Thursday, October 27, 2011

Beli kincir angin walaupun takde angin.

Entri dulu aku terpikat dengan menatang wall sticker. So, baru-baru ni aku ada jenjalan cari pasal kat bandar, jumpa menatang lain pulak. Ni ha, apa benda nama dia, adik aku cakap, kincir angin!





Aku memang jenis suka benda yang pelik-pelik kot? Entah. Bila aku beli kincir angin ni, Bibik aku cakap, "Awak ni macam budak kecik laa."*sambil ketawa nampak gigi* HAHA. Yang penting, itu aku. Dan memang aku. Tak boleh nak ubah dah! :)


Disebabkan benda ni murah jadinya aku beli dua. Time beli mama dah buat muka pelik. "Nak buat apa beli benda tu kakak?" Err, sebenarnya aku pun tak tahu aku beli sebab apa. Aku suka benda nih! Masuk kedai tu terus aku macam terlior nak beli. Rasa macam nak grab semua corak, bentuk, warna yang ada. Tapi agak-agak lah kan. =_='' nasib baik murah, kalau tak, aku ternganga je tengok dari luar kedai. 

Bila dah sampai rumah, aku excited nak pasang then cepat-cepat berlari cari mama kat dapur, "Maaaammmaaaaaaaaaa. Comel gileeeeeerrrrrrr benda yang kakak beli tadi tuh....jomlah tengokkk...." macam biasa, mama akan buat muka slumber yaya dan tersenyum sinis. Hiuhiuhiu. :)


Aku rasa tempat ni je paling sesuai untuk kau wahai kincir angin

Harus letak tinggi-tinggi, sebelum jadi mangsa kanak-kanak riang dalam rumah ni. Aku nak gantung kat area aircond, nanti bila on mesti beputaq kan? Ergh, bila fikir balik, boleh kira dengan jari je aku on aircond tuh. No.No.No. Tak sesuai! >_<''



Fullaaamaaak, bila tengok benda ni berpusing, aku rasa sangat tenang. Rasa macam aku dalam cerita fairytale. Erk? Eh, seriously, aku rasa bahagia. Aku mesti tersenyum bila tengok benda ni berpusing. Macam ada feeling aku tengah berlari-lari kat tepi pantai! *pergh, taknak kalah feeling tepi pantai bagai*



"Kakak, benda ni kita kena main lari-lari baru boleh berpusing"

"Mana adik tau?"

"Ye...betul"

"Ok adik!  Nanti kita lari sama-sama eh? Tapi sekarang asyik hujan je...."

"Tunggu tak hujan laaa..."

" :') "

Adik comel

Sweeeeeeetnya macam gula batu bila adik aku cakap camtu. :') Pandai dia ambik hati aku kan? Sekarang musim hujan, susah nak cari waktu boleh main kat luar petang-petang melayan kerenah kanak-kanak. 

........ke kanak-kanak yang melayan kerenah aku?  (^_^)''

Spontaneous Thursday #11




"Ting...ting..ting....ting...(Bunyi wind chime)"





Thursday, October 20, 2011

Spontaneous Thursday #10




Spontan je aku tulis ni tadi...,




Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #12




Bila kerja berlambak.

Hai. Hai. Hai. Rasa macam dah lama tak berceloteh kat sini. Ohhh, aku busy! Serius punya busy. Since last week memang banyak kerja, sehingga menimbulkan stress kepala hotak aku. +_+'' Badan pun macam penat je. Tapi tak mengapa, akhirnya kerja dah submit pagi nih! Hoooooraaaaay!


"Stress is dessert" Auuw..

Jadi hari ni boleh la update dan berlari kat sini..*suka.suka.suka* 







Kerja ni semua memang menguji tahap kesabaran aku. Berapa kali nak kena kira, semak, kira lagi, semak lagi. Memang semak kepala aku. Tulisan kemain kecik, aku nak buat soft copy sampai menangis bertalu-talu. Sakit mata woooaahh.Nasib baik lah aku reti nak pergi beli Eye Mo untuk tired eyes. Huhu. Segar sikit penglihatan kan.


Ok, salah. Nama dia Eye Glo.



Tengok marah benor angry bird tersebut. Encik Boss pulak serabut kabut je buat semua kerja, nak cepat, nak pantas, tapi kurang berhati-hati, sehinggakan terjadi peristiwa....,


Ouch!

Tanjat gegurl kerusi ni patah. Fuhh, nasib takde peristiwa berdarah. Kerusi ni pun nak marah ke apa?


Dan sekarang aku....,


















































........nak sambung berangan untuk masa depan. (^__^)V Shhhhh...aku nak transform jadi Sleeping beauty jap. Nanti bila Prince Charming datang, kejut aku,OK? Chow! :)

Thursday, October 13, 2011

Spontaneous Thursday #9





CHILL la boss, Kalau anda KUSUT, saya pun jadi KUSUT. Erggh.




Wednesday, October 12, 2011

Tuesday, October 11, 2011

Pergh. kepala otak serabot.

Errr...aku memang blurr tahap cipanzi rebus hari ni. Badan lepak, kaki sakit, kepala bengong, perut berokestra, buat kerja kat office pun da macam apa dah. Oissh!

Macam-macam ada dalam kepala otak aku nih. Macam-macam jugak aku nak update. Tapi lek luuuu, aku memang blurr sangat ni. ok, itu saja.

Chow!

Boleh?

Friday, October 7, 2011

Lebih baik mencoret daripada mencarut.

Tak tahu apa dalam fikiran,
Jangan dipersoal,
Kerana yang ada hanyalah tak tahu.
Jangan dibilang kenapa,
Hati rasa tersinggung, bimbang sakit untuk menanggung.

Jika pergi, aku mati.
Jika lari, aku pergi.
Bukan tak sayang, mungkin kerna dah melayang,
Diambil bayang-bayang.

Melayang sebelah kanan nampak lengan,
Melayang sebelah kiri nampak kaki,
Dan bila tengah itu jalannya gampang,
Aku hanya mampu memandang.

Bayang-bayang kembali,
Tapi kali ini berani, berahi.
Gagah mahu muncul lagi.


Adanya pahit,
Kalanya manis,
Datangya kait,
Hilangnya tangis.

Pergilah bayang-bayang,
Mencari ruang,
Jangan datang lagi,
Gusar bayang-bayang tak nampak sisi.

Tak tahu apa dalam fikiran, 
Jangan dipersoal,
Kerana yang ada hanyalah tak tahu. 
Jangan dibilang kenapa,
Hati rasa tersinggung,bimbang sakit untuk menanggung.

Jangan dipersoal, 
Bimbang bayang-bayang bertandang lagi.




Wednesday, October 5, 2011

Kenapa menangis?

Wahai Tuhan, mengapa wanita sering menangis?

Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
Ku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
Ku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
Ku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
Ku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
Ku berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
Ku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Ku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”




Selamat hari lahir. Selamat hari ketawa. Selamat hari menangis.

Hoala dan selamat sejahtera. Alhamdulillah aku masih di sini. Bersyukur ke hadrat Ilahi aku masih bernafas, menghirup oksigen bumi, menikmati segala nikmat alam ciptaanNya. Mana mungkin aku tahu hidup ini bilakah penghujungya. Syukur! For intro, terimalah pantun dua kerat,

"Keheningan pagi memecah bumi. Happy birthday to me!"

Hari ini aku gembira, hari ini aku tertawa, hari ini aku berduka hari ini aku terluka! Wah. Apa kejadah aku berpuitis sangat ni? Tertelan ubat nyamuk apa? NONONO. Eh, semalam aku baru beli ubat nyamuk spesel.  Berkurun lamanya aku tak guna pakai ubat nyamuk. *ok, dah lari tajuk*


Hari ni kan..kan....aku happpy! yippie!!! Ramai yang wish my birthday. Kawan-kawan pesbuk, kawan-kawan kolej, kawan-kawan sekolah, Kawan-kawan dan kawan-kawan lagi. Tidak dilupakan pakcik, pakcik sekalian. Terima Kasih semua. Muaaaaaah! >_<




Pagi-pagi dapat call dari adik aku, Nisya Irven yang handsome, siap nyanyi bagai. Heeeeee. comel. Thank You. Thank You. Hadiah jangan lupa tau. Oppss.



Then, dapat call lagi dari my elder brother, Umar Irwan. Eh, aku tetiba menangis. Apakah? Terharu. :') "Tunggu abang balik this weekend kita celebrate ehk. Ada dapat hadiah tak?" pssst..pssst. abang nak bagi hadiah ke? Boleh check wishlist kat sini, Sekian, terima kasih.




See? Ada gembira, ada airmata kan? Indahnya hidup ni. Bila kita terlalu gembira, Tuhan bagi kita rasa sedih. Bila kita dalam kedukaan, Dia selitkan kegembiraan. Tadi panas terik, kejap lagi mungkin hujan lebat. Sesungguhnya, Allah itu Maha Adil. =.='' Setiap yang berlaku, ada hikmahnya.



P/s : Balqis, selamat mematangkan diri anda. *senyum sempoi* Weh, hari ni maxis bagi free call ke? Aku nak call siapa ni? +__+''

Wordless Wednesday #10