Friday, April 29, 2011

Maroon5 at KLIA





Aku pun akan menjerit macam tu jugak kalau dah nampak Maroon 5 depan mata macam nih! Esssshhh!

Wednesday, April 27, 2011

Kasut untuk kahwin.

Hoala semua! :)

Hari tu aku dah cerita pasal baju kahwin, sekarang nak cerita pasal kasut pulak! Ce citer! Ce citer! So, dengan rasa tanggungjawab dan berwibawanya aku telah mengGOOGLE kasut-kasut yang telah menarik perhatian aku untuk hari bahagia yang tak tahu bila akan kunjung tiba. Haha. Let's check it out!

Warna putih nampak cam ayu sangat kot? Kan?

1

2

3

4

5

6

7



Pink nampak comel? Erk? :p

1

2

3

4

Sneakers? Yes, yang ni aku mahu sebenarnya! Yeah! :)

1

2

3

4

5

6

7


Paling aku suka yang nih from Converse, 

1

2

3

Dan hasilnya, jadilah macam nih! Terbaik lah!

comel kan?

Love it! Love it! Love it!

Aku tak nak dan tak suka dan tak mao pakai heels on my wedding! Boleh kan? (^__^)v Ok, nanti kita jumpa lagi di lain entri.

CHOW!

Friday, April 22, 2011

Aku nak.....tapi kan,


Aku nak HANGOUT, MENGGILA dengan ALFIAN & THE GANG,
Aku nak MAKAN,KETAWA,MENYANYI dengan ALFIAN & THE GANG,
Aku nak MELEPAK tepi pantai, KIRA BINTANG, MENYANYI lagi dengan ALFIAN & THE GANG,
Aku nak BERKARAOKE lagu wajib dengan ALFIAN & THE GANG,
Aku nak tengok movie, BERGELAK KETAWA dengan ALFIAN & THE GANG,

Aku nak TENGOK muka comel Kak Iza sambil berkata, "Ohh, ye ke? Macam tu ea?"

Aku nak dengar Zaimah cakap, "Qisz, nak pergi Pasar Malam tak?"

Aku nak dengar Kak Ferra cakap, "Qissy...Jangan over ok?"

Aku nak dengar Alfian cakap, "Kak, tengok tuh...muka tak bersalah. Ish, rasa nak lempang je laju-laju!"

Aku nak dengar Waniyah cakap, "Qisz, awak kenapa? Tak sihat ye..Kesian..."

*Ini antara ayat-ayat yang termuncul di fikiran ye..Hehehe.*



tapi kan......,


Aku dah lama sangat tak jumpa ALFIAN & THE GANG,,,


 Saat ini, waktu ini...dan ketika ini. Aku sangat merindui mereka semua!

Seriously, I'm totally miss them!

Ouh sahabatku! Nanti kita jumpa k! Rindu tahap cipan goreng nih! 

:'(












Awak pun RINDU saya kan? 
Kan?
Kan?

:)

Friday, April 15, 2011

Takde sivik punye orang! Budaya kita, wajah kita tau?

Hai followers, readers and stalkers.

Hari ni mood agak ke laut kerana gangguan abdomen melampau ditambah pulak dengan kisah seorang pakcik beruniform yang aku rasa agak takde budi bahasa, budaya kita. Ishk,,

Kerja aku memang agak banyak hari ni dan memandangkan aku berpenyakit, aku buat kerja memang slow motion seperti siput menjawab soalan add math.

Tengah leka aku buat kerja yang dah 1,524 kali aku confuse nih, ada orang ketuk pintu office macam nak robohkan je pintu tuh. Aku pun berlari-lari anak katak pergi bukak pintu dan muncul seorang pakcik beruniform lengkap yang dari segi gaya, mutu dan keunggulannya nak masuk office semula selepas solat jumaat, seraya pakcik tersebut berkata dengan sombong dan bongkak dan bongak,

" Dik, tolong buang air tuh.." *Tanpa beri salam, tanpa memandang dan senyum, sambil jari telunjuk menunjukkan menatang apa entah kat hujung blok office*

Lalu aku pun pandang la menatang yang pakcik tersebut tunjuk. Disebabkan aku rabun raban dan tak pakai spec waktu kejadian, aku agak lambat untuk mengecam menatang tersebut dan berkata,

"Ohh,,botol air tu ehk pakcik? Mintak maaf saya tak perasan. Kejap lagi saya buang ye." *dengan penuh kesopanan dan kesusilaan*

Sejurus selepas itu, pakcik beruniform ni tadi, memandang aku dengan muka ala-ala annoying gila dengan jawapan aku lalu berkata lagi,

"Buang ehk." *Dan terus berlalu sambil menjawab panggilan telefon.*

Dengan keadaan terpinga-pinga macam orang hilang kambing, aku pergi la tengok dan  mengkaji apa ada hal yang pakcik ni beria sangat nak suruh aku buang botol tuh. Rupanya botol air tuh penuh dengan air aircond dari bilik meeting office aku dan telah melimpah menuju ke rumah dia.

Nak tahu melimpah banyak mana? 2, 3 titis je. Diulangi 2, 3 titis, dan tak sampai pun lagi ke pintu pagar rumah dia yang telah direnovate ala-ala penthouse AC Mizal. Ergh..+__+''

Aku pun ambek la botol air tersebut dan buang air dalam tuh. Aku letak balik kat situh sebab takut kang kalau air aircond tuh melimpah ruah lagi, silap-silap esok jugak dia robohkan pintu office aku. Lantas aku masuk office dan sambung buat kerja yang tertunggak dan tertonggeng nih, sambil menaip apa yang sedang aku taip sekarang.

Motif cerita aku hari ni ialah,, pakcik beruniform tersebut agak tidak berbudi malah tidak berbahasa dengan melangkah ke pintu office ni, mengetuk pintu dengan penuh nafsu syahwat, *macam la aku ni pekak* tanpa memberi salam Assalammualikum mahupun salam dunia. *lagu M. Nasir*


Bila aku berfikir sejenak, kalau pakcik ni ye pun nak bengang tahap gunung berapi, air yang menitis tuh taklah banyak mana dan pakcik tuh tak payah nak buat muka berlagak sangat macam aku ni kuli dia, plus dengan kasar asam jawanya menunjukkan jari telunjuk dia kat tempat kejadian. Pergh! Aku rasa macam dia nak memalukan aku di depan khalayak ramai! *walaupun aku tak nampak ada orang tengok ke tak*


Mungkin ye lah pihak office aku bersalah sebab tak alert botol air tu kat situh, dan akan menyebabkan banjir kilat kat rumah dia kan.., Ish, banjir tau! satu botol tuh! Tapi tak boleh ke pakcik tersebut cakap baik-baik dan pandang muka aku time bercakap sebab muka dia tersangat lah angkuh macam burung merak kat Zoo Negara.

Entah la, aku rasa pakcik tersebut kurang ajar. Mungkin masa sekolah dulu, dia tak belajar sivik kan.., Nama je beruniform, pangkat kiri kanan bagai, tapi sesuka hati sesedap mee sedap je dia nak berlagak macho tapi hancor.

Seriously, aku terus takde rasa respect kat kau Pakcik. Kau nak orang respect kau, tapi reti pulak kau nak hormat orang lain? ye dok?


Pesanan untuk kau pakcik : Kau simpan je uniform kau tuh kat muzium kat Barbados sana. Haha. Kesian, terima kasih. Titik.

Ape pun tak boleh.

Thursday, April 14, 2011

31 fakta rawak diriku.

Hoala amigos! :)

Disebabkan aku dah siap kerja, dan rasa macam takde kerja, tangan pun gatal sini sana nak menaip. Lagipun, kalau bukan aku yang menggunakan internet kat office nih, siapa lagi Ish, kan membazir namanya tuh. Haha. Maka, terciptalah entri ini. *Ayat tak boleh blah*


Kalau korang nak tahu, boleh teruskan membaca. Kalau rasa menyampah, jangan buat sepah. Sebab aku rasa entri ni macam panjang lebar je. Peace! (^__^)v

FAKTA RAWAK DIRIKU

1. Banyak nama gelaran atau dalam bahasa jawanya, nickname! :) Antaranya, Bal, Qisz, Sapek, Eka, Fiq, Makcik,  Qissy. Ha, ada satu lagi paling terbaru, Kejora. Adeh. +__+"

2. Suka gila makan. Bagi yang memang kenal, rapat dengan aku, tahulah macam mana aku makan. Banyak dan banyak. Sampai ada yang pengsan tengok aku makan. *Nampok benor menipunyer...* Tapi time aku tak makan, aku betul-betul tak makan.

3. Suka warna pink. Eh, jangan ingat aku suka kaler pink, aku ni perempuan sangat tau! Aku tidaklah gurly mana. Aku start tersuka warna pink ni pun disebabkan seorang kawan yang nak jadikan aku ni perempuan masa sekolah menengah dulu. So, sebab dia nilah melekat warna pink sampai sekarang. Dia ni antara perempuan yang tercantik di mata aku, tak percaya? Tengok nih,

Cantik kan?

Pun cantik!

Pink tapi ganas, Cool!

4. Manja.  Oppss. Terutamanya dengan family dan....family. ;) Even bibik aku pun panggil aku B. B di sini bermaksud, baby. Ngee. Baby tua. :)

5. Kipas susah mati Maroon5. Jangan tanya mengapa, di mana, bagaimana aku boleh suka band nih. Lain orang, lain citarasanya kan? Dulu time sekolah, ada jugak mulut makhluk Allah yang mengatakan aku ni Gila Seks sebab minat band nih. Huh? Tidak sama sekali. Jangan pandang sesuatu pada satu sudut je. Lagu-lagu Maroon5, kena dengan jiwa aku. Lirik pun semua menusuk kalbuku. Cheh! Terlebih sudah.




6. Dulu, kini, dan sekarang memang bercita-cita nak jadi model :P Tapi sesungguhnya itu hanyalah angan-angan sahaja! Haha.

7. Split Personality. Erk? Tak faham? Klik sini. :p

8. Benda yang paling aku tak suka dan tak faham ialah, MARAH. Seriously, aku tak pandai nak marah.  Pelik tapi mungkin benar. Bak kata pojaan hati, "Awak bukan tak marah sayang, cuma awak tak tahu nak marah tu macam mana, sebab tu bila awak marah, awak jadi nervous, gelabah!" Hehe, b, awak sangat benar! 100 markah! :)

9. Seorang penulis diari (since 2006), pengumpul tiket bas, sweet and chocolate wrapper. Pernah sekali aku menangis sebab ada orang terbuang one of my chocolate wrappers! Whoaaaaa..!

10. Sejak tiga tahun lepas, tak boleh tidur tanpa Amy. Ni la teman yang paling setia, kat mana-mana je ada dia. Pernah berebut dengan adik aku, aku kalah dan menangis. =.='' Gedik kan?

Gedik.

11. Kesimpulan untuk no. 9 & 10, aku mudah menangis. Titik.

12. Selalu sangat tercedera tiba-tiba tanpa disedari. Haha. Kulit aku ni tak cukup lapisan, so senang je terluka. Aku jalan bersepah, so selalu sangat langgar itu ini. Bawak kereta macam dia nih, sebab tu la langgar kebun rumah orang pastuh kena gelak! 

13. Suka buat benda yang bukan-bukan. Contohnya, panjat tembok rumah, picit hamster sampai dia buat amukan drakulat, geletek kucing suruh dia menggigit, baling henfon ke dinding sambil buat muka innocent, naik atas bumbung semata-mata nak baring dan tengok bintang. Pergh! Inilah nikmat dunia. :)

14. Agak pro memasak asam pedas, masak lemak cili api, lontong. Tak dilupakan, Mee segera pelbagai jenama. Haha. Orang kata, aku masak sedap. Aku tak tahu, kalau nak rasa, meh datang rumah, aku masak untuk korang. Boleh saja. :)

15. Tak reti duduk diam. Sebab tu selalu jadi no. 12. 

16. Teringin nak bela panda, koala, cipan, cipanzi dan jugak anjing laut. Boleh? Ha, satu lagi. Kuda belang.

17. Tak suka Rabbit. Jangan tanya kenapa. Haha.

18. Tersangat tak suka, bila ada orang buat birthday party, pastuh maen baling-baling kek, telo, entah apa benda lagi. Ish, cukup tak berminat. Kalau ada orang yang buat kat aku macam tuh, aku bakor je rumah dia. For real! Haha.

19. Nak belajar maen drum, gitar. Tapi memang takde siapa nak ajar. =.=''

20. Pernah bercita-cita nak jadi dentist, hanya kerana rasa menyampah dengan dentist yang datang kat sekolah aku time darjah dua. Konon-konon nak balas dendam kat dentist tuh. Sengal kan aku?

21. Aku tak cuit orang, kalau orang tak cuit aku. Faham kan? :p

22. Dulu sangat suka warnakan rambut, potong pendek. Tapi sekarang tiba-tiba jatuh cinta kat rambut panjang dan rasa macam hitam itu menawan! Auuw..:)

23. Pantang masuk kedai accessories. Ada je benda aku nak beli. Mama kata, itu memang dah perangai dari kecik.

24. Aku ni penyabar orangnya. Trust me. Its true. :)

25. Suka makan benda-benda masam. Tapi tak suka jeruk sebab boleh buat aku sesak nafas. So my favourite, limau nipis dan limau kasturi. Makan banyak satu pokok pun takpe. Pergh! Terlior! :)

26. Suka pantai, tapi bukan waktu siang.

27. Sebab aku puteri lilin. (^.^)

28. Agak susah nak cari seluar jeans yang sesuai. Selalunya labuh ok, pinggang longgar. Bila pinggang ok, singkat pulak. Menyampah.

29. Maka sekarang aku dah tak berminat pakai seluar jeans. Entah, macam tak selesa pulak. Pakai baju kurung hari-hari pun boleh kan? :p

30. Boleh jadi pendiam secara tiba-tiba tanpa sebab. Huh?

31. Aku seorang yang agak Klaustrofobia. Ergh.

Ok, DONE! Yeah. Akhirnya habis jugak sampai 31. 31 je lah. Tak boleh lebih-lebih. Tu pun dah banyak dah. Hehe. Aku ada soalan untuk korang nih.


Fakta yang mana korang rasa paling menarik? Yang paling pelik? Hehe. Saje nak tahu pendapat korang. Have a nice day everyone!

Chow!

Wednesday, April 13, 2011

Love is a game you say, play me and put me away!



Put your hands all over 
Put your hands all over me 
Put your hands all over 
Put your hands all over me

I cant seem to find the pretty little face I left behind 
wandered out on the open road 
Lookin’ for a better place to call home 
Gave her a place to stay 
And she got up and ran away 
And now I’ve had enough 
The pretty little face has torn me up

Put your hands all over me please talk to me talk to me tell me everything’s gonna be alright 
Put your hands all over me please walk with me walk with me now 
Love is a game you say play me and put me away

Put your hands all over me
Now you’ve lost your mind the pretty little girl I left behind 
Now your getting rough but everybody knows you’re not that tough 
You wandered out on the open road looking for a place to call your own 
Your scared to death of the road ahead, pretty little thing don’t get upset

Put your hands all over me please talk to me talk to me tell me everything’s gonna be alright 
Put your hands all over me please walk with me walk with me now 
Love is a game you say play me and put me away 
Love is a game you say play me and put me away

Put your hands all over me 
Put your hands all over me 
Put your hands all over me 
All over me

So come down off your cloud, say it now, n say it loud 
Get up in my face, pretty little girl come make my day

Put your hands all over me please talk to me talk to me 
Put your hands all over me gotta walk with me walk with me now 
Put your hands all over me gotta talk to me talk to me

Put your hands all over me gotta walk with me walk with me now 
Love is a game you say play me and put me away 
Love is a game you say play me and put me away

Put your hands all over me, all over me 
Put your hands all over 

Saturday, April 9, 2011

Cerita weekend, buat apa ha?

Assalammualaikum. Selamat hari Sabtu semua. :)

Hey..kamu kamu sekalian. Korang buat apa weekend nih? Tengok F1? Maen futsal? Jogging? Hehe. :) Disebabkan weekend aku ialah hari cuti, so aktivitas biasa aku kat rumah kadang-kadang membosankan, kadang-kadang, biasa-siasa je. Kadang-kadang, indah sangat. Paling banyak kadang-kadang, membosankan kot? erk? +___+"

Nak tau apa aktivitas aku weekend nih? Ha, meh nak tunjuk kat korang apa aku buat. Kalau nak gelak ke, ketawa guling-guling ke, silakan. Gelak dalam hati pun boleh. Sebab sesungguhnya aku bukan pro macam ni. Aku buat semua ni sebab suka-suka dan aku memang minat bab- bab ni dari kecik lagi. :)

Makhluk ni aku tak tahu nak bagi gelaran apa, nak kata monster pun bukan, pokemon? lagi lah bukan. digimon? Ouh, jauh panggang dari Barbeque. Haha. Korang tengok dan bagi lah gelaran apa pun ye. :)

1

2

3

4

Yang ni pulak kira sketching aku yang paling aku sayang la,

Sakura versi jari cacat! haha.

I love you lah cikgu Kakashi!


Percubaan pertama lukis Luffy

Monkey D. Luffy
Actually, banyak lagi aku sketch. Macam-macam benda mengarut ada dalam sketch book aku nih. Selalunya, bila aku ada masa terluang takpun nak meluahkan sesuatu perasaan, aku buat la sketching nih. Dulu pernah la aku berangan nak jadi pelukis komik. Haha. :) Bila fikir balik, layak ke aku jadi pelukis? Tak kan? Untuk suka-suka boleh lah. Peace! (^__~)v

Lepas ni, aku nak lukis potret pulak. Aiyoo..susah tuh! :) Belum cuba, belum tahu, kan? Ok lah, aku stop kat sini dulu ehk. Nak mandi, solat maghrib. Tata semua! Have a nice weekend! :)


Gila gedix minah nih. :P

Monday, April 4, 2011

04th April, a very special day!

Baca dengan nada dan lagu yang betul : "Pada suatu hari, burung-burung pun berkicauan hari tuh. Ada yang bekerja, ada yang begembira.
Happy Birthday to me..Happy Birthday to me..!"






To my BELOVED DEAREST handsome boys,

Happy birthday!


Nanti kakak bagi hadiah ye? Mmmuuaaah both of you! :)