Thursday, March 10, 2011

Tips Untuk Rambut Menawan Tertawan!

Holla semua!

Mari dekat mari rapat. Aku nak kongsi tips untuk rambut menawan tertawan! :) Semua orang mesti nak rambut cantik kan? Lagi-lagi perempuan. Ye ke? Laki pun sama. Kalau rambut tak macho, takde sape nak. ha, padan muka! Opps..terlebih sudah. Ok, niat sebenar di hati aku ni sebenarnya nak gunting rambut. Nak tukar style katanya! So, tiba-tiba nak buat entri pasal rambut nih. Ok, Let's check it bebeh!

1. Kurangkan pengeluaran minyak pada rambut anda.
Elakkan daripada menggaru kulit kepala anda ketika bersyampu. Menggaru merangsang pengeluaran minyak kat kulit kepala tau! NO!

2. Minimakan penggunaan syampu.
Sebenarnya kan, bersyampu terlalu kerap boleh mengeringkan rambut. Tapi jangan lah pulak sebulan sekali baru nak syampu! aish! Yang penting pilih kondisioner yang paling sesuai untuk rambut korang. Contohnya, kalau rambut kering, gunalah kondisioner untuk melembab. Kalau nak rambut korang lebih manageable, pilihlah kondisioner yang act as smoothener.

3. Cuci rambut dalam satu arah.
Ini dapat mengelakkan rambut daripada kusut macam busut! Erk? :)

4. Jangan gosok rambut anda dengan tuala selepas bersyampu.
Sebaiknya, korang bungkus je rambut dengan towel, then biarkan dia kering sendiri. Kalau gosok beria kang, rambut cepat rosak der!

5. Elakkan menggunakan Straightener, Curler, hair dryer sekerap mungkin.
Ingat! Penggunaan haba yang kerap pada rambut akan menyebabkan kekeringan dan kerosakan!

6. Pilih rangkaian produk yang sesuai untuk rambut anda.
Ini paling penting. Jangan ingat produk yang murah tu tak bagus, dan produk yang mahal tu bagus. So, pandai-pandai lah korang bawak diri ye. Eh. salah. pandai-pandai lah korang pilih ye. :)

7. Guna jari pun boleh!
Korang tau tak? tak tau? Penggunaan sikat dengan kerap pun boleh menyebabkan rambut berminyak. So, lepas bermandi dan bersyampu, jangan terus sikat rambut tuh. Guna jari pun boleh! Ha, satu lagi, cuci sikat korang dengan sabun tau. untuk hilangkan minyak pada sikat tuh. Bukan rambut je nak kena jaga, sikat pun perlu diambil kira. Cheh!

Setakat ni, style rambut aku yang paling aku suka, yang ni,

Terima Kasih kepada, MAROON!

Tapi aku teringin sangat nak buat rambut macam ni,


Boleh?

So fellows....! Meh nak suggest satu serum rambut yang terbaik untuk anda semua. Aku pun guna yang nih. TERBAIK!

Hi Gloss Serum, by AMWAY


Ok, jumpa lagi. Babai!

2 comments:

Dayana Nasir said...

rambut gambar belah kiri tu cantik!! btw, rambut ko dah panjang mana skang ni?

Balqis Shafikah said...

kan?
aku pun suke yg itu!
erm skg ney lbeyh kurang pjg mcm lam gmba nih. :)