Tuesday, May 8, 2012

Resepi kek coklat.


Hai Hai Hai. Siapa suka makan kek coklat? Sila angkat kaki! Al-kisah semalam aku ada kesempatan nak buat kek coklat yummy! Err...dah lama sebenarnya tak membako kek nih. Tapi tergedik pulok nak buatnya. Lagipun semalam aku cuti duk goyang kaki kat rumah je. Apalah salahnya Mak Cik Bedah jiran sebelah rumah, kita buat kek kan? Kan? Kan?  Meh mari dekat, mari rapat. Aku nak kongsi resepi ni. cekkiiiiidouut!

BAHAN-BAHAN



2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang

BAHAN A
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
2 sudu kecil sodium bikarbonat

BAHAN B
1 sudu kecil essen vanilla
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat

TOPPING
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
(Nak guna coklat masakan pun boleh)

CARA-CARA

1. Pukul telur hingga kembang.
2. Masukkan gula pasir, gula perang, pukul lagi.
3. Kemudian, masukkan minyak masak.
4. Ayak semua bahan A, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur dan diselang selikan dengan bahan B. Gaul sehingga sebati.
5. Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak. (Aku bako guna mikrowave, so 16 minit kek aku dah masak sepenuhnya)
6. Untuk topping, masukkan semua bahan dalam periuk, panaskan dengan api kecil, then bila dah ready taruk je terus atas kek yang dah disejukkan.

Senang je kan? dan inilah hasilnya kek aku semalam. Rupa memang tak berapa cantik sangat, pasal bibik aku dah terpecahkan sikit kek tu. Nasib baik rasanya sedap hingga menjilat ibu jari kaki. Ok, anda dimaafkan ye kak. :)

Siap ada I love u lagi tau. Buat semangat katanya.

Budak tak sabar. "Mak Qissssssssssssss! Nak kekkkkkkkkkkkk!"

P.S : Aku bukan penggemar coklat. Kek ni khas untuk yang tersayang sebenarnya. :') Gembira melihat semuanya gembira! Puas hati aku. Alhamdulillah. :')

The E-Day.

Akhirnya majlis yang simple tapi boleh tahan cantiknya berlangsung dengan jaya dan gemilang uolls! Alhamdulillah.  Aku sangat suka bunga tangan ini okayh. Gorjess! :)

The bunga tangan & the cincin belah rotan

The DIY pelamin. ada sekor burung dah terlentang. HAHA

Hai. Nama saya Siti. Saya sudah bertunang!




Aku? Menumpang kegembiraan je la. Entri lepas tu sebenarnya aku tolong promote a.k.a jadi model untuk baju Cik Siti ni je. Mama aku yang jadi tailor giteeuuww. Ha, sape nak tempah baju kahwin/tunang boleh la tanya aku ye. :)

Me & Cik Siti.

Kesopanan serta kesusilaan.

Seronok tengok orang tunang/kahwin ni. Bertambah-tambah sepuloh bakul kadar berangan aku untuk mengorak langkah yang sama. Boleh? HAHAHA. Berangan je la yang mampu. Takpe, nanti turn aku pulak ye dok? Amiiiiin. :) Kepada Cik Siti, Tahniah!

Thursday, May 3, 2012

Spontaneous Thursday #17

Amacam? Cun? 



Adehh, Spontan Khamis ada gambar pulak. Ahh, Lantak! :)

#Aku dimekap sepenuhnya oleh Angah & Mama. 
#Panas okaayyh pakai baju nih. Ergh.