Friday, July 29, 2011

Tips untuk kulit cantik, menarik, tertarik, kau memang tembam!

Hai, Assalammualaikum dan salam sejahtera. :) Apa khabar anda di sana? Harap semuanya baik-baik dan bagus-bagus ya. (Ayat bibik aku)

Di hari Jumaat yang mulia ini, aku nak kongsikan tips untuk anda semua. Tips untuk kulit cantik, menarik, tertarik, kau memang tembam! Heehe. Ya, benar! (ayat bibik lagi)

Pertama tamanya lah kan, kawan-kawan semua. Kita mestilah selalu membersihkan mukanya pun. Jangan pulak korang pergi bersihkan muka korang dengan sabun kuat Harimau! *mentang-mentanglah semangat Harimau Malaya* teeettt.. Jangan-jangan! Gunalah pembersih muka gitteeeeeeeuuuwwww.


Ha, aku pengguna setia produk Garnier.


For men pun ada kan? Boleh la jejaka handsome, macho kat luar sana kacak macam Fahrin Ahmad! weehhooooo! :)


Khas untuk jejaka.

Pastuh, jangan lupa untuk membersihkan muka bila nak tidur. Kalau macam aku, aku cuci muka tiga kali sehari kot. Masa pagi-pagi nak pergi kerja, pastu lepas solat zohor, then waktu petang balik kerja, dan sebelum tidur. Eh, empat lah! ampunkan aku...Huhuhuhu. :p

Then, anda bolehlah pakai pelembab muka takpun pelindung sinar UV yang sesuai. Macam aku yang dari pagi sampai petang duk kat office, aku pakai pelembab tebal sikitlah. Sebab...sebab..aircond pun boleh mengeringkan kulit dan menyebabkan kulit mengelupas! >__<

Makeup?? Aku tak minat. Bedak muka pun malas nak pakai! Hehehe. Sempoi sudahhh...:)

Tip seterusnya, anda boleh lah tambah side order, iaitu, pakai masker. Kalau rasa macam malas nak pergi beli masker, buat sendiri kat rumah pun boleh!! (yang ni aku update later,ok?)  tapi kalau untuk kulit berjerawat, aku syorkan cuba masker ni, aku pernah guna dulu, sangat berkesan! cepat je kering jerawat mawat semua. Harga pun murah sahaja dongggggg. (aku ni rindu bibik ke apa?) =__=''

Masker jerawat indah warni by mustika ratu
Lagi satu tips berguna, jangan lupa buat urutan. Aiissssh, bukan pergi rumah urut! Bukan jugak suruh pergi spa kat Bali sana tuh. Cuma buat urutan simple pada wajah anda yang jelitawan dan kacak itu. Gampang bukan? Teeehheeee..

Seeloknya guna tiga jari iaitu, jari kelingking, manis dan jari tengah. Ini adalah kerana tekanan yang dikenakan tak kuat sangat. So, muka anda tak cepat berkedut medut yaaaaaww!


Bila la kulit aku nak jadi macam ni? Haha.

OK, akhir kata terima kasih google untuk gambar yang tersebut di atas. Setakat itu sahaja perkongsian aku. Berjumpa di lain entri! CHOW!


Thursday, July 28, 2011

BEN ASHAARI CARI BLOG..CEPAT!



Kadang-kadang aku tak sanggup untuk menghadapi semua ini. Sesungguhnya, Allah sedang menguji aku. 

"Ya Allah Ya tuhanku, berikanlah aku kekuatan...."


TETAMU SENJA oleh A Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 




Spontaneous Thursday #5






"Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk hadapi semua ini."


what is spontaneous Thursday?


Monday, July 25, 2011

50 Fakta Menarik Tentang Lelaki.



1. Sebenarnya Lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta Anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin Anda terlihat mempesona).

2. Lelaki sangat benci dikhianati. (Walau mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).

3. Ketika saat ini dia menyukai Anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti Anda tidak pernah ada di hatinya).

4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan Anda berbeza. (Bukan berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain).

5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, Anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya Anda hari ini).

6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telepon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang Anda).

7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai Anda, dia akan menerima Anda apa adanya. Tak peduli Anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada Anda untuk diet ketika Anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai Anda).

8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman Anda. (Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah Anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).

9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian Anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada Anda).

10. Lelaki tidak suka jika Anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada Anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih Anda).

11. Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua Anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan Anda!.

