Tuesday, January 11, 2011

14 Tips Untuk Jadi Menawan

Hoala semua. Hari ni jari jemari aku tergedik-gedik nak menaip dan kongsi tips yang bagus lagi mantap nieyh. Meh, check this out! Hehe. :) Korang semua boleh cuba tips ni kalau nak jadi menawan macam aku (Perasan abes Cik Balqisz) Haha. Mesti OK punya! Confirm boleh menawan hati setiap insan. Eceh!

14 TIPS UNTUK JADI MENAWAN

1)  Jadi orang yang berjaya. Kalau kita jadi orang yang berjaya, mesti menawan hati orang lain. Betul! betul! betul! :)

2) Amalkan undang-undang 30 saat. Maksudnya, bila kita jumpa seseorang, let say boyfriend or kawan kita, 30 saat pertama tu kita cakap apa yang menyenangkan hati dia. Sebagai contoh, "Eh, cantiknya rambut baru u! Colour pun lawa! I suka lah!" Seriously, orang akan rasa yang kita ni sangat menghargai dia.

3) Beritahu orang lain yang kita perlukan bantuan mereka. Ha, tips yang ketiga ni pulak camniey, if kita nak menawan hati seseorang tu, kita cakap kat dia yang kita perlukan bantuan dia. Contohnya, kita nak meluahkan sesuatu kat dia, takpun nak minta tolong hantar pergi mall ke. Trust me, orang tersebut pasti tertawan! hehe. Sebab..Dia rasa kita perlukan dia. :)

4) Jadi orang pertama yang membantu orang lain. Cubalah! Orang tu pasti tertawan dengan kita! :)

5) Puji orang di hadapan orang lain. Jangan sesekali kutuk orang secara terbuka! :)

6) Dorong, motivasi, bagi semangat pada orang lain untuk berjaya. Walaupun orang tu da putus asa, kita try untuk bagi semangat kat dia. At least, dia boleh bertenang, kan?

7) Berkongsi rahsia dengan orang lain. Orang tu akan anggap kita sangat perlukan dia bila kita sanggup berkongsi rahsia dengan dia. :)

8) Bersangka baik pada orang lain. Tak baik bersangka buruk kat orang lain tau. Bila kita ada rasa macam nak bersangka buruk jer, cepat-cepat buang je jauh-jauh perasaan tuh! :)

9) Bantu seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh dia lakukan sendiri. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia. Mesti terdetik kat hati kita untuk bantu dia. :)

10) Menemukan orang lain dengan orang yang dia nak jumpa. Kita boleh jadi kekuatan untuk dia jumpa dengan orang yang dia nak jumpa tuh. :)

11) Cari kunci untuk membuka hati orang lain. Yang ni pulak, bukan kunci rumah atau kunci pagar ye. Hehe. Kalau kita nak orang tertawan dengan kita, cuba sedaya upaya untuk cari kunci untuk buka hati dia. :)

12) Katakan benar dengan sayang. Ini pulak maksudnya teguran yang baik. Katakanlah kita tak suka new hairstyle kawan kita, nak tegur takut kecik hati pulak. So, kita cakap baik dengan dia. "I rasa kalau u buat rambut macam Justin Timberlake lagi handsome tau." Dia akan fikir yang kita ni ambil berat pasal dia. :)

13) Membantu tanpa niat apa-apa. Most important!! Kalau kita tolong orang lain, jangan minta dibalas apa-apa ataupun ada niat lain. Tolong orang, mesti ikhlas. :)

14) Ingat nama orang dengan baik. Biasanya, seseorang akan rasa bertuah dan disayangi bila kita ingat nama dia dengan baik. :)


So readers,
Semoga kita dapat MENAWAN Tuhan yang Esa, MENAWAN hati orang lain dan paling penting TAWANLAH hati kita sendiri. InsyaAllah, sedikit ilmu yang aku kongsikan ni dapat bagi manfaat untuk kita semua! :)

Sumber ::: My dearest diary, 08th June 2009 :::

2 comments:

khuzaimah abd rahman said...

thanks qis for your tips..ada jga yg zai dah buat n yg tak buat lagi tu akan cuba utk diperbaiki..hehehe
miss you dear friend..

Balqis Shafikah said...

u r most welcome zaimah..:)
mish you too!