Monday, February 13, 2012

Petua untuk menaikkan seri wajah.

Entri lepas aku ada story pasal produk SIMPLE untuk mata. Hari ni meh aku nak share satu petua untuk menaikkan seri wajah. (Ekceli dah lama nak share petua ni, tapi al maklumlah kemalasan nak menaip entri melanda.) Siapa taknak muka berseri-seri ye dok? Petua ni senang, mudah dan ringkas!


Apa yang anda perlukan ialah,

Kunyit hidup
Garam halus
Perahan limau nipis

Caranya, tumbuk atau parut kunyit hidup, then campurkan dengan garam. Bila dah gaul sebati, ha perahkan limau nipis dalam satu sudu makan. Mudah kan? :)


.....dan boleh la anda tepek dan gosok kat muka, buat seperti skrub. Jangan ganas sangat tenyeh tau. Kang luka pulak kulit muka korang. hati-hati jugak nanti masuk mata. pedih whoaaaahhhh! Opssss, jangan lupa disertakan dengan selawat, okay? :)




Biarkan kering kejap. Kemudian boleh la bilas. Seeloknya gunalah air mineral. Hasilnya, korang akan rasa segar bugar sangat! Kotoran kat muka pun hilang. Otometik muka boleh jadi berseri-seri! Phewwwwiiit! Kalau rajin, lakukan petua ni 2 atau 3 kali seminggu. Sekali seminggu pun boleh, no hal. v(^_^)v

Alamak. Besonye mata aku! :)


Erm, warna kuning kunyit tu akan melekat kat tangan dan muka korang. Tapi bila dah basuh pakai sabun, lama-lama hilang. Ouh, one more thing, bakal pengantin pun boleh cuba tips ni. :) Akhir kata,

Selamat mencuba!

#Mama bising aku guna piring putih dia tuh. Hee, sorry mama. Tak sengaja.

13 comments:

Diana @ bilakukatacinta said...

dik,kalau ada luka2...gerenti pedih ni

Balqis Shafikah said...

aah. mmg pedih. tapi kejap je rasa pedih tu...takpe, kunyit boleh cpt sembuhkan luka. jerawat pun kering lepas wat skrub ni. :)

hamzah ian said...

nak try gak.. hehe

Balqis Shafikah said...

hamzah ian : cuba, jgn tak cuba! :)

Selendang Merah said...

lelaki pon, boleh?

nak2 trylah..ehehe

Marya Hana said...

hai.. i singgah blog u ..

nice sharing, mesti try ni! hehe. mana tawu tiba2 boleh jadi rupa erra fazira ke, wah malatop ! (:

Balqis Shafikah said...

selendang merah : boleh. selamat mencuba!

Balqis Shafikah said...

marya : thanks marya. ha, try la mesti malatop klu dah jd muka erra fazira nt. hihuhuui. :)

Sayidah Nafisah Ruslan said...

nak try lah.. :)

shima said...

kunyit hidup mmg bagus utk keringkn jerawat & pudarkn parut..sy dh cuba & mmg berhasil. Tp muka jd kuning la kejap..

Balqis Shafikah said...

shima : yup! da cuba ea? best kan? :)

faizul badri said...

Untuk naikkan seri wajah, boleh cuba guna kasturi anugerah...

http://muslimchoices.com/?s=1&p=kasturi_anugerah_seri_pemanis

WAFA'S WEAR said...

Assalamualaikum lebih berseri lagi bila berpakaian sopan ikut syariah. Kami di wafaswear ada menjual wide shawl Dari pelbagai material cotton, chiffon, crepe, turkiye. Ada Muslimah shirt yg manis, inner tudung yg cotton selesai dipakai. Sila la jenguj koleksi kami di www.wafaswear.blogspot.com