Wednesday, March 28, 2012

Antara langkah bendul dan majlis serentak.

"Kakak, jom kahwin hari yang sama. Buat kenduri sama-sama! Mesti meriah kan...."
Aku : "Awak nak kahwin, kahwin lah dulu...Kakak lambat lagi kot...."
"Alaaaa...jom la kahwin sama-sama. Echa nak kita kahwin sesama."
Aku : "Kalau jodoh awak dah sampai...kahwin je lah dulu. Kakak jadi pengapit je la. Pun okay...."
"Hurhm! Kalau gitu kita kahwinkan je la kakak ni dengan sesape, kan mama?"

Pause.#Mama hanya tersenyum.

Aku : "Arggh. Awak jangan mengarut. Kahwin je lah dulu, kakak tak kisah. Lepas awak dengan abang setel, kakak pulak menyusul pun takpe. Kalau nak buat majlis serentak, ha awak tunggulah kakak..."



#ohh adikku. Sesungguhnya awak memang patut kahwin dulu dari saya.TAHNIAH.
Saya akan bahagia kalau awak bahagia. :) Langkah bendul? Kakak tak kisah.

Ini namanya hidup.

"Biarlah apa orang buat pada kita...
Jangan kita buat kat orang..."

Kalau belek-belek buku perumpamaan Bahasa Melayu, for sure tak jumpa ungkapan kat atas ni. Bantai! Haha. Ok, intro pun aku bedal je nih. Ikut je lah jari jemari aku yang seksi nak taip apa.

Aku ni jenis yang suka memerhati dan mendengar kisah hidup orang lain. Dari situ, aku dapat belajar macam-macam. Betul. Manusia dicipta sebagai makhluk yang sempurna. Tapi hakikatnya, kita tak tahu apa erti kesempurnaan. Yang benarnya, kita patut tetap bersyukur dengan apa yang kita ada.

Hubungan sesama manusia. Jodoh. Itu semua rahsia Allah. Allah sebaik-baik perancang. Dulu aku pernah memberi harapan yang sangat tinggi pada seseorang, tapi akhirnya satu hari aku kecewa. Hati aku betul-betul merajuk. Remuk. Hancur. Kadang-kadang aku dah tak kenal siapa aku. Bodohnya aku meletakkan harapan yang aku sendiri tak tahu apa penyudahnya. Itu mungkin bukan satu kesilapan, tetapi cara untuk menunjukkan kita benar-benar percaya pada sesuatu hubungan. Sekarang aku dah tak mahu berharap apa-apa lagi. Bukan tak percaya, tapi nak bagi ruang untuk diri sendiri berjiwa. Tidak mengapa, kau percaya setiap yang berlaku, ada hikmahnya. :')

Hati manusia. Macam lalang. Bila ditiup angin, mulalah melayang. Hati akan kata bahagia bila ada orang yang menghargai. Bunyi macam gampang, enteng, mudah, bukan? Fikir sejenak, agaknya susah kot nak menghargai orang lain? Bagi aku, semua tu semudah ABC. Secara logikanya, kita nak orang hargai kita. So why not kita buat benda yang sama pada orang lain? Apa yang susahnya?

Janji. Hari ni kau berjanji. Esok lusa, kau dah tak ingat. Hari ni kau kata ya. Esok? Tak pulak dah. "Promises made to be broken" katanya. Balik kepada percaya. Bila kau buat janji pada orang yang sayang kau, mesti dia berharap kan? Pentipulah kalau kau cakap, kau tak rasa apa-apa. Pernah tak dengar, "Orang yang berjanji pada awal perhubungan sebenarnya tidak tahu apa yang dia mahukan." Aku pun tak ingat celah mana aku jumpa ayat ni. Dalam buku kot.

"Fikir dulu sebelum buang." Itu ayat nak recycle surat khabar, pelestik, kaca kat rumah kau. Why not kau amek ayat ni, tepek kat kepala kau tuh. "Fikir dulu sebelum buat." Ha, itu lebih sesuai. Alamak, aku sendiri pun terlepas pandang jugak, bukan semua benda yang aku buat kat dunia ni, aku fikir dulu. Ada langgar jugak sini sana. Tapi rasanya, aku bukan jenis yang senang lenang jalan lenggang nak buat sesuatu yang aku tahu orang lain pun tak boleh terima kalau aku buat macam tu kat dia.

"Biarlah apa orang buat pada kita...
Jangan kita buat kat orang..."


Setia. "Setia pada yang satu tu bodoh. Setialah pada yang setia". Ni ustad aku cakap masa belajar kat kolej dulu. Setuju.

Marah? Haha. Itu sesuatu yang tidak perlu. Tak guna kita nak marah dan menambah buruk sesuatu perkara. Manusia yang suka marah-marah, maki orang ni cepat tua cikgu aku kata. Aku nak awet muda sentiasa you olls. Tak macho langsung kalau marah. Erk.

Diam. Diam ni boleh jadi kita bosan. Boleh jadi kita malas nak amek port. Tapi diam jugak membawa maksud, kita tak tahu nak cakap apa atau dalam bahasa mudahnya, BLURR. Ha, itu akulah tu. (T_T)'' Kalau aku memang sejak azali lagi memang jenis yang diam, pemendam. Lama-lama apa yang dipendam tu akan hilang sendiri dengan bantuan airmata. Itulah ertinya tenang."Sadness is beautiful!"

Maaf. Itu yang sepatutnya. Memohon maaf lebih sukar daripada memberi maaf. Aku mudah memaafkan sesiapa sahaja. Sebab aku tau, takde guna aku nak simpan dendam. Itu semua bulsit. Haha. Lebih baik aku simpan pemadam. Berguna jugak satu hari nanti.


"Biarlah apa orang buat pada kita...
Jangan kita buat kat orang..."


Betul ke salah. Tak perlu persoalkan. Hanya kita je yang tau tindakan kita salah ke betul. Yang penting kita sedar sesuatu daripada kekhilafan kita tuh. Kalau jenis yang tak sedar jugak, bebal je yang patut aku gelarkan  kau ni.

Dengar nasihat orang, dengar kata-kata dari orang yang lebih tua, itu tak salah. Hati, diri kita yang mampu menentukannya. Pendapat orang kita terima dengan baik. Dengan cara tu, orang pun boleh terima apa yang kita rasa dengan baik. InsyaAllah.

Hakikatnya, kita manusia biasa. Semua orang buat salah. Semua orang pernah jatuh. Ingatlah, semua yang ada kat dunia ni, hanyalah sekadar pinjaman. Maha Suci Allah bagi kita pinjam semua yang ada. Takde apa satu pun dalam dunia ni kita yang empunya. Semua perasaan yang datang, semua dariNya. Bila-bila masa Allah akan tarik balik. Dialah Yang Maha Mengetahui segalanya. 



"Terima Kasih Ya Allah. Kau memberi aku merasa nikmat pinjaman yang hebat. Bukakanlah pintu hati aku untuk sentiasa bersamaMu Ya Allah. Jadikan aku hambaMu yang sentiasa bertaubat dan berbuat kebaikan. Sesungguhnya kaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...Aammin."

#Ini namanya hidup. Dan semua ni dari hati aku. Terima kasih blog.

Friday, March 23, 2012

Thanks For The Memories by Cecelia Ahern.

Hai. Hai. Hai. Semoga hari ini lebih baik dan lebih lebih baik dari hari-hari yang sebelumnya. :) Lately, mood aku memang terbang ke laut biru, melayang layang entah kemana. #Tak payah nak novel sangat. Tapi hari ini boleh dikatakan mood tersebut telah kembali ke pangkuan aku. Haha. Apa kejadah aku punya perumpamaan. Hentam sajalah labu.

Ehem. Ehem. Kembali kepada tajuk kita hari ini ye kawan-kawan. "Thanks For The Memories" adalah tajuk novel yang aku baru habis baca. Beli masa pergi Singapore hari tuh. Eh, eh. Kekasih hati yang belikan. :)




Jalan cerita novel ni memang superb! Boleh buat aku gelak, geli geleman pusat, menangis tersedu sedak, tacing! Semualah! Pakej lengkap kata kau. FYI, Cecelia Ahern ni penulis best seller novel, "P.S, I Love You." #Versi filem aku tak pernah tengok lah (T_T)'' Tapi romantika d' Amour baca "P.S, I Love You" boleh buat korang rasa nak terkencing malam. Erk. 


Al kisah aku start terpikat baca novel Cecelia Ahern ni masa belajar kat Kolej dulu. First Novel aku beli, "Where Rainbows End" Then, terus pasang niat nak beli semua rangkaian novel-novel dia. Serius, jatuh cinta! Novel melayu memang aku tak reti nak bacalah. Bukan berlagak aku anak omputih ke apa, (aku budak kampung yang pergi mancing, masuk parit, tarik ekor lembu woiit masa kecik-kecik dolu) cuma aku akan ketawakan diri sendiri je kalau baca novel melayu. Tak paham der. (Bongok nyeeeeeeeee)

Okeh, setakat ni aku dah ada empat semuanya, yang latest aku beli "A place called here" (belum baca sebab adik aku yang kat Kuantan sinun pinjam) dan.........



"Thanks For The Memories" -  KLIK sini untuk sinopsis

Tak rugi kalau korang pun pergi beli novel nih. Bagi aku, novel ni membawa kita kepada percaya pada apa yang kita rasa. Kadang-kadang dalam hidup ni kita ada instint kan? Macam deja vu, tiba-tiba perasan yang kita pernah jumpa seseorang. Hati mesti meronta-ronta macam singa kelaparan nak tahu apa sebenarnya maksud tersirat sesuatu peristiwa. Jawapannya? Korang kena pergi beli novel ni. Hehehee. :) Murah je pun. Lebih kurang RM40 je rasanya.

Yeah...nak beli lagi semua koleksi novel Cecelia Ahern ni. Popular Book Store baru bukak kat Star Mall, Mentakab. Tapi macam biasa, takde sape nak bawak aku pergi sana. Pergh. Sadis. (=.=)'' Bajet pun kering nak beli novel. HAHA. Apa pun tak boleh. 

Eh, jom tengok wayang? Anyone?

Tuesday, March 20, 2012

Macam-macam ada.

This is what life is. Macam-macam ada. Lately, I've been fighting trough my emotions. Happiness and sadness, they are all comes together. Rolling inside me head. Ups and downs.

I need some time for me, myself. Having a very bad nightmare like this makes me feel grower, maturer and kinda big girl, perhaps. Give a damn what people say. Give a damn on what they did to you. Patience is the best way. It shows how strong are you to face obstacles in life.

By now, giving myself a chance to cope with all this 'life stuffs' making me the strongest girl on earth after all. I guess. Thank You Allah. :')




I  do believe, I'm deserved to be happy. Everything comes for a reason, right? 
Keep on that smile, Balqis. Cheer yourself up!

Thursday, March 15, 2012

From sex to soul.




“Though I don’t understand the meaning of love, I do not mind if I die trying”
“I have been bound by the shackles of love, and I don’t mind if I die tied up.”






You make my day. Recently. Thanks. :')

Wednesday, March 14, 2012

Wordless Wednesday #18



"It won't be soon before long......."

Bila la impian aku nak tercapai kalau macam ni.

Aku nak gemok. Seriously. Nak berisi sikit. Tapi. Aku selalu sakit. Macam-macam sakit. Bila sakit, aku kurang makan. Aku punya style kalau tak makan, memang langsung tak sentuh makanan. Tapi bila tiba time aku nak makan, ha, terkejut beruk makyeh yeah yeah yeah orang tengok aku balun sampai 5 pinggan nasi. Lima mangkuk bihun sup. Gulp! (Aku takde bela sebarang hantu atau saka merasuk ok....)

Then, hari ni aku pakai satu baju kurung yang agak lama tak pakai. Pergh. Longgar je rasa macam baju pinjam. Tak selesa pun ada. Baru-baru ni aku timbang berat, aku turun sekilo akibat tak selera makan. Agaknya la....ni turun lagi sekilo kot? Mak aiihhh! Tinggal tulang menulang je aku. (+.+)''

Dah, macam mana nak capai impian untuk menjadi gemok bam bam pada tahun 2012 yang mulia ini? Susah la kot. Abang aku kata kan....kalau nak gemok senang je resepi dia,


"Jadilah seseorang yang bahagia!!!"


Macam mana nak jadi bahagia?? 

Tuesday, March 13, 2012

Pesanan Mama awal pagi hari ini.

Mama told me,

"Itu mungkin satu petunjuk yang nyata tapi tidak jelas. 
Jangan susahkan hati orang lain. Tak baik buat gitu......"

and me answered her with,

"......................................................Fake smile....TEARS."


04:45 a.m - With deep tears falling down. Heart Tortured. Pain. Indeed. Thinking what will be happened next. Am I strong enough? I do not know. 

Dear heart, please give me an answer. I'm begging you. :|


This can make me smile back again. Thank You. :')


Monday, March 12, 2012

MegaGiveAway By Penmerah.com



Haip! Dah lama tak join GA. Moh le kita ramai-ramai meriahkan Give Away by akak Pen Merah yang gorjess nih! Tunggu apa lagi? Jom! Jom! Hadiah dia best tau! Lebih 70 hadiah untuk dimenangi! Whoissh! Syok nih. Mana tau ada rezeki kan. :)


So aku nak tag :





and untuk semua yang join, GOOD LUCK! :)

Friday, March 9, 2012

Hujung minggu. Please be nice to me.

Sabtu. Ahad. Esok. Lusa.

Tak tahu. Buntu.

Weh.....weekend ni nak buat apa ha?

Babai office.

Errr....jom tengok wayang? :)


Benafee Village, Johor Bharu.

Ehem. Ehem. Selamat Hari Jumaat. Hari ni aku belek-belek gambar dalam folder-folder yang menyemak kat pc office nih. Entah bila la ada orang nak belanja aku laptop ke, macbook ke, ipad ke, I leffiu ke, dan pelbagai ke yang se adik beradik dengannya.

Rindu punya pasal, aku pun menengok folder 'Girls Day Out'. Heyyyyyyy wale wale hey wale wale..heeeeyyyyyy! Ekceli, aku dah lama tak hangout dengan kengkawan pompuan you olls. Kalau kat kolej jaman dolu waktu usia remaja, selalu lah jugak. So, I've been so excited dapat keluar dengan my beautiful girls. :) Ecececeh. Kiena gorjes, Huda Da Da and Kakak a.k.a kembar ku! :)

Cerita ni macam dah basi. Tapi aku nak telan jugak. Erk. Dah katanya aku ni malas nak update semenjak dua menjak tiga empat menjak nih.

Pada suatu petang yang hening, kami berempat telah menuju ke destinasi yang istimewa. Seperti dunia ini kami yang empunya. Let us swimming darlings! Ooops. Gambar time swimming banyak bersepah. Tapi takde lah aku upload kat sini ye. Nanti kang esok keluar paper Metro. Ha, ternganga kau!

Sejurus kemudian, kami telah melanjutkan pelajaran perjalanan, mengisi perot. Oh mak aiih! Tak tahu nak makan kat mana. Erm, mula-mula nak pergi Singgah Selalu. lastnya, tak tersinggah pun. Pasal dah terlepas. Akhirnya, kami ke Benafee Village. Pernah dengar nama tempat ni?


"Makan Bintang Lima, Harga Kaki Lima" 


Ini motto restoran tuh. Aku setuju. 

Nasi Goreng kampung +  Ayam Black Pepper + bandung cincau

Ayam Black Pepper memang pergi rasanya. Sedap gilosss. Rasa masam, manis, sweet pedas, memang terbaik. (macam Qi JJCM pulak!) Hihihiihi. bandung cincau? Gulp. Best nak meninggal. :)

Aku punya Fish & Chip.

Kat sini ada macam-macam pilihan menu. Indonesia ada, Western ada, arab, cina. Ha, semua lah pakej lengkap. Kalau tengok kat menu, rasa nak order semua je.  Isk. Time ni laju je aku makan. Dah habis baru nak snap. Woooii. Terliur pulak.

Kembar pulak makan ayam terpenyet.


Kakak peminat makanan pedas. Nasi ayam penyet ni pon sodap. Boleh membuatkan anada tidak boleh tidur malam. Terkenang-kenang gitueew. :)

Kiena gorjes pulak makan nasi paprik. Whooosh! yang ni pun sedap beb. Nasi banyak, paprik dia pun banyak. Ehh, jangan banyak cerita. Binatang nasi paprik ni memang berbaloi.

Tu dia. Muka berselera kan!


Dah habis telan semua, tak cukup lagi sekalian perempuan ni makan. Teringin makan Chicken Chop. Tapi order satu jelah. Sharing is loving! Zup zap zup zap. Habis kitaorang makan sepinggan. Ok, abang waiter tu ketawa sebab makan satu pinggan je, mintak fork & knife sampai 4 pairs. Aiiiyyoooo. :)


Sedap. Sedap. Sedap.

So, agak-agak korang berapa total up semua makanan dia atas? Bagi aku murah je. RM88++. Berbaloi tak? Sedap dan murah. Serius, kalau ada masa terbuang, datang JB, korang try la makan kat sini. Syiioook! :) Nak tau lagi best apa? Hehehee. Kakak kembar ku yang belanja. Thanks kakak. Lain kali belanja lagi tau!

Kat restoran ni jugak ada gazebo. So, yang nak makan santai tu sesuai sangat. Dua tingkat lagi. Masa kitaorang pergi ni hujan. So tak dapat nak merasa makan kat situ.

Korang semua boleh baca article ni untuk maklumat lanjut. :) 


Rindduuuuuuuuuuuu!

Lepas ni aku nak makan kat Roost Juice Bar pulak la. Vintage restaurant. Err...Bila nak pergi JB lagi pun aku tak tahu. :|

Tuesday, March 6, 2012

Bukannya semua benda....

Bukannya semua benda kena bagitau orang lain. Tak wajib pun. Bila orang tanya, ada dua pilihan. Nak jawab atau tak. Nak tolak atau nak terima. Ikut kau lah.

Senyap. Diam. Ada kalanya baik, ada kalanya orang salah sangka.

"Sombong gilerr kau nih sekang. Langsung tak tanya kabo aku....."
"Kau maner ha? lama tak dengar citer. Blah la kau. Dah lupa aku."
"Kau ni diam je 24/7. Tak reti langsung nak hello kengkawan."
".............dia ni mesti ada pape kalau diam. Mesti dia dah.....(sambung sendiri)

Jenis aku memang suka diam je. Bukannya aku ni pendiam, kalau kau duk borak dengan aku, seminggu pun aku tak habis borak kencing kencang. Maksud aku kat sini, kalau orang tak tanya, aku memang buat bodoh je. Aku rasa kalau benda remeh temeh, abaikan je. Tak payah nak kecah sangat. Bila berpanjangan, jadi parah. Then, masa tu baru aku terfikir. Ok, aku salah. Sengalnyeeeeeeee. (=.=)''

Nak ambik tahu hal aku? Silakan. 7 dulang aku bagi. Tapi silalah bersopan dan bersantun. Tak payah nak perli merli. Geli bulu ketiak kucing aku. Agenda kau apa? Itu kata kuncinya. Niat kau apa? Kalau awalnya baik, baiklah aku. Kalau awalnya memang kau jahat, jahatlah yang kau dapat. 

Sepatutnya, kita jangan anggap semua benda remeh tu mudah. Erk? Jangan anggap benda yang simple bagi kita, simple jugak untuk orang lain. Kita kongsi warna mata, tapi bukan warna hati. Kan?

Kalau kau tak penting dalam hidup aku, aku buat tak tahu je. Nak ingat kau pun takde guna. Aku dengan hal aku, kau dengan hal kau. Mudah. 



Errrr...jom lunch? Pizza Hut? Sekali sekala Amerika. Chow!