Friday, August 26, 2011

Entry sebelum blah.

Adik : "Kakak, nanti bukak you tube tolong pasangkan adik lagu sorry,sorry. Boleh?
Kakak : "Adik, aok pegi blah sekarang. Dah kenapa aok nih suka K-pap?"
Adik : *Sengih kambing gurun*


Ini budak suka K-Pap. :)

Kemain lagi bebudak sekarang. Pandai dah nak K-Pap bagai. Hari-hari duk suruh aku pasangkan lagu K-Pap. Apa ke pelik nama kau Cik Bedah? Pernah pulak aku amek port bab-bab K-Pap ni. =.='' Adik aku ni pulak buat muka siput sedut konon tak tahu yang adik beradik dia memang sejak azali suka yang ni je. 

Ok, cukuplah intro merepek cap kerepek Cikgu Borhan. Aku tengah tunggu Encik Boss ni. Al maklumlah, hari ni gaji gajian. Tangan dah menggelupur nak dapat duit. Lagi bagus dia bagi bonus. Puuuhh! Aammiin. Kalau masin mulut aku yang makan tomyam waktu sahur tadi nih, dapatlah aku berbelanja lebih sikit. Atau belanja orang lebih sikit? Ahhh, takde! Takde! Aku tamak. Aku tamak. Muahhhhhahahaaa.

Dari pagi dia tak masuk office lagi. Eh, dia punya pasal lah kan office dia. Aku dah macam apa duk kat office ni sensorang dengar radio, kejap lagu best, kejap lagu sampah. Dengar mp3 pulak macam nak muntah dah. 

Aku nasihatkan diri sendiri "Lebih baik kau dengar orang mengaji Al-Quran lah lagi bagus, Balqis." Indah jugak taik telinga kau nak dengar. Ye dak? Tunduk. Jatuh. Aduhh.=.=''


Ini budak suka tido kat sekolah.

So, korang beraya kat mana tahun ni? Alaska? Vietnam? Barbados? Atau Malaysia? Aku macam biasalah setiap tahun mesti balik beraya kat Malaysia. Cintakan negaralah katakan. Tak kisah tiket flight mahal mana pun, I tetap fly balik Malaysia tau. Puiiii! 


Salam sayang dari Alaska.

Di sini aku mengumumkan cuti aku start esok dan berakhir pada 4 September. Lama benar ke aku cuti? Lantakkan je. Dah Encik Boss baik hati nak bagi. Aku hanya menerima. Apalah dosaku kan? :)
Nah, aku bagi pantun 4 kerat untuk semua,


Jalan-jalan ke rumah Cik Fatimah,
Sekali Cik Fatimah takde,
Dah jom pergi rumah Kak Salmah,
Selamat hari raye.


Mintak maaf mental dan fizikal ye semua. Semoga Syawal kali ini memberi 1001 makna untuk anda semua!
Ok aku blah chow chin chee dulu. Semoga ketemu lagi.


P/s : Malam ni nak cuci mata  + makan KFC. Jom? Seriously, aku craving tahap cicak rebus nak makan KFC. Urm, pelik tapi benar. 

Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday #7








We love you Mama! :)

Day 23 - Something you crave for a lot.

Cravinggggggggggggg sangat dah ni!


Entah bila aku nak buatnya. Asyik malas je aku nih. Balik kerja, lepak. Pastuh malam banyak spend time dengan family je. Nak pergi buat biskut yang paling sedap di dunia ni punyalah malas!!! Tapi aku kena buat jugak pasal ada permintaan. InsyaAllah aku dapat tunaikan permintaan dia tuh. Hehe. :)


Cornflakes yang bermadu


Yang ni pulak conrflakes madu yang sedap nak meniggal. Pergh! Dia ni pun antara kuih raya wajib la yang aku buat saban tahun. Yummy! Bila aku nak start buat kuih nih??? (mood raya aku dah tiba ke?)

KFC

Dah banyak kali aku ajak adik aku dengan boyfriend dia pergi makan KFC. Tapi entah bila nak dapat entah. aku sendiri pun tak tahu mengapa dan kenapa perut aku ni asyik nak mintak penampor je. Opss, silap. Mintak KFC!! Nak ajak boyfriend aku pergi makan sama-sama memang taklah kan...Jom makan KFC? Aku belanja. (craving benor)


kek batik

Walaupun aku bukanlah peminat coklat, tapi aku peminat kek batik. Hari tu ada kesempatan aku pergi bazar ramadhan beli kek ni. 3 ketul beso aku beli. Time berbuka makan sikit je konon nak simpan dalam peti, sambung makan time sahur. akhirnya, kena rembat dengan ank buah aku. Apa pun tak boleh!


Ha, macam tulah flashback saya! erk. :)

Aku sedih dan aku gembira.

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua. Sayu dan sejuk hari ni. Hati pun rasa riang, girang dan tenang. Tetapi aku sedih! Kenapakah? Kerana Ramadhan hampir menutup tirainya. Ramadhan sudah hampir ke penghujungnya. +__+'' Ouch. Masih adakah lagi Ramadhan untuk aku?

Aku juga gembira. Ya, gembira. Gembira kerana aku dapat merasakan sesuatu yang berbeza. Aku selalu termenung jauh dan memikirkan perubahan ini. Aku harus malah mesti melakukannya! Aku bersyukur keranan perubahan ini. Terima Kasih Ya Allah. Alhamdulillah.

Dahulunya aku terleka, terbuai dek persekitaran yang memanggil aku untuk melakukan apa yang aku suka, sehingga aku lupa tanggungjawab aku pada Maha Pencipta! Wahai hati, janganlah kau berpaling kembali. Aku sangat mahukan kegembiraan ini. Ramadhan kali ini telah banyak mengajar aku, itu dan ini.


Sekali lagi, Alhamdulillah. Terima Kasih, Ramadhan. Aku sedih kau sudah mahu pergi. Semoga aku kekal begini. :')


Tolong ingatkan aku.


P/s : Eh, blog aku dah berumur setahun. Rasa macam sekejap je! :)

Friday, August 19, 2011

10 tips untuk mengetahui awek pandai masak ke tak.

Tadi aku nengok shout box, nasihangit tanya ada tak tips untuk nak tahu awek pandai masak ke tak. Aku memandang ini sebagai salah satu topik yang gampang untuk dikarang. Setelah berfikiran matang sebanyak 14 kali, aku pun mengeluarkan idea bernas seperti berikut :

10 TIPS NAK TAHU AWEK KAU PANDAI MASAK KE TAK

1. Kau tanya dia memasak tu apa. Kalau dia tercengang macam muka bangla yang tak faham berbahasa kebangsaan, jawapannya, awek kau memang tak pernah tahu memasak tu apa. Pandai masak? Lagilah tak.

2. Kau buat-buat la teringin nak makan sesuatu yang pergh terlior macam panda dapat daun buluh 6 kilo. Pastuh kau beritahu awek kau suruh dia masakkan. Kalau banyak sangat songeh dia, Mungkin awek kau memang tahu masak air je.

3. Bermain dengan soalan-soalan yang berkaitan masak memasak. Sebagai contoh,
Kau : "You kenal tak chef Wan tu siapa? I nak you masak macam dia lah boleh?"
Awek Kau : "Ohhh..kenal sangat. Yang berlakon cerita Transformer tu kan? Tapi bila masa dia masak dalam cerita tu?"
Kau : +__+''

4. Tengok keadaan sekeliling tangan dan jari dia. Kalau lembut macam tangan bayi, mesti dia pakai losyen bayi kan? Yelah, takkan losyen mustajab pulak. Ok, yang ni takde kaitan.

5. Cakap pasal masak je, dia terus ubah topik kepada nak buat pedicure, medicure, shopping. Ha, takut kau tanya dia pandai masak ke tak la tu!

6. Kau pergi upah spy takpun kau sendiri skodeng kat rumah dia, dia pernah masak ke tak. Pandai ke tak pandai, reti ke tak reti. Tak susah kan?

7. Tengok pada topik yang di selalu bualkan. Kalau asyik cerita pasal, "Hari ni kan..mak I masakkan cipan masak kicap" esok pulak dia cakap, "You! Atuk I semalam dia pos ikan talapia masak lapan rasa!" Esoknya lagi dia cakap, "Daddy I kan you, pandai masak mee sedap, perisa tomyam lagi tau" (mee sedap pun daddy yang masak ke?) Korang fikir-fikirkanlah....

8. Buat borang survey, suruh dia jawab semua soalan survey tu. Then pandai-pandai lah kau nilai awek kau tuh. Kau bagi la soalan yang gelabah tahap cipanzi. Baru gempak sikit. Haha.

9. Hari-hari kau asyik tanya soalan yang sama, "You pandai masak ke tak?" sampai awek kau rasa kau ni bangang nak meninggal. Agak kalau dia dah menyampah sangat mesti dia mengaku jugak dia pandai masak ke tak. Erk?

10. Pergi tengok dia masak nasi kat rumah. Kalau nasihangit, maknanya memang awek kau tak pandai masak. Hehehehe.



Ok, cukuplah hasil nukilan aku yang memang tak seberapa ni. Kalau rasa berguna, siapa pun silalah cuba, try, test dan uji. Tak tahu nak masak apa hari ni? Nah ambik ni aku bagi resepi free! Hahaha.





Eh, ada satu benda lagi nak bagitau. Perempuan ni pandai masak. (ayat bukan puji diri sendiri). Chow!


Bila lelaki serius dalam percintaan.

1. Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan...

2. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

3. Si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

4. Si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki anggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. Tidakkah kamu terharu melihat seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

5. Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu...

6. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat. Ingat, nasihat bermaksud mengingati.

7. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu. Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

8. Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh. Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain. Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu..

9. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu. Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

10. Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

11. sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur. Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya...

12. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

13. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

14. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

15. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

18. Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu...

19. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

20. Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.





Thursday, August 18, 2011

Nak raya dah ke?

Pejam celik, terjelir terliur dah sampai hari puasa yang ke 18. Huh? Nak raya dah ke? Tinggal sekentot je lagi nak raya. So macam mana persiapan hari raya korang? Ada baik? Ada jahat? Muaahahahaa.

Seriously, mood raya aku setakat ni memang takde langsung. Ergh, bukan aku taknak raya. tapi macam takde nafsu lah. Mungkin malam raya aku baru ada feeling raya kot. Tambah pulak masa tu coverage handphone macam nak mintak penampor. Inbox yang tak pernah-pernah penuh boleh jadi message sampai termuntah-muntah kan. (amboih kemain metafora). Pastuh, abang aku pun sibuk-sibuk nak pergi beli kuih raya murah nak meninggal. Beli satu, percuma doblas! Ha, time tuh baru la terdetik, 


" Ohhhhh, esok raya...ea?"


Baju raya? Of course malam raya takpun pagi raya baru siap. Kalau tak siap jugak, aku pakai je baju lama. Takpun, pergi beli je kat pasaraya sekitar ibu kota. 

 Aku ni jenis tak kisah sangat. yang ado! Yelah, dah beso ni rasanya aku tak beria sangat pun takpe. Budak kecik lainlah. =.='' Aku nak shopping pun tunggu gaji bulan ni. Adik aku yang duk kat asrama tu da siap buat request belikan kasut raya untuk dia. Well, bila aku dah bekerjaya ni, mulalah adik-adik aku menggesel macam kucing nak mengawan suruh beli itu ini kan...normal la.

Yang penting!!! Aku beli kamera baru. Hahahahaa. kaler pink gituuueeewwww. Kamera ni harga sebeno almost 1000. Tapi disebabkan aku cantik macam Agnes Monica, badan ala-ala Rihanna, plus muka cun macam Pontianak kampung Batu, dapatla dengan harga 650 je.


"Eleh....padahal second hand."


So, kesimpulannya, boleh la aku bergambo tak menahan di hari raya. Yuhhhhhhuuuuu! da bedah beduuuu! 



Salam lebaran dari Alaska. Haha.


Ha, inilah rupa dia.

Ok, bye. nanti jumpa lagi. Selamat berpuasa kengkawan! :)


Tuesday, August 16, 2011

Mari kita dengar sesuatu yang best.




Kawan-kawan, marilah dengar ceramah Dr.Maza ni, syok habis! :)

Nak dengar yang lain? Boleh klik kat channel PROmediaTAJDID


Friday, August 12, 2011

Bila perempuan serius dalam percintaan.

1. Perwatakan kamu yang selamber dikhalayak ramai tidak menjejaskan sedikit pun mood gadis kamu untuk berjalan bersama kamu

2. Walaupun adakalanya kamu memakai pakaian yang tak bergosok pun si dia senang apabila bersama kamu

3. Menghabiskan masa setiap pagi untuk mengejut kamu dengan mendail no telefon kamu atau menghantar mesej kepada kamu untuk mengejutkan kamu solat subuh memandangkan malam td ada perlawanan kelab bola kegemaran kamu

4. Menghadiahkan hadiah pada hari jadi kamu dengan hati yang ikhlas di mana hadiah tersebut di beli secara online memandangkan payah sangat nak carik kalau berjalan satu Malaysia ni

5. Tetap tenang bersama kamu walaupun kamu meninggikan suara

6. Tidak menitiskan air mata dihadapan kamu walaupun kamu melukai hati si dia dengan sengaja  atau tidak sengaja

7. Memahami karier kamu sebagai seorang insan yang perlu memegang tanggungjawab kepada keluarga kamu dahulu

8. Meletakkan diri kamu selepas Allah, Ibu bapa, keluarga, kerjaya

9.  Tidak mengungkit kisah peribadi kamu

10. Tidak meletakkan tahap pelajaran atau membezakan tahap pelajaran dengan kamu

11. Cukup sekadar kamu sedar tanggungjawab kamu kepada keluarga kamu terlebih dahulu dan seterusnya barulah kepada si dia

12. Tidak mengada-ngada untuk meminta itu ini kepada kamu

13. Tidak merengek walau ada ular di dalam rumah

14. Mampu menjaga diri sendiri apabila kamu berjauhan dengan si dia

15. Akan merasa rindu tatkala kamu jauh denganya

16. Akan memberikan kata2 semangat bila kamu kecewa atau bila kelab bola sepak kamu terkandas

17 . Boleh support kelab bola kegemaran kamu walaupun si dia memiliki kelab bola kegemaran sendiri

18. Mempelajari aktiviti seharian kamu

19. GOOGLE segala bagai info untuk membantu kamu menduduki peperiksaan dimana bila bersembang korang tak sembang kosong walaupaun ada 24 JAM masa sebelum menduduki peperiksaan

20. Membantu kamu dengan mengemaskinikan segala bagai fail untuk memastikan kamu tidak dipanggil oleh pensyarah sekiranya MQA serang


21. Memasak masakan KEGEMARAN kamu walaupun pada ketika itu dia sedang bergelumang dengan assignment bagai

22. Menjaga air muka kamu walaupun ketika itu kamu tiba2 tergelincir ketika berjalan di atas lantai yang basah

23. Dengan rela hati menaip segala bagai kisah couple kamu ngan si dia di dalam BLOG

24. Sabar menunggu KAMU MASUK MEMINANG

25. Memujuk kamu dengan pelbagai skill memandangkan kamu ni kepala batu

26. Sedaya upaya membantu jika terdapat kesulitan yang dihadapi

27. Tidak kisah kamu nak berkawan dengan siapa, janji kamu tetap menjalankan tanggungjawab kamu iaitu, menjaga si dia,

28. Sabar dengan dugaan dalam menangani perangai kebudak budakan kamu

29. Sentiasa MESEJ atau CALL walau kamu tak reply atau tak angkat

30. Sentiasa mendokan kesejahteraan kamu

31. bersikap dewasa dalam menjalani kehidupan bersama kamu

32. Menunjukkan PERASAAN ingin mengenali ahli keluarga kamu

33. Sentiasa bertanyakan khabar IBU dan BAPA kamu

34. Sanggup turun SELATAN - UTARA untuk bersama kamu untuk menemani kamu menghadiri MAJLIS PERKAHWINAN sahabat kamu

35. Menyediakan baju melayu kamu atas permintaan  kamu untuk di pakai DI HARI RAYA YANG MULIA

36. Membuat KUIH RAYA untuk kamu memandangkan kuih raya yang kamu minati susah nak dapatkan dipasaran

37. KAMU adalah orang yang pertama di cari SEMASA DI PAGI RAYA





P/s : Nanti kita cekidout bila lelaki serius dalam percintaan pulak. :)



Doa Harian Ramadhan (2)

Hari Kelapan 


"Yaa Allah! Berilah aku Rezki Berupa Kasih Sayang Terhadap Anak-Anak Yatim Dan Pemberian Makan, Serta Penyebaran Salam, Dan Pergaulan Dengan Orang-Orang Mulia, Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap"

Hari Kesembilan

 "Yaa Allah! Sediakanlah Untukku Sebagian Dari Rahmat-Mu Yang Luas, Dan Berikanlah aku Petunjuk Kepada Ajaran-AjaranMu Yang Terang, Dan Bimbinglah aku Menuju Kepada Kerelaan-Mu Yang Penuh Dengan Kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu."

Hari Kesepuluh

 "Yaa Allah! Jadikanlah aku Diantara Orang-Orang Yang Bertawakkal Kepada-Mu, Dan Jadikanlah aku Diantara Orang-Orang Yang Menang Disisi-Mu, Dan Jadikanlah aku Diantara Orang-Orang Yang Dekat Kepada-Mu Dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon."

Hari Kesebelas

 "Yaa Allah! Tanamkanlah Dalam Diriku Kecintaan Kepada Perbuatan Baik, Dan Tanamkanlah Dalam Diriku Kebencian Terhadap Kemaksiatan Dan Kefasikan. Jauhkanlah Dariku Kemurkaan-Mu Dan Api Neraka Dengan Pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan."

Hari Keduabelas

 "Yaa Allah! Hiasilah Diriku Dengan Penutup Dan Kesucian. Tutupilah Diriku Dengan Pakaian Qana'ah Dan Kerelaan. Tempatkanlah aku Di Atas Jalan Keadilan Dan Sikap Tulus. Amankanlah Diriku Dari Setiap Yang aku Takuti Dengan Penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut."

Hari Ketigabelas

 "Yaa Allah! Sucikanlah Diriku Dari Kekotoran Dan Kejelekan. Berilah Kesabaran Padaku Untuk Menerima Segala Ketentuan. Dan Berilah Kemampuan Kepadaku Untuk Bertaqwa, Dan Bergaul Dengan Orang-Orang Yang Baik Dengan Bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin."

Hari Keempatbelas

 "Yaa Allah! Janganlah. Engkau Hukum Aku, Karena Kekeliruan Yang kulakukan. Dan Ampunilah aku Dari Kesalahan-Kesalahan Dan Kebodohan. Janganlah Engkau Jadikan Diriku Sebagai Sasaran Bala' Dan Malapetaka Dengan Kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin."

Hari Kelimabelas

 "Yaa Allah! Berilah aku Rezki Berupa Ketaatan Orang-Orang Yang Khusyu'. Dan Lapangkanlah Dadaku Dengan Taubatnya Orang-Orang Yang Menyesal, Dengan Keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut."

Hari Keenambelas

 "Yaa Allah! Berilah aku Kemampuan Untuk Hidup Sebagaimana Kehidupan Orang-Orang Yang Baik. Dan Jauhkanlah aku Dari Kehidupan Bersama Orang-Orang Yang Jahat. Dan Naungilah aku Dengan Rahmat-Mu Hingga Sampai Kepada Alam Akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam."

Hari Ketujuhbelas

 "Yaa Allah! Tunjukkanlah aku Kepada Amal Kebajikan Dan Penuhilah Hajat Serta Cita-Citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, Tanpa Pengungkapan Permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui Segala Yang Ada Didalam Hati Seluruh Isi Alam. Sholawat Atas Muhammad Dan Keluarganya Yang Suci."

Hari Kelapanbelas 

"Yaa Allah! Sedarkanlah aku Akan Berkah-Berkah Yang Terdapat Di Saat Saharnya. Dan Sinarilah Hatiku Dengan Terang Cahayanya Dan Bimbinglah aku Dan Seluruh Anggota Tubuhku Untuk Dapat Mengikuti Ajaran-Ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin."

Hari Kesembilanbelas

 "Yaa Allah! Penuhilah Bagianku Dengan Berkah-Berkahnya, Dan Mudahkanlah Jalanku Menuju Kebaikan-Kebaikannya. Janganlah Kau Jauhkan aku Dari Ketertedmaan Kebaikan-Kebaikannya, Wahai Pembed Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang."

Hari Keduapuluh

 "Yaa Allah! Bukakanlah Bagiku Pintu-Pintu Sorga Dan Tutupkanlah Bagiku Pintu-Pintu Neraka, Dan Berikanlah Kemampuan Padaku Untuk Membaca Ai-Quran Wahai Penurun Ketenangan Di Dalam Hati Orang-Orang Mu'min."

Thursday, August 11, 2011

Spontaneous Thursday #7





"Seandainya kau berubah hati suatu hari nanti........"

Asal usul Spontaneous Thursday






Siapa nak belajar loghat Temerloh bandar ikan patin?

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Hai kawan-kawan. First and foremost, amboih kau. Nak berbahasa omputih pulak. Sedarlah diri tu dari sungai Pahang je. Haha.

Sebelum aku beralih ke daerah lain, mari dekat, mari rapat, aku nak ajar korang semua loghat Temerloh. Yang mana terlintas dalam lubuk sanubari jelah yang aku state kat sini ehk. Good Luck! Hahahhaaa.


koi - Saya / aku / gua / I
aok - Awak / kau / lu / you
kome - Kami / kitaorang / we

Ayat mudah : "Koi pegi umoh aok tadi. Gaye takdek oghang je? Aok ande mane?"
Maksud : "Aku pergi rumah kau tadi. Macam takde orang je. Kau pergi mana?"

ghodong - kawan / rakan / friend
babe - degil 
ngat - sangat

Ayat mudah : "Mende la ghodong aok ni babe ngat?"
Maksud : "Apa kejadahnya kawan kau ni degil nak meninggal?" (nak meninggal di sini bermaksud sangat ye, jangan salah faham)

pedooh - tipu / bohong / kencing
ket + nye - tapi nya

Ayat mudah : "Die te nok pedooh ke koi ket nye tak reti lalu!"
Maksud : "Dia tu nak kencing aku tapi nya tak pandai langsung!"

bela / bele - baiki / repair (ni kalau cakap dengan Mr.CHENTA mesti dia akan mengatakan, "Nak bela kereta macam mana? Bela kucing boleh la..." =.=''

gamoknye - agaknya
dok - tak (selalu digunakan sebagai ayat tanya), nak best sikit boleh jugak pronounce as dak.
ce - cuba

Ayat mudah : "Gamoknye aok ni sokmo pegi umoh bedoh dak? Ce kabo mende sedak ngat duk umoh die  te?"
Maksud : "Agaknya kau ni selalu pergi rumah bedoh kan? Cerita la apa yang best sangat duk kat rumah die tu?"

entak - duduk diam

Ayat mudah : "Ce aok ni duk entak?! Ngape dari tadi menggeliceh je?" (betul ke eja macam ni)
Maksud : "Cuba kau ni duduk diam?! Kenapa dari tadi asyik menggelupur je?"

menggeliceh - tak duduk diam / terkinja-kinja / menggelupur


cebek - jinjing

Ayat mudah : "Aok nok kone cebek beg beso ngat te?"
Maksud : "Kau nak pergi mana bawak beg besar sangat tuh?"

kone - pergi mana


dan - sempat

Ayat mudah : "Kome tadi tak dan dah nak makan, mok."
Maksud : " Kitaorang tadi tak sempat dah nak makan, mama."

moh - jom

Ayat mudah : "Moh bukak pose umoh koi. Mok koi masok patin rini."
Maksud : "Jom lah berbuaka puasa di rumah saya. Mama saya masak ikan patin hari ini."

molor - bekas (container)

Ayat mudah : "Koi beli dah molor kuih raye."
Maksud : "Aku dah beli bekas kuih raya."

Hurm, itu je kot yang aku boleh fikir setakat nih, Renung-renungkan dan selamat mencuba! Hehe. Ha, lagi satu, selalunya, perkataan yang berhuruf A akan jadi huruf  O, contohnya macam Mak jadi Mok, nak jadi nok, pastu kalau huruf belakang ada U, tak payah bunyikan U tuh. contoh, Melampau jadi Melampa, kalau jadi kala. Errk....Korang boleh faham ke?

Oklah, "Kala koi rajen, koi sambung la ngajor aok me yak? Koi tok loho lagi ni."
Maksud : Nanti-nanti kalau rajin, aku ajar lagi korang semua. Aku tak solat zohor lagi ni"


Gambar hiasan kaki, esplanade Temerloh.

Wednesday, August 10, 2011

Day 22 - What makes you different from everyone else.

Ini kedengaran macam susah je aku nak menterjemahkan. Agak-agak apa yang membuatkan aku lain dari orang lain ehk?  Apa ha?

Setelah kaji selidik selama beberapa saat dan minit kan, aku pun tertaip-taip nih, :)


"Everybody is different in their own way. So do I. I am general all around accepting person. I have a very skewed sense of humor. I guess I am the best in everything I do! I'm not a perfect person, but I can manage to deal with everyone! Sometimes, I can be the one who are really pampered but sometimes I can be such a great independent girl. :)"

Setiap manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Yang baik kita teruskan, yang tak baik eloklah kita tinggalkan. Kan? Yang penting, just be yourself. (^__^)v



Aku suka dia.


Wordless Wednesday #6












Tuesday, August 9, 2011

Masker buatan sendiri. Jangan sampai batal puasa!

Buat masker sendiri di rumah? Sonang jo! :) Jimat pun jimat. Murah pun murah. Tak tahu macam mana nak buat? Meh, meh aku tunjuk ajar. Selamat mencuba!

1. Masker Strawberi.


Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan buah strawberi menggunkan sudip atau garfu.
  • Tambahkan satu sudu madu.
  • Oleskan pada wajah anda.
  • Biarkan selama lebih kurang 20 minit.
  • Bersihkan dengan air suam atau air mawar. Gunakan kapas untuk tekstur yang lebih lembut.

2. Masker Avokado


Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan isi buah avokado.
  • Oleskan pada wajah selama 30 minit.
  • Bilas dengan kapas dan air suam. 

3. Masker Pisang (Untuk kulit lebih lembab dan anjal)


Cara membuat dan menggunakannya :

  • Ambil sebiji pisang dan hancurkan.
  • Tambahkan minyak zaitun atau madu.
  • Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Bersihkan wajah dengan kapas atau tuala yang telah dibasahi dengan air suam.

4. Masker Epal (Untuk kulit berminyak)



Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan buah epal menggunakan mesin pengisar. Jangan tambahkan air semasa buah epal dihancurkan.
  • Ratakan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
  • Bilas dengan air suam.

5. Masker Betik



Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hancurkan betik masak dan oles pada wajah.
  • Biarkan selama 15 minit.
  • Bilas dengan air suam dan keringkan wajah anda.
  • Betik dapat merangsang pertumbuhan sel baru pada wajah dan dapt mengurangkan kedutan-kedutan halus. Selain itu, ia juga dapat menghilangkan sel kulit mati.

6. Masker Tomato




Cara membuat dan menggunakannya :

  • Hiriskan buah tomato kepada dua bahagian.
  • Gosokkan pada wajah.
  • Cara lain adalah dengan memeras buah tomato, ambil airnya dan oleskan pada wajah.
  • Biarkan selama 5 minit, kemudia bilas dengan menggunakan air suam.



Kelebihan menggunakan masker?


1. Dapat menyerap minyak berlebihan.
2. Memberikan kelembapan pada kulit.
3. Menggantikan sel-sel kulit mati.



Psst, jangan sampai korang makan pulak masker ni ehk. Batal Puasa! Kalau time berbuka, takpe. Hehehee. :)


Thursday, August 4, 2011

Spontaneous Thursday #6



La...hari ni hari khamis rupanya! 



Cerita hari kedua Ramadhan. Apa ke pelik nama kau cik Bedah?

Hoala geng! So how your puasa? Good? Yuhhuuuuuu! Alhamdulillah! :) Tahun ni kau rasa macam excited lebih pulak puasa. Sebabnya, before this memang jarang dapat berpuasa dan berbuka with family at home. Time belajar dulu, kadang-kadang je balik rumah walaupun rumah aku sekentot je dari tempat belajar. (busy lah konon) :)

Eh, eh, eh, eh dan eh lagi! Korang semua dah beli baju raya ke? Ke ada yang dah ready semua? Tema warna apa tahun ni? Ooopppss, puasa penuhkah? :)

By the way, aku dah beli kain untuk baju raya. Tapi belum jadi baju lagi la. Warna silver yaw! Coooooool habis. See?




Jangan salah tanggapan pulak ehk. Warna je sama macam ni. Takkan aku nak  pakai PORN dress pulak time raya. Ouh, salah eja. It's PROM dress. Hahaha! Aku baru beli kain untuk buat baju kurung je. Kain tak tahu lagi, mungkin songket atau batik. Hurm, yang mana lebih sesuai agaknya? Any suggestion? (^__^)v

Then, aku terlihat dan ternampak dan terbeli sehelai pashmina shawl yang cantik gilos! Sepoloh hengget je dan aku sangat menyukainya pun adoiyai! ;) Lebih kurang macam nilah rupa dia,


Love this colour!


Setakat ni itu jelah yang aku shopping untuk raya. Tak rasa excited lagi la nak raya. Feeling raya belum tiba ke tahap klimaks. =.=''

.
.......
...............
..............
........
.......
.


P/s :: Sedang aku membeli belah pada ketika itu, hari kedua berpuasa ye kawan-kawan. Kedengaran di dalam sebuah kedai,

"Salam dunia....salam semua....Salam hari raya......blaa..bla...blurp..la.la.."

Apa ke pelik nama kau Cik Bedah? Puasa baru 2 hari kot. Tak sesuai langsung kau pasang lagu tuh. Apa pun tak boleh.


Sekadar gambar hiasan dinding.

Wednesday, August 3, 2011

Monday, August 1, 2011

Doa Harian Ramadhan.

Alhamdulillah, akhirnya aku masih bertemu dengan kau wahai Ramadhan yang mulia. Kawan-kawan, hari ni aku nak kongsikan doa harian Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya! Aammmmeeeennnnnn. :)


Hari pertama
"Yaa Allah! Jadikanlah Puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan Ibadah Malamku Sebagai Ibadah Orang-Orang Yang benar-benar Melakukan Ibadah Malam. Dan Jagalah aku Dari Tidurnya Orang-Orang Yang Lalai. Hapuskanlah Dosaku. Wahai Tuhan Sekalian Alam!! Dan Ampunilah aku, Wahai Pengampun Para Pembuat Dosa."
Hari Kedua 
"Yaa Allah! Dekatkanlah aku Kepada Keredhaan-Mu Dan Jauhkanlah aku Dan Kemurkaan Serta Balasan-Mu. Berilah aku Kemampuan Untuk Membaca Ayat-Ayat-Mu Dengan Rahmat-Mu, Wahai Maha Pengasih Dari Semua Pengasih!!"

Hari Ketiga 
"Yaa Allah! Berikanlah aku Rezeki Akal Dan Kewaspadaan Dan Jauhkanlah aku Dari Kebodohan Dan Kesesatan. Sediakanlah Bagian Untukku Dari Segala Kebaikan Yang Kau Turunkan, Demi Kemurahan-Mu, Wahai Zat Yang Maha Dermawan Dari Semua Dermawan!"
Hari Keempat 
"Yaa Allah! Berikanlah Kekuatan Kepadaku, Untuk Menegakkan Perintah-Perintah-Mu, Dan Berilah aku Manisnya Berdzikir Mengingat-Mu. Berilah aku Kekuatan Untuk Menunaikan Syukur Kepada-Mu, Dengan Kemuliaan-Mu. Dan Jagalah aku Dengan Penjagaan-Mu Dan Perlindungan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Melihat."

Hari Kelima 
"Yaa Allah! Jadikanlah aku Diantara Orang-Orang Yang Memohon Ampunan, Dan Jadikanlah aku Sebagai Hamba-Mu Yang shalih Dan Setia Serta Jadikanlah aku Diantara Auliya'-Mu Yang Dekat Disisi-Mu, Dengan Kelembutan-Mu, Wahai Dzat Yang Maha Pengasih diantara Semua Pengasih." 

Hari Keenam
"Yaa Allah! Janganlah Engkau Hinakan aku Karena Perbuatan Maksiat Terhadap-Mu, Dan Janganlah Engkau Pukul aku Dengan Cambuk Balasan-Mu. Jauhkanlah aku Dari Hal-Hal Yang Dapat Menyebabkan Kemurkaan-Mu, Dengan Anugerah Dan Bantuan-Mu, Wahai Puncak Keinginan Orang-Orang Yang Berkeinginan!"

Hari Ketujuh 
"Yaa Allah! Bantulah aku Untuk Melaksanakan Puasanya, Dan Ibadah Malamnya. Jauhkanlah aku Dari Kelalaian Dan Dosa-Dosa Nya. Dan Berikanlah aku Dzikir Berupa Dzikir Mengingat-Mu Secara Berkesinambungan, Dengan Taufiq-Mu, Wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat."


Ok, geng. Nanti aku sambung lagi. Ada kerja lah. (^__^)v Selamat Berpuasa!!