Watson ye kengkawan. Hurm, lepas ni aku nak try BB cream + Mask la pulak. Mesti muka aku otometik flawless giler macam awek Jepun iklan tu.  Fuh! :)

Setakat ni, aku pakai produk ni sangat okay dan tak merosakkan muka. Kulit pun makin lembut dan firm!

I love Hada Labo!

Hamek kau!


Ok geng, CHOW dulu. Thanks for reading! Kisskiss, hughug. :)

Tuesday, January 8, 2013

Entri Tertangguh : Majlis Bertandang abang 17/11/2012.

Dah masuk tahun 2013. *Clap clap. Aku baru nak update entri ni. Kemain lambat kan. Al maklum sajalah aku ni busy mengalahkan mak Datin. Dengan anak-anak lagi, persatuan lagi, nak shopping kat London setiap minggu mana ada masa ye dok?

Abang aku pun dah ada anak baru aku nak terkedek kedek katak nak update pasal kenduri kahwin dia. Anak tekak la. Mintak maap la kat blog kesayanganku ini penyakit 'M' aku pun menjadi-jadi. Lagi best, gambar tuk entri ni jenoh aku selongkar entah mana aku letak. Haish banyok benor penyakit aku woiiii.

Nah, inilah dia majlis bertandang yang the very first time buat kat rumah aku yang indah permai ni. Ye lah, abang aku yang sulung of course la dia rasmikan buat kenduri kendara dulu. Lain la kalau aku tetiba terkahwin hari yang sama. Eh?

Aku adalah merupakan pengapit pada hari kejadian. Tak sangka I boleh terpilih jadi pengapit. Mungkin sebab aku je yang paling lawo kat Temerloh ni. *selak ketiak. Pengapit lelaki diimport dari Korea Selatan. Nak mengkaji budaya orang Malaysia katanya.


Konsep baju pengantin, tradisional. Masa kat dewan dah pakai moden, so majlis bertandang ni pakai songket warna biru gelap. Cantik kan kawan-kawan?


Penyepit pengapit berbaju kuning sedondon giteuuw. Tersangat menyerlah kekuningan di situ. Tujuan aku jadi pengapit sudah semestinya untuk memakan segala yang ada di meja makan biadab. Sedap kot...takkan nak melihat dan melepaskan begitu sahaja? No..No.No!


Ini namanya muka dalam bentuk HD dan tumbesaran otak. Aku mekap over sikit dari biasa. Ditaja sepenuhnya oleh Mummy Ammanda. Thank you Mummy sebab dah buat semua orang nak amek sign saya pada hari tersebut. Ohemjii. Ohemmjiii.


"Baby...baby baby....uuuuuuuuuuuuuuu....~~~~~" - Mungkin tu lah yang dinyanyikan oleh Encik Adam ni. :)


Ini ke baby nye? Erk. 



Jangan tanya kenapa kek pengantin berlubang! HAHA. Kami lah makhluk perosak! Ini Pak Lang aku selaku ketua memasak Kampung Pisang. Makanan superbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb! Thank You Pak lang! Muahhhh. Muaaaah. :*


ONE LOVE! 

Gambar dalam kamera aku pun tak banyak mana. Sebab sepupu yang tolong pegang kamera aku pun sibuk layan tetamu semua. Takpe lah, setiap gambar ada lagu bak kata Yuna. :) Terima kasih yang sudi hadir, yang sudi tolong dan yang sudi macam-macam lagi. 

Haaaaa. Habis kenduri semua pengantin pun beredar untuk outdoor photoshoot.


Beluncas PHOTOGRAHY

Tak sabar nak tengok full album. Mesti gambar semua cantik tertarik kau memang the boom shakalakaaaaa! And last but not least...terima lah gambar paling senonoh di abad ini, semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Cewahhh berpantun la pulokk!


Chow!