Friday, September 30, 2011

Betul ke?




............Betul ke?



Day 25 - What I would found in your bag.

Ni dah macam segmen selongkar beg retiss pulak! Nak tahu apa korang akan jumpa dalam beg aku? Nahhh, sila lihat, sila lihat. :)




1. Dearest diary 
2. Cik Ku The rabbit
3. Mr. Span Seluar petak (Dalam tu ada compact powder + lip balm)
4. Moisturizer
5. Gula-gula
6. Kunci
7. Wallet

Ohh yeahh...Aku pergi mana-mana pun mesti kena bawak diari. Aku ni jenis yang boleh berfikir macam-macam kat mana-mana je. So, bila ada something yang aku rasa menyemak dalam pale otak, boleh terus tulis dalam diari dan benda tu setel. 

If aku lupa atau memang terpaksa rela meninggalkan diari kat rumah, aku jadi macam kusut serabai bingai jugaklah. Sebenarnya, aku suka tulis apa je yang terlintas kat fikiran sebab someday, aku akan belek semula dan akan terkenangkan balik peristiwa tu. Aku boleh tersenyum, ketawa, menangis. Dan yang paling penting, It's so damn tremendous feeling, got me? ;)


Errr, ada satu lagi barang tertinggal dalam senarai,





8. Handphone


Hehee. Kadang-kadang handphone pun boleh terlupa nak bawak. Biasalah, dah tua, nyanyuk kot! ;)

Thursday, September 29, 2011

Day 24 - A letter to your parents.

Mama dan Abah,

Semua kasih sayang yang dicurahkan tak mungkin dapat kakak balas dengan apa pun dalam dunia ini, Cuma doa kakak dapat kirimkan setiap kali lepas solat, dan akan sentiasa doakan kesejahteraan kalian, dunia mahupun akhirat.



Mencium tangan dan memohon maaf atas kesalahan yang pernah mengguris mama dan abah pasti belum cukup untuk membuktikan kakak seorang anak yang solehah. Dengan izin yang Maha Esa, dan doa pengiring Mama dan Abah, InsyaAllah kakak cuba untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang terbaik.

Segala anugerah, sijil, mahupun diploma tidak akan dapat mengganti titik peluh Mama dan Abah membesarkan kakak, mendidik kakak, membelai kakak dari sekecil tapak tangan sampai sekarang.

Bersyukur sangat dapat ibu bapa seperti Mama dan Abah. Terima Kasih, Ya Allah!



"Who should I give my love to?
My respect and my honor to
Who should I pay good mind to?
After Allah
And Rasulullah

Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father"


Muuuuuaaaaahhhhhhh!

Spontaneous Thursday #8.






Hello Encik Boss, boleh tak nak gaji hari ni?


 Klik : blog ST



Hidup seperti buih.



Buih-buih...
Buih terbang-terbang…
Cantik!
Tapi bila buih jatuh...

Cantik hilang!

Tiup lagi buih-buih...
Dan sekali lagi buih-buih hilang...

Buih-buih...
Angin bawa kamu pergi dan terus pergi...

Tiup lagi buih-buih...
Buih hilang lagi...


..............

................................
.................



Sama seperti lumrah kehidupan,
Bila kita berada di atas,
 Masa gembira, semuanya indah, cantik...
Seperti cantiknya buih-buih tadi,

Dan bila kita jatuh,
Kecantikan itu akan berlalu jua,


  Hidup ini ada pasang surutnya...
Yang cantik bisa jadi comot,
Yang indah bisa jadi gundah,
Yang sempurna bisa jadi layu,
Yang suka bisa jadi luka,



Dan hidup seperti buih...





Wednesday, September 28, 2011

Aku terpikat dengan wall sticker pulak.

Semalam, lepas pulang dari tempat kerja, aku pergi cuci kaki bersama keluarga tercinta. Jalan-jalan dan terus jalan, singgah kat kedai Happy Home,



Aku memang taknak beli apa-apa pun, tapi bila tengok wall sticker ni macam geram pulak nak beli. Yeah! Aku beli dua terus! Tarrrrrrra! :)





Ngeeeeee...Jiwam? Hahaaa, takpe, sedap mata memandang giteuuww. Aku pun mulakan sesi tampal menampal sebelum tidur.


Candy couple

Aku suka couple naik beskal nih, comel!



Dan akhirnya they live happily ever after! 




Tiba-tiba pulak aku berangan kalau ada rumah sendiri nanti, dah ada idea nak decorate macam mana. Lagi cantik dari Deco bersama Eric kot! Pergh, kemain semangat. :) Seriously, aku memang dah terpikat dengan menatang wall sticker nih. Nanti aku nak beli lagi. Bagi penuh dinding bilik aku.

 Lagi best, ada orang nak belanja. Erk?

Thursday, September 22, 2011

Bertemu dan berpisah, atau melepaskan ia pergi.

Selalu kita dengar, "Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan" Benarkah? Mungkin ada betulnya kan? Tak kisah la pertemuan apa pun, dan tak kisah lah jugak perpisahan apa pun, sahabat, cinta, suami isteri, adik beradik, dan sebagainya. *SKEMA pulak*


Bertemu untuk berpisah? Macam mana pulak tuh? Hurm...For me myself, is about letting go. Atau bahasa mudahnya, melepaskan kau pergi. Ahaks! Jiwam sepam. Muahahaa. Sebenarnya, dalam hidup ni, ada benda yang kita patut biarkan ianya berlalu. Walaupun pahit untuk melepaskannya, we have to face it. Pernahkah peristiwa sebegini terjadi kepada anda? Kalau jawapan anda "YA!" pasti anda akan mengerti bagaimanakah rasanya. Erk.

Apesal aku terfikir nak mentaip pasal topik ni? Eh, pasal aku punya pasallah! Teehhheee. :) Takde, aku tiba-tiba berfikiran sejenak, macam-macam yang terjadi dalam hidup kita, gembira ada, duka ada, luka ada. Macam astro lah macam-macam ada! Termasuklah pertemuan dan perpisahan.

Kedua-duanya bersebab. Sebab bertemu, dan sebab berpisah. Yang membezakan ialah cara. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan segalanya. *Ayat drama petang-petang*


Pepatah pepatung ada menyatakan,

“We can never turn back the pages of time, though we may wish to relive a happy moment, or say goodbye just one last time, we never can, because the sands of time continue to fall, and we can’t turn the hourglass over.”

Dan menyatakan lagi,

 “Sometimes you have to let go to see if there was anything worth holding on to.”

Dan sekali lagi ia menyatakan,

"All the art of living lies in a fine mingling of letting go and holding on."

Hidup tidak selalunya indah, baik buruk sesuatu kehidupan, kita tetap kena hadapi jugak. Jangan menangis kerana kerana suatu perhubungan berakhir, tetapi senyumlah kerana ianya pernah terjadi. Sesungguhnya Dia yang Maha Esa lebih mengetahui segalanya. Everything happens for a reason. Hadapilah dengan senyuman! :')

Ehem, ehem...Sesungguhnya, apa yang pernah berlaku dalam hidup aku, banyak mengajar aku erti kehidupan. Macam mana cara bersabar, macam mana cara untuk berfikiran matang, dan macam mana jugak nak menghadapi sesuatu dugaan. Yang pergi tetap pergi, kembali atau tidak itu yang tak pasti.

Barang yang lepas, jangan dikenang, tapi kalau nak kenang jugak, apa salahnya. Hahaha. Akhir kata, terimalah secebis gambar dari aku,


Manusia berkaki kucing

OK, semoga bertemu lagi. CHOW!


Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #9






Resepi : Nasi minyak gaya aku, dengan penuh kasih sayang.

Hai hai dan hai! Dah lama tak share resepi. Hari ni aku nak ajak korang semua melihat dan seterusnya mencuba resepi nasi minyak gaya aku. Resepi ni telah diturun temurunkan olah Kak Ngah aku, dan aku berpeluang untuk masak nasi minyak ni dengan penuh jayanya! :)

Ok, moh le kite masak memasak ye.


BAHAN-BAHAN

Beras 
Air 
Susu cair
Bawang merah (hiris)
Bawang putih (hiris)
Halia (hiris)
Marjerin (seenak rasa, aku guna tak banyak sebab takmau berminyak sangat)
2 helai daun pandan
Kulit kayu manis
Bunga lawang
Garam
Serbuk perasa a.k.a Ajinomoto
Kacang peas
Kismis





Panaskan periuk nasi elektrik untuk tumis. (Kalau nak tumis kat kuali dulu then masukkan dalam periuk pun boleh) Tumis marjerin bersama bahan-bahan seperti gambar di atas. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.




Jangan lupa kacau, kang hangus pulak. Kacau sampai bau dah sedap menusuk kalbu anda. Then, boleh lah masukkan beras.



Kacau lagi, biar bahan-bahan tadi sebati dengan beras. Pastuh boleh la masukkan air dan susu cair macam ni,



Masukkan air ikutlah ukuran beras ye kawan-kawan. 1 tin susu cair dah cukup untuk 4 cawan beras. Korang pandai-pandailah bajet macam mana, ok? :)




Kacau lagi dengan penuh kasih sayang supaya nasi tu enak dan sedap dimakan. Hehe. Jangan lupa senyum kambing macam gadis kat atas ni. Gadislah sangat...Auuuuwwwww!




Ha, jangan lupa tutup periuk. Biarkan dia bersemadi. Bila nasi dah hampir masak, masukkan kacang peas dan kismis dan kacau mengacau lagi! Biarkan nasi sampai betul-betul masak ye kawan-kawan.




Dan hasilnya,








Makanya, jadi lah nasi minyak gaya aku, dimasak dengan penuh kasih sayang. Haha. Nasib baik menjadi dan sedap dimakan seisi keluarga. Senang je kan? Selamat Mencuba!

P/s : Kalau nak buat jamuan raya atau open house pun boleh try masak nasi ni. Tetamu anda pasti gembira. Teehhheeee.


Tuesday, September 13, 2011

Kalau suka, boleh klik like :)

Hoala everyone. Aku buat page untuk Berlari untuk Berjiwa,

Kalau suka, boleh la klik like ye!

(^_^)v

Mood : Saje-saje! :)

Monday, September 12, 2011

Luahan rasa. Lantaklah kau nak fikir apa.

Cuba tenung dan termenung, kadang-kadang manusia yang memang susah nak melepaskan kemarahan pun boleh jadi marah. Manusia yang sememangnya memiliki sifat sabar yang kuat dan kental, boleh meluat jugak tengok perangai kau yang macam, errr....entah!

Boyfriend kau buat hal? Ada awek lain? Ye, memang boleh kau mengadu itu ini kat aku. Aku setia menjadi pendengar setia kau. Tapi beragaklah der. Bila boyfriend kau buat sampah, tak payah la nak baling sampah tu kat muka family aku pulak. Kalau sikit takpe lagi, rasanya aku boleh accept. Ni kau buat menyombong muka cam memerang keguguran anak datang rumah aku dengan penuh tidak sopan! Pergh, menyirap aku!

Kau nak gaduh, kau punya pasal! Dari pengamatan aku la, umur kau je yang banyak, tapi perangai kau macam budak kecik berebut guli sebelum maghrib. Yang perempuan sorang lagi pun sama je. Dah tau dia dah bergembira bahagia dengan orang lain, kau sibuk nak kacau orang lagi kenapa? Ada aku kisah? 

Ye, aku sangat kisah sekarang ni. Kau dan kau dan kau macam trying to kaitkan orang yang takde kaitan dengan masalah korang. Ha, itulah masalahnya sekarang. Tapi aku cool je, sebab memang bukan masalah aku kalau kau ada masalah dengan aku. Bukannya aku bagus sangat, tapi kalau korang umur 18 takpe lagi, ini dah 3,4 tahun tua dari aku, kemon la! Buat malu je gaduh macam orang yang takde tamadun, seriously geli bulu hidung aku. Erggh.


" Kau dahla gemok, rambut macam gampang. Penyapu rumah nenek aku 100 kali lagi lawo."

"Konon kau model spender, kau dah habis cun eh?"

Ayat dia atas ini sebagai contoh ye kawan-kawan. Silalah jangan bergaduh macam ni, nampak sangat kau macam tak sekolah tadika. 

Setiap bulan kau bayar broadband rumah aku ke? Nak letak gambar kat pesbuk kena mintak kebenaran mak bapak kau dulu eh? Aku yang snap, upload picture semua, kau pulak yang pening eh? Haha. It's so damn funny! Pergi meninggal kau punya pening. Aku taknak ambik tahu. Bila aku ambik tahu, kau cakap aku sokong perempuan yang sorang ni pulak. Eh, yang laki. Eh tak, aku sokong kau. Dussh. Bulsiiit.

Sekarang kau dah remove aku? Hilang dah pening kau? Takpe, pergi beli paracetamol ok? You will feel better. 

Yang kau pulak, dah rasa menang ke sekarang? Aku dah hilang hormat kat kau ni. Ayat-ayat mengarut mencarut yang hadirnya dari diri kau buat telinga aku nak tercabut. Jangan risau, jangan bimbang, aku tak benci kau pun. Menyampah tu ada la. Serasi mana pun kau dengan family aku, bila dah jadi macam ni, aku rasa between us, ada gap. Sebab? Lu pikir la sendiri! Kalau kau terserempak dengan aku, aku buat muka lesung batu je paham-paham je lah ye. Faham?

Bagi pendapatan aku la, perempuan ni bila dah sayang, dia susah nak cari salah orang yang dia sayang tu. Aku tahu, kau sayang dia. Kau dah banyak bersabar dengan semua kerenah dia. Dan kau pun sama. tapi tidakkah korang rasa lebih baik korang blah je dari hidup laki ni, cari orang yang boleh bagi lebih kegembiraan? Supaya korang dah tak payah nak gaduh macam kanak-kanak bawah umur? Bukan sebulan dua, tapi dah lama benda ni berlanjutan. Sampai bila? Sampai bila nak setia? Sampai bila kau nak biarkan hati kau hancur? Kau tak rasa useless ke? Seolah olah kau menagih sangat cinta laki ni? 

"Pepatah Pepatung : Kalau tak cukup setia dengan seseorang, macam mana nak dapat seseorang yang setia kelak? What you give, you get back. Jadi silalah setia pada yang satu. Atau mungkin setia pada yang setia? Tepuk dada, tanya hati. Jangan mengejar sesuatu  yang tak pasti tapi kejarlah yang Maha Mengasihi."

Kalau berpoligami, ok  la. Tapi ni nikah pun belum. Aissh, aku geram, geram jugak, tapi aku kesian kat korang pun ye jugak. Aku bengang sebab korang bangang just because nak libatkan orang yang takde kaitan pulak. Itu sahaja. Mengganggu rumah tangga orang lain sebab nak setelkan masalah rumah tak bertangga korang. Then boyfriend korang buat apa? Buat BODO je. Berbaloi ke?

Aku tahu, korang mesti panas berapi merapi that time. Tapi cuba beragak sikit kalau nak berkata-kata tuh? Contohnya aku niha. Kan penuh adab sopan aku sedang berkata-kata nih, ye dok?

Lepas ni, aku berharap kau, kau dan kau tak payah nak susah payah nak menyusahkan aku, dia, dan dia. Kitorang pun ada rasa rimas, lemas jugak. Hidup ni kalau kita menyenangkan hati orang lain, insyaAllah hati kita pun tenang. Yang sudah tu sudah lah. Biarkan je berlalu ditiup angin kelam malam. Hamboih, puitis gitu. Senang cerita, kalau nak jadi pentipu, janganlah bangang. Kalau ye nak sakitkan hati orang, tak payah gedik nak melibatkan orang yang takde kaitan. Kesian, terima kasih.

Aku doakan, korang semua bahagia. Aaaammiiin.

Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday #8

Temerloh

Johor Bharu