Thursday, November 17, 2011

Resepi : Kacang manis rangup sedap, boleh dimakan begitu sahaja!

Assalammualaikum. Hai.Hai..Hai dan hai lagi. Nama resepi konon nak gempak je kan? Uit, meh aku nak share satu resepi yang gampang, mudah senang dan cepat! Resepi ini dibawakan khas oleh bibik aku.

Sonang jo! Ekau pon boleh toraaii! Erk.:)

BAHAN-BAHAN

Kacang tanah
Telur
Gula
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

CARA PEMBUATAN

1. Mula-mula anda hendaklah memukul telur+gula sampai kembang kuncup. Haip! jangan pukul pakai rotan pulak...




2. Then korang masukkan adunan tadi sikit demi sikit ke dalam kacang tanah. Selang selikan dengan tepung gandum. Kiranya telur+gula ni jadi macam gam bagi lekat tepung kat kacang tersebut. Hiuhiu.




3. Makanya, jadilah begini. 

4. Apa tunggu lagi? Bermulalah sesi goreng menggoreng!



5. Dah setel, kita sejukkan lah dulu ye. Kang tebakor pulak mulut kau makan panas-panas kan...


6. Pastu bolehlah melantak sesedap rasa hati. Jangan lupa baca Bismillah. Ha, bolehin makanin bersamain keluargain. HAHA. Selamat mencuba!

3 comments:

Kamsiah said...

terimakasih berkongsi cara membutnya...selama ni saya beli ja...kacang dah ada,telur dah ada..tepung dah ada..akan dicuba secepat mungkin

Balqis Shafikah said...

sama2 :) selamat mencuba ye! :)

syed ayie said...

Gula banyak mana??telur banyak mana??untuk sukatan kacang berapa kilo??