Tuesday, February 22, 2011

Bifa's Collezion Contest 2011

Hoala! :) Hari ni seorang Balqisz nak join contest pulak! Yeah! contest ni datangnya dari, MrsBifaBifa'sCollezion.

Actually, Bifa's Collection ni adalah satu online bussiness yang menjual pelbagai jenis pakaian, beg, skirt, seluar, cardigan, long dress, even lens pun ada! :) two thumbs up! Tak percaya?  korang tengok nih,,

Stylish kan? :)


Cardigan, Comel sangat! :)


Vintage Handbag :) CUN!

Gorgeous Lens! :) WOW!

Ha, cantik, menarik, tertarik, kan? nak tengok lebih banyak, korang boleh klik sini, Bifa'sCollezion. Nak usha kat facebook pun boleh, FB-Bifa'sCollezion. So, kat bawah ini adalah contestnya, JOM kita Check it OUT! :)

'Confident with Yourself" Contest by, Bifa'sCollezion

Erm, Sekarang jom kita tengok gambar yang aku rasa cukup confident untuk contest nih, Jeng...jeng..jeng! :)


1






2






3!



Taraaaaaaa! 


OOOppppsss. Terlebih confident ke? :)
Sebab musabab aku memilih gambar ini ialah ::: Aku rasa kan, gambar ni sangat confident! betul! For your information, gambar ni di 'snap' waktu aku bawak anak-anak buah pergi taman permainan. Hehe. Dorang sibuk maen sana sini, aku pulak sibuk duk snap-snap gambar. Inilah hasilnya! Dengan penuh confident aku snap gambar, dah tak peduli orang duk pandang-pandang! Pssst...pssst, tapi gambar ni comel kan? :p Hehe.

Yeah, sekarang moh le kita melengkapkan slogan contest ni,,,

"Saya rasa confident dengan Bifa's Collezion kerana.......,"

".........Bifa'sCollezion menyediakan pelbagai jenis pakaian sesuai dengan trend remaja sekarang. Semua koleksi Bifa's membuatkan saya begitu tertarik kerana banyak pilihan, cantik, ekslusif dan sememangnya memberi saya keyakinan untuk berfesyen. Sesuai dengan tagline Bifa's Collezion sendiri iaitu, 'Be the fashionable lady, attractive & yet smart by shopping with us' :) Percayalah! berfesyen dengan Bifa's Collection boleh menjadikan anda lebih yakin!"


Kawan-kawan, JOM join contest nih, tarikh tutup 28th February tau! 

Tagged ::: Cik wawaKak CaCik Dayana


Monday, February 21, 2011

Gaji OH gaji, macam-macam nak beli!

Da nak sebulan aku kerja. So, tangan dah gatal-gatal nak dapat duit gaji. haha. Masa mula-mula kerja, Mr.CHENTA dah sibuk tanya, "Sayang, gaji first nak beli apa?" :) Jawapan aku,, "Tak tahu.." "B! Eh, sekarang sayang dah tahu nak beli apa!" Hehe. :)


 No 1 :: from ::  funfashion shop

No 2 :: Perfume ini!

No 3 :: Stylish clothes from :: Shasha Collection

No 4 :: baju perempuan :) :: from :: Butik Alamaya

Ok, rasanya..Kalau beli semua ni, habis duit gaji aku. Haha.


Pesanan ringkas untuk B : Kalau sayang tak cukup duit, b belanja okeh? :p Ngee~ lagi satu, ni semua senarai pendek je tau. Banyak lagi sayang nak beli. Hehe. Kalau tak dapat belikan, dendanya ialah, sila jemput sayang kat rumah, bawak pergi jalan-jalan, baik? :)

Wednesday, February 16, 2011

Bila kerja dah siap, Encik Boss keluar, aku nak buat apa ehk?

Assalammualaikum pembuka bicara. Title pun dah jelas tentang apa yang aku nak sampaikan. Yup, aku dah takde kerja nih. Online je lah. haha. Terasa macam nak singgah kat sini kejap. Nak update blog kat rumah sekarang ni memang tak la. Abang aku dah takluk laptop aku. Lagipun, balik kerja dah malas nak mengadap alat-alat teknologi nih. ;) Dari pagi sampai petang kot aku mengadap PC kat office ni. Lagi-lagi kalau bertimbun-timbun kerja. Takde kerja? Lagi lah aku nak mengadap. Haha.

Sebenarnya, aku kat office ni sorang-sorang je. Gila la kesunyian. erm, bukannya takde pekerja lain, cuma dorang semua memang kerja luar. Tak duk office ni. So, aku selaku Eksekutif Pentadbiran & Kewangan (Nama jawatan nak gempak je kan, padahal bukan apa sangat pun), aku je lah yang duk kat office nih. Dah macam office mak bapak aku, tahu? :) Selesa habis kau ye, Balqis!

Cepat la lunch time. Serius, aku lapar gila tahap cipanzi. Aduh.

Tuesday, February 8, 2011

Hari ini baru aku bekerja.

Krinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnggggggg! Aiyak! Dah subuh! Balqisz! wake up! Anda bekerja hari ini ye. Adess. So, pagi-pagi buta lagi Mr.CHENTA dah kejutkan aku bangun. Terima kaseh ye awak. :) Hurm ingat lagi tak hari tuh aku nak kerja bulan 12. alah, yang nih, KERJA. Hurm, aku tak jadi kerja dengan Pakcik aku tuh. Dengan tiba-tibanya semalam Encik boss yang bernama En.Mazlan call & suruh datang interview! Ini bukan cubaan , ini betul-betul. Lepas interview, terus aku kerja hari nih. :P

Jawatan aku? Nak tahu?


PEGAWAI PEMASARAN, Dataran Jitu Enterprise.


Korang percaya tak?


Percaya?


Percayalah...















Aku acah jer tuh. Haha. Itu bukan jawatan aku. Nama company tu je yang korang boleh percaya.Yeay! Pas ni boleh shopping pakai duit sendiri! (start berangan dah). Uit Balqisz. Baru hari ni start kerja kot. Tapi kan bagus jugak aku dapat kerja nih. Kerja takde lah susah mana pun, duit bulan-bulan masuk gak kan?Daripada aku duk  kat rumah, menTEMBAMkan badan je!



Psst...pssst..ni Encik boss ada kerja luar. Tu yang aku menggedik-gedik jari nak men internet nieyh. Takpe, janji kerja aku dah setel. Haha. Siapa nak teman aku pergi lunch kul 12? JOM!



Ni lah aku. :)