Tuesday, August 9, 2011

Masker buatan sendiri. Jangan sampai batal puasa!

Buat masker sendiri di rumah? Sonang jo! :) Jimat pun jimat. Murah pun murah. Tak tahu macam mana nak buat? Meh, meh aku tunjuk ajar. Selamat mencuba!

1. Masker Strawberi.


Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan buah strawberi menggunkan sudip atau garfu.
  • Tambahkan satu sudu madu.
  • Oleskan pada wajah anda.
  • Biarkan selama lebih kurang 20 minit.
  • Bersihkan dengan air suam atau air mawar. Gunakan kapas untuk tekstur yang lebih lembut.

2. Masker Avokado


Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan isi buah avokado.
  • Oleskan pada wajah selama 30 minit.
  • Bilas dengan kapas dan air suam. 

3. Masker Pisang (Untuk kulit lebih lembab dan anjal)


Cara membuat dan menggunakannya :

  • Ambil sebiji pisang dan hancurkan.
  • Tambahkan minyak zaitun atau madu.
  • Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Bersihkan wajah dengan kapas atau tuala yang telah dibasahi dengan air suam.

4. Masker Epal (Untuk kulit berminyak)



Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan buah epal menggunakan mesin pengisar. Jangan tambahkan air semasa buah epal dihancurkan.
  • Ratakan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Bilas dengan air suam.

5. Masker Betik



Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan betik masak dan oles pada wajah.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam dan keringkan wajah anda.
  • Betik dapat merangsang pertumbuhan sel baru pada wajah dan dapt mengurangkan kedutan-kedutan halus. Selain itu, ia juga dapat menghilangkan sel kulit mati.

6. Masker Tomato




Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hiriskan buah tomato kepada dua bahagian.
  • Gosokkan pada wajah.
  • Cara lain adalah dengan memeras buah tomato, ambil airnya dan oleskan pada wajah.
  • Biarkan selama 5 minit, kemudia bilas dengan menggunakan air suam.



Kelebihan menggunakan masker?


1. Dapat menyerap minyak berlebihan.
2. Memberikan kelembapan pada kulit.
3. Menggantikan sel-sel kulit mati.



Psst, jangan sampai korang makan pulak masker ni ehk. Batal Puasa! Kalau time berbuka, takpe. Hehehee. :)


No comments: