Thursday, March 3, 2011

Aok nok rase? Moh datang sinih!

Hoala!

Hari ni aku nak kongsi satu lagi resepi istimewa. Sebelum tu nak tanya, korang pernah makan ikan patin Temerloh? Tak pernah? Rugi wooo..!*muka beria* Nak cuba try test uji makan lauk yang enak nih, "Moh la datang sinih weh! Koi masokkan ikan paten paling beh tuk aok! :)

Resepi yang koi nak kongsi nih. Eh, ter'Speaking' pulak. Resepi yang aku nak kongsi nih., senang, ringkas dan bersih jer. Boleh cuba masak kat rumah, ok? Kalau takde ikan paten Temerloh, korang masak lah ikan lain. Ikut selera korang lah kan. Jangan masak tauke ikan, sudah! Hehehe. :)

Nah, amek. Asam Pedas Ikan Patin by Cik balqisz.

Gambarajah seperti dalam periuk

Bahan utama :
Ikan patin Temerloh!


Bahan-bahan asas :
Bawang putih, Bawang merah, lada kering, kunyit hidup, serai, sedikit garam (tumbuk takpun blender je kalau malas, tapi tumbuk lagi sedap!)


Bahan hiasan dalaman :
Daun kesum, bunga kantan pun boleh, kacang bendi.

Bahan penyedap perasaan :
Asam keping, garam, serbuk perasa.

Masuk je semua bahan-bahan tadi dalam perik macam niha.

Jangan lupa masukkan air.

Bila dah nak masak, masukkan bahan-bahan hiasan dalaman.

OK, Siap!

Selamat mencuba dan menjamu selera :)

*Tiba-tiba rasa lapar lah pulak! 

No comments: