Friday, August 19, 2011

10 tips untuk mengetahui awek pandai masak ke tak.

Tadi aku nengok shout box, nasihangit tanya ada tak tips untuk nak tahu awek pandai masak ke tak. Aku memandang ini sebagai salah satu topik yang gampang untuk dikarang. Setelah berfikiran matang sebanyak 14 kali, aku pun mengeluarkan idea bernas seperti berikut :

10 TIPS NAK TAHU AWEK KAU PANDAI MASAK KE TAK

1. Kau tanya dia memasak tu apa. Kalau dia tercengang macam muka bangla yang tak faham berbahasa kebangsaan, jawapannya, awek kau memang tak pernah tahu memasak tu apa. Pandai masak? Lagilah tak.

2. Kau buat-buat la teringin nak makan sesuatu yang pergh terlior macam panda dapat daun buluh 6 kilo. Pastuh kau beritahu awek kau suruh dia masakkan. Kalau banyak sangat songeh dia, Mungkin awek kau memang tahu masak air je.

3. Bermain dengan soalan-soalan yang berkaitan masak memasak. Sebagai contoh,
Kau : "You kenal tak chef Wan tu siapa? I nak you masak macam dia lah boleh?"
Awek Kau : "Ohhh..kenal sangat. Yang berlakon cerita Transformer tu kan? Tapi bila masa dia masak dalam cerita tu?"
Kau : +__+''

4. Tengok keadaan sekeliling tangan dan jari dia. Kalau lembut macam tangan bayi, mesti dia pakai losyen bayi kan? Yelah, takkan losyen mustajab pulak. Ok, yang ni takde kaitan.

5. Cakap pasal masak je, dia terus ubah topik kepada nak buat pedicure, medicure, shopping. Ha, takut kau tanya dia pandai masak ke tak la tu!

6. Kau pergi upah spy takpun kau sendiri skodeng kat rumah dia, dia pernah masak ke tak. Pandai ke tak pandai, reti ke tak reti. Tak susah kan?

7. Tengok pada topik yang di selalu bualkan. Kalau asyik cerita pasal, "Hari ni kan..mak I masakkan cipan masak kicap" esok pulak dia cakap, "You! Atuk I semalam dia pos ikan talapia masak lapan rasa!" Esoknya lagi dia cakap, "Daddy I kan you, pandai masak mee sedap, perisa tomyam lagi tau" (mee sedap pun daddy yang masak ke?) Korang fikir-fikirkanlah....

8. Buat borang survey, suruh dia jawab semua soalan survey tu. Then pandai-pandai lah kau nilai awek kau tuh. Kau bagi la soalan yang gelabah tahap cipanzi. Baru gempak sikit. Haha.

9. Hari-hari kau asyik tanya soalan yang sama, "You pandai masak ke tak?" sampai awek kau rasa kau ni bangang nak meninggal. Agak kalau dia dah menyampah sangat mesti dia mengaku jugak dia pandai masak ke tak. Erk?

10. Pergi tengok dia masak nasi kat rumah. Kalau nasihangit, maknanya memang awek kau tak pandai masak. Hehehehe.



Ok, cukuplah hasil nukilan aku yang memang tak seberapa ni. Kalau rasa berguna, siapa pun silalah cuba, try, test dan uji. Tak tahu nak masak apa hari ni? Nah ambik ni aku bagi resepi free! Hahaha.





Eh, ada satu benda lagi nak bagitau. Perempuan ni pandai masak. (ayat bukan puji diri sendiri). Chow!


2 comments:

Sufea Razak said...

Hihihi. memang tak pandai memasak ==

Balqis Shafikah said...

hehehhee.jom belaja masak! :))