Thursday, October 18, 2012

Hadiah birthday budak 23 tahun. Budak ke?

Akhirnya aku melangkah masuk ke umur 23. Ehem, budak lagi (kot?) Well, kalau orang jaman dahulu kala umur 23 dah beranak pinak. Mama aku pun kahwin umur lapanbelas. Ok, itu cerita lain.

This year birthday aku memang ohsem. Bukan pasal aku dapat celeberet dengan Chris Hermsworth mahupun Brad Pitt lantas main tepek-tepek krim kek suwit-suwit dengan Adam Levine. No.No.No! (=.=)''. Yang pastinya aku demam. Titik.

Dalam kotak pemikiran aku dah berfikir luar kotak yang aku nak beli kek atau buat je kek birthday aku sendiri on that day. HAHA. Ye la siapa pulak baik hati nak belanja aku, aku rasa macam bertanggungjawab pulak nak belanja family kan. :)

Tetiba boleh la terdemam pulak. Tapi tetap rasa beronok-ronok sebab tepat je jam pukul 12.00 tengah malam, 5 Oktober Jeng..jeng..jeng. Aku terus capai kotak besar gedabak yang aku dapat dari 2 Oktober lagi.






Bukak je terus nampak Maroon 5! Hihihihi. *Sengih kambing gurun*



Walaupun poster je. Aku mesti la tak kisah! Apa lagi terus nyanyi dan berjoget-joget riang. Kotak ni penuh dengan peppppper peppperrrrr! Dan akhirnya membawa kepada hadiah yang sebenar. Eksaited Mak Jemah uoools.



Taraaaaaa! Ada bantai perpel gebu gebuk. So yummy! Comel gilos siap ada sulam nama lagi. 


Dan juga hadiah-hadiah yang lain,



Semua ini sangat manis! Tapi nak tahu yang manis lagi apa? Gula sudah semestinya. Tapi yang ni macam unexpected sangat. Ada delivery hadiah tetengah memalam membuta tuh. Terkejot jugak iools. Hampir tercekik halkum sendiri. Erk. Dengan termamai-mamai aku demam malam tu, gagahkan diri bukak pintu and........"Happy Birthday! Nah!"




















♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥♥








































Inilah dia makhluk tersebut. Konfius kejap kau ni teddy bear ke katak? Mungkin dia terkenan katak kot. ;) Dia pandai buat magic tau.


See? Boleh bertukar dengan sekelip mata. Kemain syok aku bukak tutup kepala katak dia tu. Pandai dia buat laka-laka. Sekarang semakin ramai binatang yang teman aku tidur. Adik aku dah mula bebel-bebel ayam, "Aduuuuuh...penoh lah katil dengan binatang awok je kakak...."




Eh...tak penoh pun? Ngehngehngeh. :) Thanks buddy. You are such a sweetest one. Heuwheuwheuw. Ok geng, chow dulu. Lunch jom? Thanks for reading and have a nice day!


P.S: Lepas hari kejadian, aku demam melarat sampai 3 hari. Muntah. Hospital. Tersangatlah tak best.
 (--.)"

Wednesday, October 10, 2012

New hairdo.

Aku cepat bosan dengan rambut. Err, let say bila aku rambut panjang then tengok rambut ni macam "Isk mak lampir ke mak tiri dia ni?"  Then terus gedik nak potong rambut pendek. Bila rambut dah pendek mulalah "Eh, macam ni je rambut aku? macam cendawan je?"  Pastu nak kaler la pulak. Pastu pastu lagi, bila dah kaler maler bagai, aku mengada mak jemah tepi kolam nak buat style itu ini. Oh! Oh! memang cepat bosankah aku?

Baru-baru ni, adik perempuan aku ada obsesi terbaru. Suka main gulung-gulung rambut. Rambut dia panjang so bila gulung nampak macam Taylor Swift to be sangat! Cantik. Aku pun try test uji gulung-gulung rambut aku. So tau tak jadi macam mana? Lebih kurang gini la hasilnya,




HAHA. Aku tak kenal siapakah gerangan wanita korea ini. Tapi adik aku cakap, "Kakak rambut macam ni dah gaye Yoona!" Aku google je, ni yang aku dapat.

Disebabkan adik aku memang takde kerja selain duk rumah je memanjang, dia braid pulak rambut aku yang ciput ni. Boleh ke braided rambut pendek? Jawapannya boleh, tapi ada je rambut yang tak sampai kan. Bila dah bukak braid tu rambut jadi berpusing-pusing! HAHA. Alamak, aku terjumpa gambo wanita korea tersebut buat braided kat depan je, lawo lah pulokk! ;)



Makanya kami rakyat Malaysia, macam dah panjang sangat aku berceloteh, aku nak buat new hairdo al kisah sebenarnya. And guess what? Aku terpikat dengan Black widow The Avengers ini. Miumiumiumiumiu. :) And yes, aku akan segera mendapatkan gaya macam ni secepat zup zap zup zap yang mungkin. HOHOHO. (Santa Claus)







Cool kan rambut dia? Is barang baik hey! Is barang baikkkkkkk! :) Ok, tamat sudah entri ini. Chow! :)

Friday, October 5, 2012

Happy Birthday to me.

Assalammualaikum.

Lama jugak tak update blog. Aku busy sikit dengan kehidupan plus asyik demam je. Adess. Ni pun 2 hari dah tak sihat. HAHA. (boleh pulak aku demam time birthday sendiri)

So, aku masih hidup dan bernafas sehingga ke hari ini. SYUKUR Ya Allah! Umur dah masuk 23 but still mama cakap,

"Happy Birthday kakak! Awak dah dewasa. Dewasa ke?" (Sambil gelak ketawa riang gembira di hujung dialog)

Thank You for all the wishes kawan-kawan, rakan taulan dan saudara mara adik beradik sekalian. Semoga anda semua dirahmati Allah selalu. :') 

Oh! Oh! Oh my English! Aku ada dapat hadiah from my best friend, and my bubble buddy! You guys are so sweet like gula-gula kapas! Alamak, penlupa pulak bawak kamera pergi office, so tak dapat nak upload gambar hadiah tu. (=.=) Later la okay? :)

But the best part is, Adam Levine wish my birthday too!




Thank You abang Adam. I love you so much. Muaah. Muaah. Kat idung. :)

#Jeles tengok kengkawan seangkatan tentera dengan aku dah kahwin, tunang, ada anak. Aku? Ehm, Harapan hanya impian je la. Ooopsy! Ter MARYA HANA la pulokk!