12. Lelaki ingin selalu berbagi semua hal dengan Anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).

13. Sesekali, lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih, mereka pun boleh menangis seperti Anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya,kerana Anda ada untuknya).

14. Jangan berusaha membuat lelaki marah,kerana mereka adalah makhluk tuhan yang mudah marah.

15. lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.

16. Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelepon Anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana Anda memberikan respon yang negatif).

17. Saat Anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).

18. Jangan pernah berkata padanya, “Mmhh.......lupakan jelah” kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada Anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).

19. Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan Anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika Anda melakukan ini pada kekasih Anda, maka ia akan terus menerus merindukan Anda).

20. Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji Anda (baca: merayu Anda).

21. Jika lelaki ragu-ragu dan terlihat berpikir keras ketika Anda menyatakan pendapat atau meminta mereka melakukan sesuatu, artinya mereka tidak mahu melakukannya. (Kebanyakan lelaki akan berbohong dan melakukan hal yang tidak ingin ia lakukan untuk wanita yang ia cintai. Tapi percayalah, mereka sangat menderita dan merasa terkongkong).

22. Jika Anda berkata tidak, yang ada di dalam pikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi” (Masih ingat kan saat dia meminta Anda menjadi kekasihnya?).

23. Anda tidak akan pernah boleh membuat lelaki memahami dalam sekali bual saja. Mereka makhluk yang cerdas, tetapi terkadang susah bagi mereka untuk memahami Anda. (Begitulah lelaki menyebut wanita sebagai makhluk yang susah dipahami).

24. Lelaki benci gay! (Bukan bermaksud diskriminasi atau jahat, tetapi terkadang mereka tidak habis berfikir, mengapa seseorang boleh menyukai sesama jenisnya. Dan terkadang mereka malah takut dan cenderung putus kawan dengan mereka yang berhubungan dengan sesama jenis).

25. Lelaki sangat menyayangi ibunya.

26. Lelaki akan menyimpan sebagian wangnya hanya untuk membeli hadiah kecil untuk Anda.

27. Lelaki sering berfikir tentang wanita yang mungkin menyukai mereka,(tetapi bukan berarti mereka menyukai wanita itu).

28. Anda tidak akan pernah boleh memahami lelaki, kecuali Anda menyediakan waktu untuk mendengar keluh kesah mereka dan bukan melulu bercerita tentang diri Anda.

29. Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan, Anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati.

30. Bukan lelaki saja yang gemar bergosip,ketika bersama kawan lelakinya, mereka juga selalu bergosip.

31. Wanita, adalah kelemahan setiap lelaki. (Mereka tidak akan tahan melihat air mata jatuh dari mata Anda. Mereka juga tidak suka melihat Anda bersedih).

32. Tak seperti wanita, lelaki lebih jujur dan terbuka tentang diri mereka. Mereka lebih menerima kekurangan apa adanya.

33. Boleh saja membuat lelaki penasaran pada Anda, tetapi jika digantung terlalu lama, mereka juga boleh bosan dan jenuh.

34. Percaya atau tidak, lelaki adalah juri yang adil dan baik.

35. Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan.

36. Lelaki lebih suka pada wanita yang menghargai dirinya apa adanya.

37. Lelaki mencintai seorang wanita yang boleh menjadi sahabat, sekaligus kekasih baginya.

38. Jika ada seorang lelaki yang menceritakan masalahnya, Anda cukup mendengarkannya. Jangan beri nasihat atau menyalahkan dirinya.

39. Jika ada seorang lelaki menyukai Anda, lihat lebih jauh ke dalam matanya. (Mata adalah jendela hati, dan ia tak pernah menipu).

40. Lelaki selalu memiliki cara untuk menghindarkan Anda dari lelaki lain. (Salah satunya dengan menolak diajak jalan-jalan ke shopping mall).

41. Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas,dibanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt.

42. Lelaki adalah makhluk yang sok pandai, mereka malu bertanya kepada wanita apa yang diinginkan.Hasilnya,kebanyakan tekaan mereka seringkali meleset.

43. Ketika lelaki menginginkan sesuatu, mereka akan membayangkannya. Tetapi mereka tidak mahu terlibat terlalu jauh. Mereka lebih cenderung memendam dalam-dalam keinginan mereka jika tahu keinginan itu susah diwujudkan.

44. Lelaki adalah makhluk yang payah dalam soal rahasia. Mereka hampir tidak boleh menyimpan rahasia dengan baik.

45. Terkadang, lelaki terlalu banyak berpikiran negatif berbanding positif.

46. Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. (Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga).

47. Tinggi badan mungkin bukan masalah yang terlalu penting bagi lelaki, tetapi mereka cukup peduli pada berat badan (wanita khususnya, termasuk Anda).

48. Jika lelaki mulai serius dengan hubungannya, maka mereka akan menjadi makhluk yang super aktif. (Inilah mengapa dia selalu berusaha menjemput dan menghantar Anda, serta selalu memeriksa inbox message di dalam handphone Anda)

49. Jika Anda tahu bagaimana menaklukkan lelaki Anda, mereka tidak akan pernah boleh jauh dari Anda.

50. Bagi lelaki, melupakan seseorang memerlukan waktu yang lebih lama dari seumur hidup.


SUMBER




30 Fakta Menarik Tentang Wanita.



1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


SUMBER




Thursday, July 21, 2011

Day 20 - Someone you see yourself marrying / being with in the future.

Dup.dap.dup.dap.dup.dap.*bunyi degupan jantung.* tik.tok.tik.tok.*Bunyi detikan jam dinding rumah nenek aku.*


Konon cuak lah kan? Hahahahaaa.

So, back to the topic. Who's that someone I see myself being with in the future????

Doktorkah?

Lawyerkah?

Atau.....Yang inikah?

Ouh, tidak mungkin. Tidak mungkin.*geleng-geleng kepala*


Aku rasa, yang ni la............,

Gambar sebelum.

Gambar selepas.


Abaikan kesan edit yang merepek macam kerepek. Aku saje gedik jari nak buat gambor tersebut jadi sedemikian. Mr.CHENTA, jangan marah aaa. :) 

Ok geng! Doakan kami ye. Teehheeeee! (^__^)v


Spontaneous Thursday #4.






Aku nak pergi jalan-jalan cari pasal.




Wednesday, July 20, 2011

Out of Goodbyes by Maroon 5 ft. Lady Antebellum.




You tell me actions 
speak louder 
But there’s something 
about her words 
that hurt

Closing up its so late and 
I’m the last one, still waiting for you to unlock the door

On our way home I realize 
There’s some kind of storm brewing in his eyes, only veiled by a thin disguise

And now that I’ve done my time 
I, I need to move on and I need you to try 
Coz we’re out of goodbyes, we’re out of Goodbyes, out of goodbyes

Never asked you to change, but sadly you don’t feel the same about me 
I wonder does your man, still shudder when you touch his hand, like this man

And on our way home I realize 
There is some kind of storm brewing in his eyes, 
Only veiled by a thin disguise

Now that I’ve done my time, I, I need to move on 
And I need you to try 
Coz we’re out of goodbyes, we’re out of goodbyes, we’re out of goodbyes 



Day 19 - Nicknames you have; Why you have them.

NICKNAMES

1. Bal
2. Qis
3. Aqis
4. Qissy
5. Sapek
6. Eka
7. Kakak
8. Fiq
9. Shafikah
10. Kejora?????


WHY?????

1. Diambil sempena nama aku. Balqis. Kebanyakan yang panggil aku dengan nama ni adalah kaum lelaki.

2. Juga diambil dan dipanggil sempena nama aku, Balqis. Kawan-kawan sekolah dan kolej memang panggil aku dengan nama ini. 

3. Ha, ini nickname baru. Haha. Hasil panggilan Encik Boss.

4. "Qissssssy!" Nickname ni dapat masa kat kolej. My Classmate yang bagi nama ni. Nama ni jugak aku gunakan untuk Muka buku, iaitu, Qissy Levine.

5. Nama panggilan kat asrama SEMSAS. Akak dorm yang panggil aku dengan nama ni. 

6. Aku rasa ini adalah nama yang perempuan. Haha. Sepupu sepapat, sedara mara je yang panggil aku Eka. Bukan mee Eka tau! Eh, lagi satu. Masa kecik-kecik kat kampung, orang panggil aku Eka jugak. :)


Kalau tak tahu, ni lah mee EKA!


7. Ini panggilan aku dalam Keluarga.

8. Aku lupa sape entah panggil aku dengan nama ni, tapi nama ni tak femes. Haha. Kejap je aku ada nickname tersebut di atas.


Ni Fiq Mentor. Bukan aku. Haha.

9. Shafikah! Eiiiiiish, nama ni perempuan sangat. Errrrr, takde orang pernah panggil aku Shafikah. Mungkinkah satu hari nanti? Haha.


Apa pun, aku tak kisah orang nak panggil apa, asalkan nama tu enak dan senonoh untuk di dengar. Ye dok?


Nah, nak tepek satu lagi  gambor. :)


Sapek atau Shafikah. Dua-dua pun aku!



Wordless Wednesday #5





Friday, July 15, 2011

Day 18 - Plans / Dreams / Goals you have.


Plans? Dreams? Goals?


Rasanya segalanya terjawab bila anda membaca entri berikut :


  1. Impian dan harapan. Berimpi dan berharap.
  2. Kasut untuk kahwin.
  3. Kalau kahwin cepat pun apa salahnya. Aku ok je.

Tapi kan...., tiba-tiba ada impian baru la.


Aku nak ni, rasa-rasa boleh dapat tak? Kalau Malaysia Boleh, kenapa aku tak boleh. Ye dok? Hehe. :)


'Bumblebee' Suzuki Swift

Are you POLO enough?

Ada jugak la bumblebee!


OK, yang ni pun aku nak, mana nak carik??



Bumblebeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!


Amboih kau, Balqis. Impian tak tahan setinggi Gunung Everest! Haha. 

Tak dapat kereta canggih semua tu, dapat yang ni pun jadi la,



Siapa baik hati nak belanja aku?


Eh, eh, eh lagi. Yang paling penting sekarang korang semua doakan aku cepat-cepat kahwin tau. Tahun depan aku nak kahwin dah. Diulangi, tahun depan. Korang doakan ehk!? Amiiiinn. Hehe. (^__^)v


Thursday, July 14, 2011

Spontaneous Thursday #3.


Aku rasa lebih baik kau BLAH!




Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

Day 16 - Another picture of yourself.





Yeah, sangat suka gambar ini. Sorry ye cik Nisya Irven, muka anda kelihatan begitu tidak jelas. Haha. Nampak gigi je pun ok kot? ;) Waktu ni kami sedang bergembira bershopping! Rindu nak shopping lagi! :)

p/s : Pergi shopping, pakai baju kurung sangat selesa dan sopan. ok? 


Supplement untuk senggugut.

Assalammualaikum dan salam sejahtera everibadi! Hehe. Akhirnya datang jugak mood aku nak update pasal supplement ni. Aku bukanlah pakar pemakanan atau pakar sakit puan, mahupun sakit tuan. Ini adalah sedikit ilmu yang aku dapat, aku nak kongsikan dengan korang semua, insyaAllah ilmu ni boleh dimanfaatkan. :)

Yang paling penting, supplement ini tersangatlah Natural dan aku sememangnya pencinta benda-benda yang semulajadi! Ok, tanpa membuang masa dan waktu pejabat (oopss) Inilah supplement yang aku dah makan for almost 2 months. Setakat ni, memang puas hati, sebab dah boleh kurangkan 'sakit perempuan' aku. 



Taraaaaaaaa.....!




Kedua-dua gambar dia atas adalah produk yang sama, cuma bezanya yang bawah tu pek baru. Comel gilos kaler pink! Haha. :) Bentuk pil ni macam dalam gambar atas tu, soft gel kaler hitam menawan.  

Dah tengok gambar kan? So, mari nak kenalkan nama dia pulak. Nama dia, NUTRILITE EPO Plus by Amway. Kebanyakan orang yang cuba guna supplement ni, dah beransur pulih senggugut. Trust me, I'm not lying!!! Sebab aku pun dah guna. :) 

Supplement bukan untuk membunuh kesakitan anda seperti pain killer ye kawan-kawan. Ini untuk merawat dari dalam gitteeeeeeeuuuwwww! 

Antara ISI KANDUNGAN EPO Plus ni,

  • Mengandungi 50mg ekstrak halia dan 20mg Dong quai.
  • Mengandungi bioflavonoid sitrus sebagai antioksidan.
  • Fitokimia (ditemui dalam pekatan tumbuhan) untuk memberi faedah pemakanan tambahan.
  • Tidak mengadungi perasa dan pewarna tiruan ataupun bahan pengawet (sangat natural ok!) 
  • Setiap gel lembut mengandungi satu campuran GLA (asid Gamma-linolenik) yang unik daripada 125 mg minyak evening primrose, 125 mg minyak borage dan 25 mg chasteberry.


Evening primrose
Minyak Evening Primrose - Sumber GLA (asid Gamma Linolenik) yang bagus, asid lemak perlu yang boleh memberi kelegaan daripada simptom sebelum haid dan menyokong kesejahteraan semasa kitaran bulanan.

Borage
Minyak Borage - Mengandungi hampir 3 kali jumlah GLA yang terdapat pada minyak evening primrose, mengandungi mineral yang penting untuk menyokong kesejahteraan sepanjang kitaran haid bulanan.


Dong Quai

Halia
Ekstrak Dong Quia dan halia - Digunakan sejak turun temurun di China sebagai tonik untuk melegakan ketika datang haid dan mengurangkan kekejangan.

Bioflavonoid sitrus
Bioflavonoid sitrus - Memberi antioksidan dan PHYTONUTRIEN, yang boleh membantu mencapai keseimbangan diet dan pemakanan optimum.

 

CARA PENGGUNAAN

  • Ambil 1-4 gel lembut (ikut keperluan masing-masing) selepas makan, setiap hari. Boleh diambil sebelum, semasa dan selepas haid. 

SANGAT SESUAI untuk,

  • Semua perempuan yang menderita sakit senggugut macam aku nih. +__+''
  • Para wanita cantik di luar sana yang tidak mengambil cukup makanan yang mengadungi asik lemak perlu, seperti ikan.
  • Wanita yang ingin perlindungan antioksidan tambahan.
  • Mereka yang menggemari supplement herba dan ingin mengelakkan bahan kandungan tiruan.

Ok, I'm done! :) So, semua perempuan kat luar sana, boleh cuba supplement ni, semoga kita sentiasa sihat hendakNYA. Aaaammminn. Eh, harga supplemnet ni tak mahal pun! 

CHOW!

Friday, July 8, 2011

Intro untuk supplement senggugut.

Assalammualaikum dan hoala semua. Rasa macam dah lama tak update. Bil internet kat office nih baru je berbayar. Hehe. :) Hari tu aku nak share pasal supplement senggugut kan? 

Next week aku update ehk.
Aku tengah in progress untuk cari maklumat pasal supplement tersebut. (actually, nak kena cari dulu, lupa dah letak kat mana.) :)



Have a great weekend everyone!


Day 15 - Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play.

Eminem - Beautiful
Travie Mccoy ft. Bruno Mars - Billionaire
My Chemical Romance - Cancer
My Chemical Romance - Dead!
My Chemical Romance - Disenchanted
Maroon 5 - Figure it out
Maroon 5 - Give a little more
Gym Class heroes ft. Adam Levine - Stereo Hearts
Maroon 5 - Hands all over
Faizal Tahir - Hanyut


Monday, July 4, 2011

Day 14 - A picture of you and your family.





Abang Umar Irwan, aku Balqis Shafikah
Abah Encik Baharudin, Mama Puan Bakyah, Adik Nisya Irven, Adik Arash Daniel,
Anak Saudara Dhiya Qatrisya, Adik Amreel Fahrin.



Friday, July 1, 2011

Aku bertuah hari ni dapat dress biru comel dari Bifa's Collezion.

Hoala kawan-kawan! Aku rasa sangat bertuah hari ni, sebab dapat dress biru yang sangat gorjessssss tau! Ha, tengok nih, cantik kan? :) Aku suka! Aku suka! Aku suka! Alhamdulillah! :)


Cantik kan? kan?

Korang nak menang jugak? Senang je!! Korang like Facebook Bifa's Collezion, then Mrs. Bifa akan update cara nak menang hadiah istimewa! Yang bestnya, korang just kena jadi orang last yang komen on the picture. 

Senang kan? Jom la ramai-ramai like Bifa's Collezion ni! 

Shopping kat sini pun berbaloi-baloi tau! Apa tunggu lagi, jom like page Bifa's Collezion! Oh ye, kalau nak usha produk butik ni kat blog pun boleh, klik kat banner on my side bar ehk. :)


Ohh, ya. Dua hari lepas hadiah aku dah sampai. Aku dapat jaket warna hitam yang sangat cantik! Nanti kalau aku dah snap gambar, aku letak kat blog ehk. Terima kasih sekali lagi Mrs.Bifa. 


Aku rindu laptop aku.





Seriously, aku sangat merindui kau wahai laptop.
Mungkinkah aku boleh memiliki kau semula?
Tak mungkin kau akan kembali kan?

Aku sedih la.
Nak menangis jap.
(+__+)''

Day 13 - A letter to someone that hurt you recently.

Hello there someone,


How are you there? I hope that you are in the pink of health. Remember last time we were met? Yeah, that time you were trying to kill me with M16 which you bought from the girl next door. Haha. Gotcha!

Ouch, why I am so kind-hearted to write you a letter? Yeah, because you are soooooooo damn kind-hurted too! Ouh, what a tremendous feeling I have an honour to write on you today. This is awesome!

Ehm, I would like to say something to you, for actual. First and foremost, did you breakfast yet? I'm asking this because I quite scared if you are might be fainted or fucking farted all day long when you are reading this beautiful letter. If you are not, please, go take some shits and I'm begging you, eat it nicely, Ok?

Well, yeah. I would like to say thanks for what you've did for me last time. I'm even don't care because I've so much love, and of course that hurt was just a piece of meat! I want you to do it again, honestly, because you can make some fun. Ohh, come on! I never see you smile back again after what you did to me. Go and get some fresh air you bitch! (my mistake, I never know how to spell slut since I was born. I'm so sorry.)


Dearest whatshitname,


Do you know something? I'm glad to see you again. Perhaps this time you won't bring your M16. I want something DIFFERENT. I repeat, DIFFERENT. Ouch, you can grab my idea here, why not you bring other bitches? (OMG, mistake again. It's sluts.) No worries, I am only have a very good smile for weapon.

Alright then, I should pen-off now. Seems like you can't wait to hurt me more. Don't you? Before I forget, there's a new job vacation for you. "A PROFESSIONAL STALKER NEEDED", this is what I saw sticked at one of a shops near the bitch. (Ok this time, I mean the beach. Well, normal people like me always do silly mistakes. Yeah, I am not like you!)

So why not you apply this job, huh? Actually, this is only a part time. It will not ruined your currently job. I bet you, this is THE BEST job for you. Please, do trust me. I am the trusted one, for real!


I'm saying all this with my all nicest possible way. :) Thank You. See ya!



It's me,

Aku join contest the best picture of me.



(Sila Klik gambar comel ini.)


Hoala semua! Pagi-pagi aku takde kerja kat office nih (belum busy lah maknanya), so aku nak join contest, Yuhuuuuuu...!

Contest apakah? Woot...woot.., ni contest dari blog cik Engku Sofea yang comel iteeeeuuuwwww. (^__^)v. Nama dah contest the best picture of me, makanya kena pertaruhkan gambar terbaiklah kan? 

Mari dekat, mari rapat...tengok gambar aku yang the best! Hehhe. :)



Jeng Jeng Jeng!



So, amacam? Hensem tak aku? Haha.

Kenapa aku pilih gambar ni sebagai "The best picture of me", adalah kerana...... (SKEMA kan), (^__^)v

Aku rasa gambar nilah yang paling sopan santun, ayu, berbudi pekerti. Haha. Gambar ni time raya haji tahun lepas. Masa ni kat rumah nenek aku kat kampung. So, view dia sangat cantik, permai, aman dan bahagia!!! 

Lagipun, baju kebaya hitam nih adalah antara baju favourite aku dan mempunyai sejarah tersendiri.

Sejarah apa? Sejarah mungkin berulang? Hehe. No.No. No. Bukan. Itu lagu TOMOK. :) Baju ni jugak aku pakai time amek anugerah dekan masa Diploma dulu. Walaupun aku cuma dapat merasa 2 kali je duk dalam 'Dean List', aku bersyukur sangat sebab usaha aku that time membuahkan hasil. *Clap.Clap. :) 


Plus, mama yang penat lelah jahit baju ni untuk aku tau. Thank you mama. :') Tak silap aku baju ni dah wujud sejak tahun 2009 lagi. Masih cantik molek! Barang yang kita sayang, mesti pandai kita jaga kan? Lagi satu, badan aku maintain macam tu jugak. So, baju ni takde lah tak muat ke apa. Hehehe. ;)


Ha. itulah antara sebab musabab aku boleh kategorikan sebagai gambar ni BEST. Setiap kali aku tengok gambar ni, aku rasa seronok, dua ronok, beronok-ronok dan bahagia, gitteeeeeeuuuwwww. Erk. 


Last but not least, aku nak TAG rakan-rakan seperjuangan yang lain,