Thursday, November 24, 2011

Little brother Graduation Day!

Comel gila la budak kecik ni berkonvokesyen. Teringat whoaaah zaman kegemilangan aku dulu. Nostalgia sungguh. :)




Inilah budak comel bernama Amreel Fahrin. Sekarang dia dah pandai membaca tau. Pantang nampak perkataan kat Tv ke, surat kabo ke, buku, semua dia nak mengeja dan baca. Good! Lagi satu, dia hafal hadis...woaahhh! Thumbs up lah adik! 



Paling best pergi konvokesyen budak kecik ni satu je. Makanan! HAHA. Pagi-pagi aku, mama dan Cik Nisya Irven dah ready nak pergi majlis ni. Memangla tak sempat makan kat rumah. Sampai je kat sana, pergh macam-macam ada. Apa lagi? Rembat je la semua.





Err..dulu masa sekolah cikgu aku ajar, orang tamak, selalu kenyang. :) Mama dengan adik perempuan aku tak habis-habis ketawa tengok aku. Ha, makcik sebelah pun sama. Sukanyaaaaaa diorang tengok aku makan. Eh, dah memang sejak azali aku suka makan. (^_^)'' Ni first time aku makan apam polkadot. Gila comel+sedap. Bagi satu lori pun aku habiskan gamaknya.




Budak kecik 6 tahun ni selalu cakap kami berdua gedik. HAHA. Dah memang perangai kalau duduk dekat-dekat tak boleh stop bersembang, ketawa, nak makan pun sama-sama, apa semuanya nak berdua. Well, katanya kami berdua je la adik beradik perempuan kan. Rambut sama panjang, hati pun senang.*falsampah baru*

Mungkin benar apa yang kau katakan adik,





.....macam kakaknya pulak yang konvokesyen kan, tapi takpe, yang penting kita enjjooooooyyyyyy!*melompat*





Aku jeles tengok sijil adik aku nih. Lawo kot! Isk, apesal aku punya dulu tak macam ni? Sedarlah wahai Balqis...kau dulu sekolah kat Tabika KEMAS. Erk. =.=''




Last but not least, tahniah adik bucuk! Kakak sayang you so strong, ever and forever! Tahun depan darjah satu, jangan nakal-nakal tau kat sekolah. Kalau ada orang buli adik, adik buli balik tau! Hehe. Dengarlah nasihat bernas kakak kau yang comel macam kucing parsi nih. miaooo... :)

Spontaneous Thursday #13






"Everything is reminding of you, what can I do?"
-by Maroon5



Tuesday, November 22, 2011

On Syaza's wedding. Pak pak kompang, kedebung kedebung kedebung!

"Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga" -Hijjaz, Selamat pengantin baru.





19 November 2011, tahniah buat Syaza dan suami. Semoga dimurahkan rezeki, diberkati Allah selalu...berbahagia dunia & akhirat. InsyaAllah! Amiiiinn.


....dan mintak maaf kengkawan yang lain, aku ingatkan sempat jumpa korang semua. Huhuk. Aku ada hal lain petang tu. Tak dapek la den nak nolongnyeee. ;)



Pergghhh..kau memang cun melecun habis Syaza! Siapa mak andam kau? Aku nak tempah. Haha. Makeup cantik gilooss!

"Apa rahsia hang kuruih Syaza?"
"Kau nak tau, kau kawin la dulu Qiss. Tapi kau dah kuruih sangat..."

Ok, sesiapa nak kurus,, sila kawin cepat! HAHA.







Yeah..Akhirnya seorang dari batch kita sudah pun selamat diijabkabulkan. Who's next? Ha, itu yang kita tak tahu! :) Mungkinkah anda? atau anda? ataukah anda? Erk. (^_^)''

Thursday, November 17, 2011

Resepi : Kacang manis rangup sedap, boleh dimakan begitu sahaja!

Assalammualaikum. Hai.Hai..Hai dan hai lagi. Nama resepi konon nak gempak je kan? Uit, meh aku nak share satu resepi yang gampang, mudah senang dan cepat! Resepi ini dibawakan khas oleh bibik aku.

Sonang jo! Ekau pon boleh toraaii! Erk.:)

BAHAN-BAHAN

Kacang tanah
Telur
Gula
Tepung gandum
Minyak untuk menggoreng

CARA PEMBUATAN

1. Mula-mula anda hendaklah memukul telur+gula sampai kembang kuncup. Haip! jangan pukul pakai rotan pulak...




2. Then korang masukkan adunan tadi sikit demi sikit ke dalam kacang tanah. Selang selikan dengan tepung gandum. Kiranya telur+gula ni jadi macam gam bagi lekat tepung kat kacang tersebut. Hiuhiu.




3. Makanya, jadilah begini. 

4. Apa tunggu lagi? Bermulalah sesi goreng menggoreng!



5. Dah setel, kita sejukkan lah dulu ye. Kang tebakor pulak mulut kau makan panas-panas kan...


6. Pastu bolehlah melantak sesedap rasa hati. Jangan lupa baca Bismillah. Ha, bolehin makanin bersamain keluargain. HAHA. Selamat mencuba!

Spontaneous Thursday#12







"Apesal aku boleh lupa hari ni hari Khamis?"



Monday, November 14, 2011

Susah jugak nak faham. Kalau nak betul-betul faham, kena lah faham yang bukan semua orang faham. Faham?

Berapa banyak faham daaa. Korang pernah jumpa orang yang susah nak faham? Err,

Let say kau ada boyfriend or girlfriend, pastuh ada pulak orang lain yang mengganggu hidup korang la kan, dan jenis manusia ini memang sengal tak faham bahasa, sepatutnya tak payah la nak ganggu kehidupan orang lain. 

Bagi aku la, kalau ada yang mengganggu dalam sesebuah relation tu, bagi sebab why you need to to that. Kalau kau ada keperluan nak ganggu, then go on! But if kau memang sengaja nak pancing bagi hubungan orang lain koyak rabak, you should better think deeply before you're into it. Sebab? Cuba kau fikir....kalau orang lain buat kat kau macam tu, kau rasa apa ehk? Kau faham tak? Senang cerita, what goes around, comes around. 

Tapi kan...macam mana pulak kalau pada dasarnya boyfriend or girlfriend korang tu yang memang niat dalam hati dia nak pasang ramai-ramai. Berjemaah katanya. Sebab?

"Ehhh..lek luu...aku kahwin pun tak lagi dengan kau. Aku punya suka lah nak ada berpa banyak skandal pun...kau pun bukan hensem sangat!"

" I sayang kat you. Gila ahh..memang sayang gila babi. Tapi I kena pasang bebanyok sebab nak tahu which one sepatutnya I jadikan bini. Oklah, I nak pegi dating ni. Nanti I text you back k sayang?"

"Alaaa...dorang semua tu saya tak sayang pun awak...dalam hati takde taman pun. Awak jelah taman saya sorang. Dorang tu semua buat hilang bosan je. Takpe kan awak?


Soalan : Tak boleh ke dia faham, hubungan orang elok-elok tak payah la kacau, and tak boleh ke dia faham yang mungkin awek or boyfriend or laki or bini or tunang dia mesti ada perasaan kurang senang bila ada orang ketiga, keempat kelima keenam dan blaa..blaa..blaa.?? Lainlah kau bercinta dengan robot. Tak pun, barbie doll. =.=''

"RELATIONSHIPS IS NOT A TEST. SO, WHY CHEAT?"

Ok, faham contoh aku tu? Mudah je kot? Well, kalau aku lah kan, aku senang je.  Setia ke tak, kau tanya hati kau. Nak setia kena percaya. Tak guna jugak kau setia tahap dewa, tapi kau sebenarnya diperbodohkan.  Kalau rasa macam dah takde function, kau blah la. Gampang je kan? 

Eh...even kau dah kahwin pun suami kau boleh cari lain cukupkan kuota sampai 4, apa ada hal? Kiranya kau belajarlah berkongsi dari bercintan cintun lagi. Erk. Sanggup berkongsi? Aku rasa aku tahu macam mana rasanya berkongsi kasih sebab banyak contoh depan mata dan belakang tabir. Perit, tahu? Jodoh, ajal, maut, pertemuan di tangan Tuhan? Arghh, itu hal lain. 

Sekarang lagilah zaman dah macam-macam kejadah bersepah laman sosial yang boleh klik hujung jari je. Lagi handal kau pakai smartphone, android, tablet menatang apa semua. Touch screen woah! Then muncul lah golongan stalker. 

"Weh, dia add aku semata-mata nak stalk aku. Dia kan ada doblas akaun tau! Nampak sangat dia stalker. Add aku sebab nak amik tahu pasal aku dengan laki aku je. isk!"

"Dah 8 tahun dia stalk aku. Aku buat bodoh je. Bila dia komen pedas macam taik cicak berlada, aku senyum je. Aku rasa  dia buat lawak lah!"

"Hari-hari dia baca blog aku, sebab nak cari kesalahan aku, itu ini. Pastu dia canang cerita busuk kat semua orang...hurm...."

Hebat kau fitnah orang kan? Ya Allah...yang ni aku tak boleh accept. Errr, what you give you get back. Setel!

Aku suka pegang prinsip macam ni, kalau ada sesuatu yang perlu aku tahu, lambat ke cepat, aku akan tahu jugak, dan kalau ada sesuatu yang tak perlu aku tahu, aku takkan tahu jugak!

Soalan : Hasil apa yang anda dapat dari stalking dan memfitnah orang? Dapat duit berjuta-juta? Bak datang sedekah kat aku. Aku nak buat grand wedding of the year.



Ye, kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Kita hanya manusia biasa yang ada emosi, perasaan. Kadang-kadang kita kalah dengan emosi kita sendiri. Bayangkan kita ada seseorang yang betul-betul faham apa yang kita rasa. Indahnya dunia kan?

Bukan semua orang faham apa yang kita faham. Bukan semua orang nak faham apa yang kita nak faham. Bukan semua orang betul-betul faham apa yang kita susah nak faham.

Kunci kepada semua dugaan? Semestinya sabar. Sabar itu indah. Nak tahu indah ke tak, kau try lah sabar. Kau akan rasa betapa manisnya sabar tu. Mama aku cakap, kalau kita sabar, mesti dapat ganjarannya. Lagi satu, letakkan diri kita kat tempat orang lain, then kita boleh belajar menerima. Trust me.

Aku pernah baca satu artikel pasal kemaafan. "Keampunan Allah terhadap hambanya lebih luas dari lautan dosa manusia seluruh alam!" 



........Jika sempurna taubat kita, InsyaAllah diterima. Tapi pernah fikir dosa kita sesama manusia? Pernah terfikir apakah semua manusia sekeliling kita menerima kita seadanya? Memaafkan semua kesalahan kita pada mereka? Seriously, hari-hari aku fikir benda nih. =.='' Yang aku selalu buat, sebelum tidur aku maafkan semua kesalahan orang kat aku dan berdoa semoga orang lain pun memaafkan kesalahan aku pada mereka.

Sebenarnya aku pun tak tahu apa maksud di sebalik entri aku hari ni. HAHA. Tapi memang takde kena mengena dengan sesipa pun ye. Totally NOT. 



"Whooooiiiiii Balqis! Kau tak faham-faham lagi ke? ONLY GOD KNOWS EVERYTHING, Silly. +_+'' -#Monologhati#

Yeah, just keep it simple!

Friday, November 11, 2011

Ouh my dear! Cepatlah baik demam.

Hai. Meet my dear Cech. Dia demam. Lemah je badan dia plus takde selera nak makan. Minum pun kena suapkan. Kawan-kawan semua, doakan dia cepat sembuh ye? Terima Kasih. :')



Get well soon Cech!

Thursday, November 10, 2011

Makanan kegemaran sejak azali. Terima kasih nenek!

Setiap kali nampak mangga muda, mesti terserlah keteliorrran aku. Pastuh siap sedia cicah dengan sambal kicap kan..Pergh! Terbaik. Terbaik. Terbaik. terbalik. Erk.

Sesungguhnya nenek aku memang memahami cucu-cucu kesayangannya. Bila tiba musim mangga, nah kau satu guni dia hantar kat rumah. Takpun dia suruh kitaorang pergi ambik kat rumah dia. Kadang-kadang kitaorang tak dapat datang, sampai busuk dia simpan buah mangga tu tau. Ouh nenek! Terima kasih. Terharuuuuuu. :')

Minggu lepas nenek hantar perutusan lagi. Yahoo ya beda beduu!


Banyak wooooo nenek bagi buah mangga! Entah berapa bijik aku telan dengan penuh nafsu. 


Ha, inilah pasangan serasi bersama si mangga yang enak berkrim nih...


Yang ni pulak untuk hidangan mata kasar anda. Hiuhiuhiuhuhiuhu. :)




Anda semua sila jangan tiru aksi perempuan tak siuman tersebut. Dia sangat bahagia dapat makan mangga a.k.a mempelam a.k.a pauh dilayang! Haha. 


Ni muka puas hati. Apesal suci sangat? Ergh.

Alamak...aku teringat Kerabu mangga kat Singgah Selalu. Hurm, tak tahu bila boleh singgah lagi ke sana. Eh,eh,eh, nak tanya. Makanan apa yang korang pantang nampak je mesti nak? #Kerja aku makan je sekarang nih. Tu pasal la pipi dah kembong macam ikan kembong. =.=''




Ni lah dia sifu makan aku. Dia suka makan dan ajak aku makan. Aku iyeeeeeekan je la. Rezeki jangan ditolak, tak gituh? :)


Gambar baju kahwin. Amacam? Cun?

Kononnya ayu la teeuuueeewww!





So...amacam? Cun tak? 
Colour macam mana? Cool?

Ehem. Ehem. Sesiapa yang nak kahwin, dan nak tempah baju pengantin, baju tunang, silalah tempah dengan mama saya. Anda pasti berpuas hati! Harga pun sangat berpatutan & berbaloi-baloi.

Berminat?
Do contact me on Facebook oraitt? (^_^)v


P/s : Sila abaikan perempuan yang bajet ayu padahal kuyu kat atas nih. Muaahahaha. 

Tuesday, November 8, 2011