Wednesday, June 27, 2012

Wordless Wednesday #20








Dan hari ini....tak tahulah kenapa. I miss you girls. Really. Really. :'(


Wednesday, June 20, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Acai Berry - Produk superb best untuk menurunkan berat badan anda!

Hai. Hai. Hai. Mari dekat mari rapat. Seperti yang aku janjikan kat entri lepas, aku nak memperkenalkan satu produk superb best untuk anda yang mahu menurunkan berat badan a.k.a nak mendapatkan berat badan ideal. Jangan risau produk ini tak mahal, selamat dan berkesan untuk digunakan. Peace! (^^,)v

Kalau anda masih ragu-ragu dan garu-garu, don't worry be happy. Mari kita lihat testimoni pengguna Acai Berry ni. 


Hanya 2 botol (2 bulan)





Mereka sudah, mengapa tidak anda?



So, tunggu apa lagi? Sebarang pertanyaan, boleh terus berhubung kepada tokey produk, Lyana Aufiyah ye kawan-kawan. Aku promoter sahaja. :)


Contact number  : 017 3645 6469 
BBM : 221A9575

 Atau boleh berhubung melalui fesbuk, Lyana Aufiyah

Monday, June 18, 2012

I-City, Shah Alam, Malaysia.

"Awak...jom pergi I-City, nak?
"Huh? Ada apa je kat I-City tu...."
"Err...Saya nak main salji! Bestnyeeeeeeeee.......! :) (sambil buat muka nak kena pelempang)
"Ouh. Mahal tak?"
"Tak lah..Murah je...Jomlah pergi..."
(Terus menggugel, tengok segala fees, tempat menarik, lampu I-city. etc.)
"Eh, macam menarik je...Bila nak pergi?"
"Tak tau...saya ajak je...."
"Boleh. Boleh. Nanti kita pergi ye...."

"Yeay! #joget-joget. :) "

AMARAN : Dialog di atas hanyalah penyedap dan perisa tambahan sesebuah karangan. Kalau time SPM dulu boleh dipanggil sebagai penanda wacana, peribahasa, atau falsampah. Sekian.


Lepas kelam kabut serabut berus sabut setelkan hal abang aku bertunang, family aku semua dah nak balik Pahang. Kemungkinan besar abah ada kerja plus dah takde perancangan nak kemana-mana. Tapi aku haruslah tak melepaskan peluang keemasan kilauan emas melekap dengan Polident nak berjimba jimbun. Terasa rugi pulak kalau tak jenjalan kan. Setelah memohon kebenaran lisan dari ibu dan bapa, kami adik beradik nak balik lewat dari waktu yang sepatutnya.

Disebabkan keinginan aku yang membuak buak nak pergi I-City dan bermain salji di Malaysia, makanya sebulat suara bersetuju nak ke sana.

"Nak pergi I-City tak?"
Aku : (dengan pantas dan garangnya menjawab, Naaaaaaaaaaaaaakkkkkkk!"

AMARAN : Dialog kali ini bukan rekaan semata-mata.

Tunggu apa lagi? Terus gerak pergi Shah Alam. Sedikit malang yang tidak berbau harum menimpa kami. GPS tiada berfungsi. Maka gunalah otak sendiri. Redah kasi pecah je! 2 jam jugak nak sampai ke destinasi, dengan jalan raya kota raya sesak lagi. Pergh. Pergh. Pergh. Nasib baik driver cekap. Pergh. Pergh. Pergh.

Dan akhirnya, sampai jugak ke I-City! Terima kasih diucapkan kepada bro yang tengah tapau Pizza sebab bagi direction kat kami yang kekurangan fakta ni. Tenkiu Menkiu. :)

Aku yang teruja tahap gaban episod lapanbelas dah blink blink mata tengok macam-macam makhluk ada kat padang tu. Ada kereta cindarella, kuda snow white, gajah fumakila, swan kat kaler stabilo. Eh...semua ada lah! Tapi, tapi, tapi...time tu alam masih cerah terang benderang lagi.

"Malam nanti la kita jalan kat lampu-lampu ni semua. Jom kita masuk snow walk dulu. Okay...okay..okay..okay..okay?"
(Inilah tujuan sebenor aku nak pergi I-City. Nak feeling Switzerland kat Malaysia)

Hasilnya,




Muka dalam gambarajah pun dah boleh bayangkan kebekuan kan? Aku tak tahulah berapa suhu kat dalam snow walk ni, tapi mengancam jugak sejuknya. Adik aku ni cuba try test uji tak nak pakai but. Terus beku kaki. Kebas. Tak boleh gerak. Lepas tu, kami keluar semula kat kaunter, pergi sewa but Phua Chu Kang. Baru boleh enjoy yakyeh main salji!



Terjumpa retis pulak kat sini. So, tak lepaskan peluang bergambar bersama-sama. ;) Dia siap belanja aku glove. Sweet tak? Haha. Aku ni memang pensejuk orangnya. Al maklumlah, lemak pun tak mencukupi kadar yang diperlukan. Erk.


Ini budak dah gumbira sebab pakai but tersebut. See? Sampai Gunung Everest dia pergi. Mana aci pergi berdua je? Aku nak jugak!


Nasib baik retis ni baik hati, sopan santun, berbudi pekerti nak teman aku pergi Gunung Everest ni. Yeay! Kat sini pun boleh rasa warm dengan memasuki igloo yang ada. Feeling orang eskimo sangat!



Kawasan dalam snow walk ni takde lah besar mana. Tapi puas jugak la nak explore semua. Boleh main meluncur. Best! Tapi kena beratur la tunggu giliran masing-masing. Of course la rugi kalau tak cuba main semua benda yang ada kat dalam tu kan. ;)


Setelah masuk keluar beberapa kali kat Snow Walk ni, akhirnya kaki kami mengaku kalah. Lenguh! Mana taknya, lebih kurang 4 jam jugak kami kat dalam tuh. Hamek kau! nak sangat rasa Switzerland kat Malaysia kan. ;)

Then, baru pergi jenjalan kat outdoor.  Walaupun dah penat kaki, gagah jugak nak round semua lampu-lampu yang ada.







Punyalah gagah sampai pukul 2 pagi kot kami duk lepak situ. Then, baru gerak balik Temerloh. Penat jugak, tapi sangat berbaloi. Terima Kasih kepada yang berkenaan telah melayan kerenah kami adik beradik. Lepas ni, boleh la kita pergi bercuti lagi!. Kat mana? Ha, itu yang kita tak tahu. :)

Ok, sebelum chow meh aku nak share maklumat sikit,

Bayaran masuk:

6.00 pagi - 6.00 petang - RM1.00 per entry
6.00 petang - 6.00 pagi - RM10.00 per entry

Snow Walk:

Sebelum 6.00 petang - Dewasa (RM 25), Kanak-kanak (RM20)
Selepas 6.00 petang - Dewasa (RM 35), Kanak-kanak (RM25)

(Seingat aku betul dah harga nih. Untuk maklumat lanjut, boleh call 03-5521 8800)

Iklan :: Berat badan merungsingkan anda? Mahu cara selamat dan berkesan? Aku ada jawapannya! Next Entry aku akan update produk untuk mendapatkan berat badan ideal dan boleh jadi langsing cun melecun macam aku. erk. Chow chin chow! :)

Tuesday, June 12, 2012

Umar Irwan & Lyana Aufiyah Engagement Day.

Tarikh : 9 Jun 2012
Tempat kejadian : Flat Sri Pahang.
Tetamu : Kaum kerabat kedua-dua belah pihak.

Alhamdulillah. Tahniah. Abang aku dah selamat bertunang hari sabtu lepas. Aku merangkap perangkap tikus adik perempuan yang cantik, jelita lagi ayu sangat gumbira! I'm really happy for them. Semoga mereka berdua dapat menjalani kehidupan yang baik dan bahagia selepas ni. You are just one step closer abang! :') 

Apa yang penting, doakan semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat. InsyaAllah. :) Jom kita layan gambar je la ye. Tak banyak pun gambarnya. Pasal hari tu kelam kabut sikit Mak Jemah sampai sesat uolls!

Sesi pen'cincin'ngan

Abang, Kak Lyana, Mama, and Abah
Orang bertunang bersama kakak adik aku
Haruslah aku pun nak bergambar dengan bakal kakak iparku

Kami berempat ni pantang nampak kamera, ada je aksi yang akan terkeluar. Giler bergambo kate ko!






Cahaya kegembiraan terpancar kat muka semua orang pada hari kejadian. Syukur! To Lyana Aufiyah yang cantik, welcome to our family! We love you! Muaaaaaah! #pelokciom. Thanks to your family too. Makanan sangat sedap sehingga menghisap jari. Yummy. Yummy. 


This is the best bro!

Mereka akan diijab kabulkan pada 10.11.12 (nak sambung legasi Abah & Mama yang bernikah pada 10.11) InsyaAllah! Sekian, berita melaporkan dari seorang orang yang selalu meng'entri'kan orang bertunang & kahwin. Giliran dia, entah bila la agaknya. Sebarang urusan minang meminang boleh berhubung terus dengan P.A ye.  Peace! (^^,)

Psssst. Aku nak 10.11.13 Boleh? #ambbooiiiiiih! Next entry? I-city here I come! :) 

Friday, June 1, 2012

Tumblr.

Well hello June! Please be awesome! :) 

Lama tak singgah blog. Terindu dah. Busy + penyakit malas menyerang secra tiba-tiba. Saja je singgah kejap ni nak bagitau...

Eh. Eh...aku ada Tumblr la! Oppps. Over. Baru je sign tadi okayh. Lepas ni boleh la aku share quotes, pictures, notes dan macam-macam lagi kat Tumblr tersebut.

Tapi kan...tak pandai sangat lagi guna binatang Tumblr ni. Ada sesiapa volunteer nak ajar? :) Plus, anda ada Tumblr? Boleh la aku memfollow nye pun.

Hasil dari print screen.

Ok, got to go now. Chow dulu. Peace! (^^,)v