Wednesday, June 29, 2011

Day 12 - How you found out about Blogger and why you made one.

Aku start terjumpa dan terjebak memblogging dari bulan ogos tahun lepas atas ajakan  Encik Ashraf Aidid
Kawan praktikal time diploma dulu. :)


Tu dia, dia mai dah. :)

Disebabkan masa praktikal dulu bulan puasa dan macam tak banyak kerja nak buat, so hari-hari aku penuh dengan kerja manaip-naip kat blog la. Hehe. :) Maka, tercetuslah blog aku. Wohooo...! Jadilah Koko Crunch! Erk. :)

Wordless Wednesday #3




Tuesday, June 28, 2011

Ohh..Senggugut. Anda bagaimana?

Hoala! Ehem.Ehem. Selamat hari Selasa. Hari pertama aku 'bangun' dan bekerja. Semalam cuti, ok. Cuti yang paling 'indah' sepanjang aku hidup kat muka bumi ni. nak tahu kenapa 'indah', boleh teruskan membaca. Tak nak tahu pun boleh tekan button X kat atas sana. Harap maklum. +__+''

Korang tahu senggugut? semomot? atau sesungut? kalau tahu angkat tangan. Yang tak tahu, angkat hidung. Haha. Actually inilah masalahnya yang aku perlu hadapi setiap bulan dan aku sangat menyukai senggugut nih. diulangi aku sangat menyukainya. Ergh.

So, untuk perempuan-permpuan cantik di luar sana, apa yang anda lakukan ketika ini di waktu ini? Tidur? Letak minyak panas sebotol tak cukup? Guling-guling atas katil atau tilam sambil menyumpah macam sesumpah? Atau lebih enak seperti nasik goreng pataya,


"Aku tak pernah senggugut pun? Senggugut tu apa ehk?"
(Aku nak tukar sakit ni dengan kau.For real.)


Ok, aku nak cerita pasal semalam.(Intro panjang kemain). Selalunya, aku menghadapi sakit yang sakit pun on first and second day. Tapi most of the time,  aku sakit sampai hari keempat takpun hari kelima. Lama, tau? tersiksa tak payah cakap la, rasa macam nak tarik bawak keluar isi perut. Makan ubat? Cakap je la ubat apa semua aku dah makan. Letak minyak panas macam mana pun, sama je. 2 minit je elok. Pastu sakit balik. Err, mungkin lama sikit  la, 2 minit setengah kot? Haha.

So, yang 'indah'nya semalam, sakit tu non stop! Sampai aku dah tak tahu nak buat apa. Aku just boleh merengek dan menangis. Itu je yang termampu. Bukan saje-saje nak nangis. Walaupun aku  memang gembeng . Tapi, aku masih bersyukur sebab aku tak pengsan, Aku cuma muntah je. Pergh. 'Indah!'

Aku cakap,

"Jangan selalu amalkan makan painkiller. Nanti lama-lama boleh jadi gilllleeeerrrr."

Doktor cakap, 

"Painkiller ni untuk tahan sakit je. Bukan boleh rawat sepenuhnya."

Pakar kesihatan cakap,


"Kalau selalu sangat amalkan painkiller, boleh menyebabkan organ badan rosak, seperti, hati."



So, anda bagaimana? Apa petua nak hilangkan sengugut eksssstrreeeeeeeem?? Bak datang bagi tau aku. Sharing is caring. Tehee. Orang kata, kalau dah kahwin tak sakit dah. Ye ke? kalau itu macam, sekarang jugak aku nak kahwin.(Amboiih).



Sekadar gambar hiasan dinding.



Apa pun, sorry to say, menses sucks. =.='' Ergh.


P/S : Aku ada makan satu supplement ni. Khas untuk watina dan wanita. Haha. Nanti aku sambung cerita ehk. 


Day 11 - Another picture of you and your friends.





"Saat yang bahagia datang sekejap saja..."

Ouch, rindu gila saat yang indah begini! Haha. Bila kita mahu jalan-jalan cari pasal lagi kawan-kawan?

Friday, June 24, 2011

Day 10 - Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad.

Woosh. Banyak lagu yang aku dengar time berperasaan nih. But, mostly, sudah semestinya aku akan dengar lagu Maroon 5, no matter how, no matter what! Hehe. :) Tak kira la apa mood aku pun, lagu dorang tetap bertahta di hati.*Amboi, beria lah kau balqisz!* Lagipun, lagu Maroon 5 mempunyai pakej lengkap mengikut setiap mood aku. Yeah!








Selain itu, terdapat juga lagu dari negeri seberang yang menjadi pujaan hati aku.*Ayat karangan form 5*. Eh, lagu dari band Indonesia pun gempak apa? Ngetop gituh! Ouch. layan jiwang beb kalu dapat dengar lagu dari seberang ni. Ye la, kebanyakkan suara dorang macam menusuk qalllllbbuu dan sayup-sayup je kan. 

Nah, layan jap lagu yang aku selalu dengar di kala aku nak berjiwam, rasa macam nak nangis, ha, selalu la dengar lagu-lagu macam ni. Erk.




(Dilema Cinta by UNGU)



(Suara Ku Berharap - Hijau Daun)




(Walau Habis Terang - Peterpan)



"Arrrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh TENSION!" *garu-garu kepala yang tak gatal*

Haha, so kalau waktu macam ni, aku memang selalu dengar lagu yang ala-ala melepaskan tension kat tangga,



Currently favourite songs :




P/S : Lagu Melayu aku tak selalu dengar. Tapi, tapi, tapi...aku suka lagu Faizal Tahir dan yang terbaru, lagu Hazama a.k.a Pak Lang. :)



Thursday, June 23, 2011

Day 09 - Something you're proud of in the past few days.

There's something I should proud in the past few days,



KESABARAN yang sangat tinggi. 
Peace! (^__^)v


Image by Google.

Spontaneous Thursday #2.




This is not ANGRY, this is ANNOYANCE. 


Spontaneous Thursday




Wednesday, June 22, 2011

Day 08 - Short term goals for this month and why.

1. Be a better person. (setiap bulan pun ada matlamat nih)
sebab : Semua orang nak jadi lebih baik kot. Apa? kau nak jadi lebih jahat kah? Aku tak peduli. Itu kau punya pasaaallllah! Haha.

2. Gaji naik lagi.
sebab : Rasanya keperluan dah semakin bertambah. Nafsu dah semakin meningkat tinggi. (Nafsu shoppping, ok.) Plus, aku nak menyimpan ni. +__+''

3. Makan on time. Pastuh, jangan makan ikut sedap hati dan perasaan je.
sebab : Awal bulan ni aku paling banyak penyakit. Rutin makan aku pun dah ke laut Sulu. Aduhai. Mintak-mintak jangan sampai akhir bulan la penyakit menyerang aku ye. =.='' Ingatlah orang yang tersayang. (Iklan jap.)

4. Kalau aku berjaya sihatkan diri, nak berat naik sekilo boleh?
sebab : Takde sebab, saje-saje je. haha.

5. Nak kahwin.
sebab : Aku tengah berangan nih. Haha. 


Wordless Wednesday #2





Tuesday, June 21, 2011

Single terbaru Hazama AF9 - Cinta Teragung.





Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku




Day 07 - A picture of someone/ something that has the biggest impact on you.




This is something that has the biggest impact on me. Its DIARY. My dearest DIARY. 

She's always by my side in any situation, in any emotions, in any directions.
She's SMILE for me, LAUGH for me,
even CRY with me.

THANK YOU so damn much DEAREST DIARY,

you are better half me.

Monday, June 20, 2011

Day 06 - Favourite Superhero and why.

Ouch, favourite superhero?  Ha, inilah superhero terhebat abad ni tau! Yuhhuuuu....! :)


Abah is my superman!


Abah aku la superhero terhebat! Encik Baharudin Bin Muda! :) Super Abah! Hehe. Di kesempatan ini jugak, aku nak wish Happy Father's Day untuk beliau, dan semua abah, daddy, papa, abi, ayah, seluruh dunia! *Clap.*Clap. :) 

Ouh, usah ditanya kenapa, sudah semestinya abah la yang paling hebat. He is awesome! He is handsome! He is everything! Kalau beliau takde di muka bumi ini, maka takde lah aku yang cantik menawan sekarang nih. auuuww...:) Abah la ketua keluarga yang paling best! Kan? Kan? Kan? :) *Senyum selebar lebarnya*


Quote of the day:

"The GREATEST gift I ever had, came from GOD, I call him DAD!"


Eh, yang ni superhero ke? Tak kisah la. Yang penting aku suka dia nih. Feveret gitu. :)




Friday, June 17, 2011

Day 05 - A picture of somewhere you've been to.

Makam Mahsuri, Langkawi, Malaysia.

Ini gambar tahun lepas. Masa ni aku join trip my beloved junior kat kolej dulu. Seronok sangat sebab dapat bercuti dengan kawan-kawan, sahabat, plus abang aku nih! Ouh, abang Aiman! Aku rindu kamu. :) Eh, rasa nak pergi lagi la! Jom! :)



P/s : Next entri aku sambung on monday k! Maklumlah. Laptop da takde. ;( Tak boleh nak berblogging kat rumah. =.=''

Senarai pemenang Bifa's Collezion June Giveaway.



:)



Yeah! Aku tersenarai sebagai pemenang entry tambahan. Tak sabar nak tunggu hadiah la! Tahniah balqis. Hehe. :) *Clap. *Clap. Thank you very much, Mrsbifa. Next giveaway, saya join lagi. Yuhuuu...!

Kepada pemenang-pemenang yang lain, Tahniah jugak untuk anda. Peace!  (^__^)v

Thursday, June 16, 2011

Day 04 - A habit that you wish you didn't have.

Habit? Aku ada habit ke ehk? Rasa macam takde je. Urm, jap nak fikir 2 minit.









Seminit.........,














Dua minit............,



OK,

Mungkin ni lah habit yang aku nak buang jauh-jauh,

Gembeng!

Hehe. ;)






Spontaneous Thursday #1.



I will go no further.

What is Spontaneous Thursday? <------- Klik laju-laju! :)










Wednesday, June 15, 2011

Wordless Wednesday #1

Day 03 - A picture of you and your friends.


Ouh, dearest, 

You are like no others. Love you, miss you, XOXO.



New song from Gym class heroes ft. Adam Levine - Stereo hearts.





[Adam Levine]
My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

[Travie McCoy]
If I was just another dusty record on the shelve
Will you blow me off and play me like everybody else
If I ask you to scratch my back, could you manage that
Like it read well, check it Travie, I can handle that
Furthermore, I apologize for any skipping tracks
This the last girl that play me left a couple cracks
I used to used to used to used to, now I’m over that
Cause holding grudges over love is ancient artifacts

If I could only find a note to make you understand
I sing a song and the image grab me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

[Chorus]
My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo

[Travie McCoy]
If I wasn't old school, fifty pound boombox
Would you hold me on your shoulder, wherever you walk
Would you turn my volume up before of the cops
And crank it higher everytime they told you to stop
And all I ask is that you don't get mad at me
When you have to purchase mad D batteries
Appreciate every mixtape your friends make
You never know we come and go like we're on the interstate

I think finally found a note to make you understand
If you can hear it, sing along and take me by the hands
Keep myself inside your head, like your favorite tune
And know my heart is a stereo that only plays for you

[Chorus]
My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo
Oh oh oh oh So sing along to my stereo

[Bridge]
I only pray you never leave me behind
Because good music can be so hard to find
I take your hand and pull it closer to mine
Thought love was dead, but now you're changing my mind

[Chorus]
My heart's a stereo
It beats for your, so listen close
Hear my thoughts in every note

Make me your radio
Turn me up when you feel low
This melody was meant for you
Just sing along to my stereo

Oh oh oh oh To my stereo

Oh oh oh oh So sing along to my stereo 



Best la suara dorang bergabung! Kan? :)

Aku pagi-pagi dah menari-nari dalam office sambil dengar lagu nih. Erk? Senaman pagi tau. Hehe. :)

Tuesday, June 14, 2011

Album baru.





Haha. Boleh jugak buat aku gelak di kala keboringan. :)

Ling ling aku geli.

Day 02 - The meaning behind your Blog name.

Hoala!

Nama belog aku sekarang ialah, Berlari | Untuk | Berjiwa.

Sebenarnya, dah 3 kali aku tukar nama belog aku nih. Masa mula-mula aku berblogging, aku guna nama,
Mi Coraz√≥n yang bermaksud "Hatiku" Then aku gedik lagi nak tukar kepada, Berlari Ke Langit sebab aku terpikat dengan filem Rosyam Nor tersebut. Hehe. :)


Pastuh sekarang ni baru lah jadi Berlari | Untuk | Berjiwa. Ayat ni dulu aku dapat secara spontan bila aku tanya pada diriku sendiri, "Kau Berlari Ke Langit untuk apa Qisz?" Diri aku dengan selamber cipan menjawab, "Untuk Berjiwa."


Maksud nama belog aku ni kurang lebih macam aku berlari pergi kat belog ni untuk meluahkan perasaan, bercerita apa saja yang terlintas di fikiran, membebel dan membebel lagi, dan sebagainya. "Ha, itulah flash back saya."  Hahhahaa.




Ok, DONE!
:)

Monday, June 13, 2011

Day 01 - A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself.

Yeah!  Akhirnya 30 days Challenge sudah bermula! Hooho.

With my only sister

Gambar ni takde lah recent sangat for actual. Gambar yang tersangat recent ada, tapi....dah tinggal kenangan lah. +__+'' Huhuk. Sedih.

Eh, kita bukan nak berstory pasal kenangan sekarang ni, tapi  pasal 15 interesting facts of myself atau dalam bahasa jawa utaranya, 15 fakta menarik pasal aku. Berfikiran sebentar. Ada fakta menarik ke aku nih? Haha. Dulu aku dah pernah buat entri 31 fakta rawak diriku

Kalau nak kata yang interesting, maybe yang disenaraikan di bawah ni la kot, Ce tengok! ce tengok! :)

  1. Semakin banyak aku makan, semakin kurang berat badan aku. Sesungguhnya aku makan banyak tapi tak menambahkan berat badan aku. Haha.
  2. Berat badan aku tak pernah capai 50kg.
  3. Seorang perempuan yang tak berapa perempuan sangat.
  4. Tak suka rabbit.
  5. Suka tengok bintang walaupun berjam-jam tak kesah.
  6. Tengok wayang guna duit sendiri adalah membazir. Haha. Sesiapa yang nak ajak aku tengok wayang, sila belanja. Peace! ^__^
  7.  Split Personality person.
  8. Selalu sakit. macam-macam penyakit.=.='' Menarik ke fakta ni? Haha.
  9. Anak manja abah. :)
  10. Tak suka  marah-marah. Tak reti kot??
  11. So, aku ni penyabar lah orangnya. Woot.Woott..:)
  12. Sejak dua menjak tiga menjak empat menjak ni, da jadi macam pendiam. Kenapakah?
  13. Suka nombor 13. :)
  14. Suka beli dan kumpul accessories rambut banyak-banyak. Walaupun bukan semuanya aku pakai. Membazir kan?
  15. Perangai macam budak kecik. Walaupun umur dah beso. Normal lah kot? Haha.
Ok, da siap 15 fakta yang tersebut di atas. InsyaAllah, panjang umur, esok kita jumpa lagi. Babai!

Barang yang lepas, jangan dikenang.

First of all, mintak maaf kat blog, sebab tak update untuk 30 days challenge on friday. =.='' Satu peristiwa yang sangat meruntun jiwa dan perasaan aku telah berlaku. Alhamdulillah aku masih bernafas dan dapat menjalani kehidupan dengan baik, walaupun ada cacat celanya.

Bersyukur masih ada orang yang mampu buat aku tersenyum walaupun hati tetap mengenangkan kisah lama. Cheh! Macam jiwang pulak. Euuuuuwwww...~ Kata orang, "Barang yang lepas, jangan dikenang" Tapi aku peduli apa? Aku nak kenang jugak!!! Eh, aku punya pasalllllaahhhh! Hahakhak hak tuihhh! *Gelak macam badak tunggal*

Semoga apa yang terjadi membawa hikmah disebaliknya. Ini mungkin ujian dari Allah. Sesungguhnya dalam kesusahan itu ada kesenangan, dalam kesenangan itu ada kesusahan. Nah, layan lawak budak sepah ni jap. Boleh tersenyum sebentar kot. =.=''





P/S : hari ni kalau ada mood, aku mulakan la buat entri 30 days challenge tu ehk. CHOW!

Thursday, June 9, 2011

30 Days Challenge

Semalam, baca entri Cik weeda, terjumpa ni. Hehe. :) So, aku pun nak buat lah 30 days challenge ni. Tapi start esok la. Hari ni takde idea bernas lagi. 


Day 01- A recent picture of you and 15 interesting facts about yourself
Day 02- The meaning behind your Blog name
Day 03- A picture of you and your friends
Day 04- A habit that you wish you didn’t have
Day 05- A picture of somewhere you’ve been to
Day 06- Favorite super hero and why
Day 07- A picture of someone/something that has the biggest impact on you
Day 08- Short term goals for this month and why
Day 09- Something you’re proud of in the past few days
Day 10- Songs you listen to when you are Happy, Sad, Bored, Hyped, Mad
Day 11- Another picture of you and your friends
Day 12- How you found out about Blogger and why you made one
Day 13- A letter to someone who has hurt you recently
Day 14- A picture of you and your family
Day 15- Put your iPod on shuffle: First 10 songs that play
Day 16- Another picture of yourself
Day 17- Someone you would want to switch lives with for one day and why
Day 18- Plans/dreams/goals you have
Day 19- Nicknames you have; why do you have them
Day 20- Someone you see yourself marrying/being with in the future
Day 21- A picture of something that makes you happy
Day 22- What makes you different from everyone else
Day 23- Something you crave for a lot
Day 24- A letter to your parents
Day 25- What I would find in your bag
Day 26- What you think about your friends
Day 27- Why are you doing this 30 day challenge
Day 28- A picture of you last year and now, how have you changed since then?
Day 29- In this past month, what have you learned
Day 30- Your favorite song. 




Ada sesiapa nak buat entri ni jugak? Jom! :)

Ok geng, aku CHOW dulu. Bubbye. Have a nice day everyone.

Jom join Give Away dan shopping online kat Bifa's Collezion!

Best tau shopping kat sini!
Kenapa aku kata best?
Sebab harga sangat berpatutan, baju-baju semua cantik sangat!! 


Tak percaya? Ha, tengok nih, ini salah satu baju yang aku beli kat Bifa's Collezion.


Hooded t-shirt ni aku beli RM40 je. Murah kan? :)

Berbaloi-baloi tau shopping kat sini. Bifa's Collezion bukan ada jual baju sahaja tau. Ada lens, lingeries, handbags, dan yang terbaru gadget accessories! Korang boleh klik link kat bawah ni untuk lebih detail ea,, :)



Butik Bifa's ni sangat famous dengan Nothing Over RM40. Kat sini korang boleh pilih dan shopping baju yang tak lebih dari RM40. Dah la baju semua lawo-lawo belaka, konfem! Rambang mata tau! :)


Skirts-Nothing Over RM40

Shirt, maxi dress- Nothing Over RM40.



Ha, apa tunggu lagi kawan-kawan? Jom terjah Bifa's Collezion!  Tangan aku pun dah gatal-gatal nak keluar duit nak shopping nih! Hehe.:) Err, rasa macam nak beli lens la pulak! :)





Ha, lagi satu, sekarang ni tengah ada sale sempena Ulangtahun perkahwinan Mrs.Bifa. :) Boleh dapat free postage. Woot. Woot. Best tuh! :) Erm, actually Give Away ni pun sempena Ulangtahun perkahwinan Mrs.Bifa jugak. Ehem-ehem, nak bagi ucapan sikit,.."Semoga hubungan kalian kekal sepanjang hayat, murah rezeki selalu ye! Amiiiiinnnnn."




Akhir kata, tepuk dada, tanya selera. Hehe. :) Semoga success selalu diucapkan kepada Bifa's Collezion. Peace! (^__^)v

Oppss..Sebelum terlupa, Find Bifa's on Facebook pun boleh! ,ini link ye.



Wednesday, June 1, 2011

Mid-Year Giveaway by Nisa Menaip



Wah..ada Give Away gempak la by Nisa Menaip. Bertambah syyyyyyyyyyyyyiioookkkk, Give Away ni disponsor oleh 10 'penyemmoncer' tau! :)








Banyak kot hadiah tuh. Apa tunggu lagi kengkawan? Moh kita join?! Ce join. Ce join. :) Untuk maklumat lanjut, korang semua boleh klik kat banner atas tu ye.

TAG: