Monday, January 30, 2012

Melancong melencong. (Part 2)

Risau. Penat. Atu apa saja perkataannya. Aku tak boleh nak tidur dalam bas malam tuh. Pergh. Kepala aku sakit macam apa je. Nasib baik ada minyak angin cap badak kapak. Mabuk kot aku! Pastuh try pejamkan mata. Konon-konon boleh tidurlah kan. Nah kau. Hampeh.

Bila dah sampai Yong Peng, bas memang berhenti untuk bagi penumpang semua makan, kencing, menghembus asap-asap rokok di jalanan dan sewaktu dengannya. Ok, aku duk dalam bas je. Termenung. pening jagung.

Sampai Larkin. Pukul 3 pagi kurang lebih. Bila aku turun bas like normally, semua orang macam staring je kat aku. Whoish, seram jugak. Tapi aku buat bodo je. Hahaha. Sudah semestinya pakcik teksi dah menyeru suruh naik teksi dia. Aku pun buat muka selamber kodok,

"Takpe pakcik. Saya tunggu orang jemput."

Menunggu. Menunggu. Mamat belakang aku yang tengah tunggu jugak, berborak-borak dengan aku. Ergth. Rupanya, dia tunggu kat situ lagilah dah berzaman. Dari pukul 1 pagi lagi. Ouh, penantian itu satu penyiksaan, mungkin.

........dan akhirnya aku telah pun dapat melihat wajah kesayangan hamba, depan mata. Tiba-tiba rasa macam semua kegusaran hati aku, kerja yang berlambak-lambak, stress itu ini terus hilang. Fuhhh. Hilang! Lepastu mulalah aku rasa lapar pulak kan.

Bila dah sampai rumah, apesal aku tak boleh tidur? Ye, aku memang macam tuh. Lastnya, lepas subuh baru tidur. Ok good. Dan cuti aku pun bermula. Sampai hari rabu berikutnya. Peace. (^_^)v

Thursday, January 26, 2012

Banyak persoalan yang berada di kepala.

Hai. Hai. Hai. Dah lama tak singgah berlari kat sini. Uisssh, rindu! Fyi, aku baru balik dari percutian yang agak panjang. Macam-macam nak story kat sini. But later, okay? Rasa macam tak tahu nak mula macam mana. Hehhehee. So, see you soon my beloved blog!

Singapore.

Thursday, January 12, 2012

Yuna - Terukir di bintang.

Superb awesome! It makes my day and now I can smile happily all day long. Hehee. :) I'm feeling so in love now! Whooot. Whoott.



Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…
Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu

Monday, January 9, 2012

Kekeliruan.

Aku bukan lupa. tapi aku tak ingat. Aku tak salah. Cuma aku tak betul je. Aku tak pekak lah. Aku tak dengar. Aku bukan nak tidur pun, aku tertidur!

Aku bukan sengaja jadi macam ni. Aku tak sengaja. Aku bukannya sedih. Cuma aku tak gembira. Aku tak sibuk, aku cuma ada hal yang nak diselesaikan. aku tak sedih. Ini namanya airmata.

.......dan semuanya disebabkan, satu kekeliruan.

Kerja berlambak, bertimbun. Aku kehilangan jiwa. :|



Entahlah, ini boleh mengundang gila. 

Thursday, January 5, 2012

Spontaneous Thursday #16



 "Hari ni rasa down sangat. Tangan tak habis sengal, barang hilang, kepala macam kusut hanyar je.....hurm..dugaan betul la..."#Kuatkandiri


Apesal entah aku rasa macam sedih sangat.

Tadi aku pergi pejabat MARA untuk setelkan benda yang tak setel. Pastuh, pastuh, pastuh...Aku belek-belek beg aku sambil dengar penerangan kerani kat situ. Pastuh, pastuh pastuh lagi...Aku blah la lepas setel semua. Bila aku keluar je, aku belek-belek lagi beg aku!

Ada sesuatu yang hilang! :'(


Kau pergi mana? Aku carik tak jumpa pun. Sampai hati kau menghilangkan diri. Tengok, sekarang aku dah sedih. :'( Tapi perlu ke aku sedih beria? Ya, sangat perlu! Aku sayang kau lah! (T_T)'' Dah merata aku cari. Ergh, setiap kali aku pergi kawasan pejabat MARA tu, ada je benda yang entah pape jadi. Dugaan betul la.

Aku sedih. Lapar. Jom makan? Hurm......

#BendayanghilangcumaBlackberrycaseje.Tapiakudahmacamoranghilanganak.

Apesal entah aku rasa macam sedih sangat!

Wednesday, January 4, 2012

Produk SIMPLE yang terbaik dari ladang.

Bila masuk Guardian, mata pun melilau je nak beli itu ini padahal kadang-kadang rasa macam tak perlu pun! Tapi memuaskan nafsu itu lebih penting! HAHA. Aku pun terjebak membeli produk untuk kesegaran mata. Nah, inilah dia,




Pernah nengok produk SIMPLE ni?  Satu sebab aku sangat suka produk ni ialah, "NO PERFUME, NO COLOUR" So, sangat sesuai untuk anda-anda di luar sana yang mempunyai kulit sensitif. :) Macam aku yang everyday wajib mengadap pc setiap kali check in kat office, mengada-ngada lah nak guna menatang roll-on kat bawah mata ni. Hasilnya, sangat segar okay! Sejuk je mata aku. Hiuhiu. (^_^)''




Pastu dapat free facial wipes tau. Huhu. Berbaloi jugak rasanya, Harga Eye Roll-on ni RM22++. Murah je kan?

Then, ternampak pulak body scrub Guardian, so lagi sekali terjebak nak membeli. Dulu aku rajin beli Body Shop, malangnya celah mana entah aku nak cari Body Shop kat Temerloh. Ergh. Lupakan. Yang ni pun macam best dah. Botol kecik niha, RM5.01 je!


Ehem. Berbalik kepada produk SIMPLE td, banyak lagi rangkaian produk simple ni sebonar eh. Ada shampoo, mandian, penjagaan kulit muka. Tapi yang aku guna setakat ni shampoo dengan eye roll-on. Ouh, pernah guna pelembab muka, tapi tak sesuai dengan aku. (+.+)''


Aku dah try pakai shampoo ni dalam 3-4 bulan macam tu. Rambut aku sebijik macam iklan shampoo kat TV tu whoaaahhh! Berkilat-kilat, melayang ke sana kemari. #Pentipu. Tapi tak rugi kalau korang cuba shampoo ni,   dua rius syiokkk! Err, harga dia aku lupa berapa. Ha, untuk maklumat lanjut, korang boleh skodeng web site ni,






Psst..next entri rasanya aku nak kongsi tips untuk kulit berseri. Yang ni petua sejak nenek moyang turun temurun. Hehehehe. Chow!


Tuesday, January 3, 2012

Uit. Dah masuk tahun 2012 la.

Assalammualaikum dan salam sejahtera. OH! OH! OH! Dah masuk tahun 2012 and happy new year everyone! :) Semoga semua sihat sejahtera hendakNya.

Kalau cakap pasal tahun baru otomatik orang akan tanya azam baru. Err, apa azam baru aku ha? Yang tahun lepas pun ada yang tak tercapai. Sedih! :'( Cukuplah sekadar aku bersyukur dengan apa yang ada. Rasanya, apa yang ada sekarang sudah lebih dari cukup. Terima Kasih Ya Allah!

Err, yang pasti, aku nak pergi bercuti la bulan ni, boleh? Mana entah Encik Boss, aku nak memohon sekalung budi bicara nak mintak cuti lapanpuluhbelasjuta hari. Aku nak pergi jauuuuuuuuuuuuuuuhhhhhhhhh. Jom? Siapa nak ikut? #Nampak je muka Encik Boss, memang aku zuzpzapzup mintak cuti sambil buat muka innocent. :|


Tahun 2011 dah banyak mengajar aku macam-macam. Masam ada, manis ada, pahit kelat semualah cukup pakej. Yang penting, aku dapat tahu lebih banyak pasal hidup. Cukup matang ke aku? HAHA. Sila gelak. Nama je umur dah meningkat, rasanya, aku masih budak-budak lagi. Dush.

Kawan-kawan sekalian, ketahuilah bahawasanya, aku rindu gila korang semua. Kat sini, aku takde kawan. Aku sorang-sorang je. Hurm, bila nak jumpa lagi? Seriously...aku rasa sunyi takde korang sebenarnya, :'( Walaupun korang takde depan mata, dalam hati aku takkan lupa. Terima kasih, untuk segalanya, kawan!

Eh.eh.eh, boleh tak aku nak jadi cantik? (^_^)''

Cantik:

1.  Melukis kekuatan melalui masalah
2. Tersenyum di saat tertekan
3. Tertawa saat hati sedang menangis
4. Mempersona kerana memaafkan
Mengasihi tanpa balasan
Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi

Cantikkah aku? Tepuk dada, tanya iman. :')

Aku sekarang makin kurus. Apesal??


Boleh jadi, azam tahun baru aku, AKU NAK GEMOK. Kesian, terima kasih! :)