Thursday, September 6, 2012

Ehem. Ehem. Finally.





Lokasi : Taman Tasik, Temerloh.
I will update later, soon. InsyaAllah. :)

Selamat Hari Raya?

Assalammualaikum.

Syawal 19th. Aku baru ada hati dan perasaan nak update. Fuh. Tahap kemalasan membuak-buak. Masihkah anda sedang berhari raya? Dah habis ganti puasa? Puasa enam? :)

Well, Alhamdulillah. Tahun ni rezeki aku dan sekeluarga makin murah. Raya tahun ni sangat sederhana but semuanya cukup. Paling seronok, tahun ni aku dapat bonus raya! Semoga murah rezeki selalu ye Encik Boss. Tahun depan jangan lupa bagi lagi. Woot. Woot. ;)

Macam biasa, aku sekeluarga beraya kat Temerloh je. Lain la kalau aku dah ada ibu mertua, mesti beraya kat tempat lain. (kot?) Haha. Tahun ni baju raya takde kaler tema macam tahun-tahun lepas. Tema warna warni, so bantai kau lah nak pakai baju kaler apa. Aku? Hijau giteuuuwww.





Raya pertama, aku beraya kat rumah nenek je. Sekentut je dari rumah. Jalan-jalan menghabiskan makanan kat rumah jiran-jiran semua sampai petang. Then rutin biasa hari raya pertama tetap diteruskan. Apakah? Apa lagi kalau bukan shopppppppppiiinggggg! Ya, kami sekeluarga memang sangat suka shopping pada hari raya pertama sebab lengang + macam dunia ni ana yang punya! Tak sesak, berasak-asak dengan makhluk Allah yang lain. Heaven! :) Sempat jugak aku beli kasut raya, new shades dan macam-macam lagi. Agenda malam pulak, sedara mara datang ke rumah. Seronok! Pastu tahun ni turn aku pulak bagi duit raya kat kanak-kanak. Eh? Eh? Aku dah tak layak dapat duit raya ke? (-.-) 






Hari raya kedua. Awal-awal lagi akak aku dah ajak ikut pergi reunion rerakan sekolah menengah dia kat Dataran Patin. First time aku jejak kaki kat Dataran Patin ni, macam best jugak. Makan tepi sungai Pahang, angin sepoi-sepoi language walaupun panas terik nak meninggal. Aku macam biasa lah melayan 3 anak dara dia yang happy gila dapat makan, makan, dan makan lagi. 



Raya ketiga aku buat apa ek? Duk rumah je kot. 
Raya keempat? Err...sepupu aku bertunang. Then teman mama pergi salon buat rambut raya! :) Mama so happy bila sekian lama dia boleh dapat style yang diidamkan. 
Raya kelima? Family tunang abang aku datang dari KL. Meriah jugak dapat makan macam-macam. Kawan-kawan lama, SEMSASIAN pun ada beraya kat rumah. (lama gila tak jumpa) 




Aku cuti seminggu. Sampai hari Ahad. Syok jugaklah dapat cuti lama. Tapi bila dah takde aktiviti nak buat, macam bangang jugak duk rumah tengok TV je. Pergh boring! 

Ok, chow dulu. Eh? Sempat lagi kan nak puasa enam? Jommmmmmmmmm puasa! :)