Wednesday, January 4, 2012

Produk SIMPLE yang terbaik dari ladang.

Bila masuk Guardian, mata pun melilau je nak beli itu ini padahal kadang-kadang rasa macam tak perlu pun! Tapi memuaskan nafsu itu lebih penting! HAHA. Aku pun terjebak membeli produk untuk kesegaran mata. Nah, inilah dia,




Pernah nengok produk SIMPLE ni?  Satu sebab aku sangat suka produk ni ialah, "NO PERFUME, NO COLOUR" So, sangat sesuai untuk anda-anda di luar sana yang mempunyai kulit sensitif. :) Macam aku yang everyday wajib mengadap pc setiap kali check in kat office, mengada-ngada lah nak guna menatang roll-on kat bawah mata ni. Hasilnya, sangat segar okay! Sejuk je mata aku. Hiuhiu. (^_^)''




Pastu dapat free facial wipes tau. Huhu. Berbaloi jugak rasanya, Harga Eye Roll-on ni RM22++. Murah je kan?

Then, ternampak pulak body scrub Guardian, so lagi sekali terjebak nak membeli. Dulu aku rajin beli Body Shop, malangnya celah mana entah aku nak cari Body Shop kat Temerloh. Ergh. Lupakan. Yang ni pun macam best dah. Botol kecik niha, RM5.01 je!


Ehem. Berbalik kepada produk SIMPLE td, banyak lagi rangkaian produk simple ni sebonar eh. Ada shampoo, mandian, penjagaan kulit muka. Tapi yang aku guna setakat ni shampoo dengan eye roll-on. Ouh, pernah guna pelembab muka, tapi tak sesuai dengan aku. (+.+)''


Aku dah try pakai shampoo ni dalam 3-4 bulan macam tu. Rambut aku sebijik macam iklan shampoo kat TV tu whoaaahhh! Berkilat-kilat, melayang ke sana kemari. #Pentipu. Tapi tak rugi kalau korang cuba shampoo ni,   dua rius syiokkk! Err, harga dia aku lupa berapa. Ha, untuk maklumat lanjut, korang boleh skodeng web site ni,






Psst..next entri rasanya aku nak kongsi tips untuk kulit berseri. Yang ni petua sejak nenek moyang turun temurun. Hehehehe. Chow!


8 comments:

Munnafendy said...

simple? serius mmg xpernah dgr..tp roll on mata tu nmpk menarik =)

dye.yana said...

shampoo simple? series aku tak tahu. ingat simple ada skincare je.

Balqis Shafikah said...

munnafendy : yup. boleh skodeng kat guardian eh..:))

Balqis Shafikah said...

dayana : shampoo siap kondisioner skali ada. hehe. tp best weh shampoo nih.:))

Anonymous said...

memang kenal sangat SIMPLE nie, nk try gak sbb nampak bagus, knpa ek akak ckp pelembap dy tu xsesuai dgn akak? rsa berminyak ekk?

Balqis Shafikah said...

yessss. macam berminyak. tak sesuai dengan muka. :)

Nurul Syahirah Badrul Zaman said...

product ni tak famous sangat kat Malaysia. tapi product ni no.1 kat UK. eye roll dia tu tak pernah try, tp macam menarik jee :)

Balqis Shafikah said...

nurul syahirah : eye roll simple best sangat. saya masih guna sampai sekarang. sesuai untuk segarkan mata! :)