Thursday, August 9, 2012

Masker untuk jerawat.

Kelip kelap Romadhon dah nak tiba ke penghujungnya. (=.=) So macam mana Romadhon anda semua? Best? Persediaan raya? Dah setel ke? Amal ibadat semua tiptop tak? Muehehehe. Semoga semuanya baik-baik sahaja okayh! (^^,)v

Persediaan raya aku takde apa-apa lagi. Baju, kuih ke apa benda semua takde lagi. Ingat tahun ni nak buat kuih raya, nah gasak malas pulak! ;)  Kuih tunjuk je la kot. Baju raya pun tak tahu warna apa, fesyen apa. Entah malam raya nanti aku baru terkedek kedek katak puru nak cari baju! Err, kat pesbuk kecoh update beli baju Jovian Mandagie. Aku? tak berminat plus macam tak berbaloi je beli baju mahal gituh.

Eh, cukuplah mukaddimah tu ye. Meh nak share achaner nak buat masker untuk jerawat. Dah nak raya ni, muka pun kena lah cantik uooollsss. Dulu habaq bagi kat hang muka cheq memang banyakkkkkkkkkkkk jerawat. Tension whoah! Megamalkan petua tradisional salah satu cara aku nak hilangkan jerawat. Ok, cerita sini, habis sini ehhh, SELAMAT MENCOBA! :)


Anda perlukan:

*Tepung ubi*
*Air asam jawa*
*Serbuk kunyit*


Campurkan je semua bahan-bahan tu dengan air yang secukupnya. Jadikan sebagai masker. Bila dah kering, basuh muka sebaiknya dengan air suam / air mineral. :) Dan hasilnya muka anda akan licin berseri seperti muka aku! Muahahaahhaaa. :)


Alamak....salah gambar!

Jerawat pergi jauh2 kayh!!!!

Ok geng, chow dulu dan SELAMAT BERBUKA! :)

No comments: