Wednesday, September 14, 2011

Resepi : Nasi minyak gaya aku, dengan penuh kasih sayang.

Hai hai dan hai! Dah lama tak share resepi. Hari ni aku nak ajak korang semua melihat dan seterusnya mencuba resepi nasi minyak gaya aku. Resepi ni telah diturun temurunkan olah Kak Ngah aku, dan aku berpeluang untuk masak nasi minyak ni dengan penuh jayanya! :)

Ok, moh le kite masak memasak ye.


BAHAN-BAHAN

Beras 
Air 
Susu cair
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Marjerin (seenak rasa, aku guna tak banyak sebab takmau berminyak sangat)
2 helai daun pandan
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Garam
Serbuk perasa a.k.a Ajinomoto
Kacang peas
Kismis





Panaskan periuk nasi elektrik untuk tumis. (Kalau nak tumis kat kuali dulu then masukkan dalam periuk pun boleh) Tumis marjerin bersama bahan-bahan seperti gambar di atas. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.




Jangan lupa kacau, kang hangus pulak. Kacau sampai bau dah sedap menusuk kalbu anda. Then, boleh lah masukkan beras.



Kacau lagi, biar bahan-bahan tadi sebati dengan beras. Pastuh boleh la masukkan air dan susu cair macam ni,



Masukkan air ikutlah ukuran beras ye kawan-kawan. 1 tin susu cair dah cukup untuk 4 cawan beras. Korang pandai-pandailah bajet macam mana, ok? :)




Kacau lagi dengan penuh kasih sayang supaya nasi tu enak dan sedap dimakan. Hehe. Jangan lupa senyum kambing macam gadis kat atas ni. Gadislah sangat...Auuuuwwwww!




Ha, jangan lupa tutup periuk. Biarkan dia bersemadi. Bila nasi dah hampir masak, masukkan kacang peas dan kismis dan kacau mengacau lagi! Biarkan nasi sampai betul-betul masak ye kawan-kawan.




Dan hasilnya,








Makanya, jadi lah nasi minyak gaya aku, dimasak dengan penuh kasih sayang. Haha. Nasib baik menjadi dan sedap dimakan seisi keluarga. Senang je kan? Selamat Mencuba!

P/s : Kalau nak buat jamuan raya atau open house pun boleh try masak nasi ni. Tetamu anda pasti gembira. Teehhheeee.


No comments: