Tuesday, July 3, 2012

Tips untuk menghaluskan kulit.

Disebabkan aku sangat menggemari cara tradisional + alami dalam bab menjaga kecantikan diri, makanya mohla aku nak share satu petua tradisional untuk menghaluskan kulit!


Apa yang anda perlukan?

1. Kunyit hidup
2. Beras yang direndam (semalaman is better) tapi kalau nak cepat, just rendam 1/2 jam atau sejam
3. Daun pandan (guna yang bahagian warna putih tu lagi bagus, sebab lebih wangi)
4. Bunga kenanga (kalau taknak pun boleh)

(Tumbuk semua bahan dia atas sampai betul-betul lumat)


Bila dah ready semua bahan tadi, boleh la anda sapu dan urut kat seluruh badan (muka pun boleh) macam skrub. Air yang rendam beras tu pun boleh guna supaya tak kering sangat bila sapu kat badan. Sesiapa ada masalah jerawat kat badan pun sangat bagus guna cara ni. 

Hasilnya, kulit memang halus + wangi + segar sangatttttttttttttttttttttttt! By the way, cara ni biasanya digunakan untuk bakal pengantin. So bride to be kat luar sana boleh try tips ni supaya anda kelihatan berseri di hari bahagia ye! ;) Sekurang-kurangnya seminggu dua kali sebulan sebelum kahwin pun dah okay! 


Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!