Tuesday, January 25, 2011

Aku Sunyi. Aku Bersyukur.

Mama takde, anak-anak buah aku semua takde. Ish, gila sunyi aku tanpa suara kanak-kanak riang. Ouh, mereka semua pergi melancong ke kota raya. Kat rumah ni, yang tinggal cuma abang, abah dan bibik tersayang, Kak Wulan. Hurm, serius memang sunyi lah. Nak pergi dating? Huh. Tak payah nak berangan. Boyfriend jauh, seberang jambatan dan laut. Nak berenang, bukan lah gayanya kan. haha. Gila lah aku sunyi. :( 

cap girl :: Nisya Irven memerangkap teman bilik :: Dia sekarang kerja kat KL. :(
Budak handsome, Arash Daniel :: Dia kat hostel lah. :(

Amreel Fahrin :: Dah 2 hari tak sekolah. Seronok pergi melancong ye!

Budak paling fotogedik, Dhiya Qatriesya :: Uit, Mak qisz rindu kamu lah! :(
Qaseh Qemelia :: Rindu suara nyaring ala-ala Ziana Zain awak tuh!

Qalisya Qaisara a.k.a CHUCKY :: Paling rindu! :(
Mr.CHENTA ::: Awak pandang shaye kan? Bila nak jumpa nieyh? 3 tahun dah tak jumpa. :'(
Ayat sedapkan perasaan :: Alawh, kan Amy ada tuh...POYO nak nangis. :'(

Aku SUNYI. *Bunyi cengkerik* Nak nangis, boleh?

Berita yang baru diterima : Nenek Kak Wulan meninggal. Dia lagi sedih. Sunyi. Dia nangis-nangis tadi. Aku pun nangis jugak, tenangkan dia. :'( Semoga roh nenek dia dicucuri rahmat oleh-Nya. Al-fatihah.

Aku bersyukur aku masih ada orang yang aku sayang.

Aku Bersyukur.


Saturday, January 22, 2011

Aku nak pergi!


This is it.
:)

Aku nak pergi!!
a killer hybrid of rock, pop, funk, and R&B, that showcases the band's considerable strengths: buoyant, unforgettable melodies, sleek, stylish grooves, charged lyrics about turbulent relationships, and crisp, dynamic performances.

Gila la kalau aku tak excited kan? Inilah yang aku tunggu-tunggu selama bertahun-tahun! Fuhh.Akhirnya, aku dah tahu tarikh M5 nak datang sini. Haha. Semenjak berita kedatangan mereka telah diumumkan oleh, Hitz.fm hari tuh, hari-hari jugaklah aku duk bukak Maroon5, tengok bila show kat Malaysia. Yes! akhirnya, bila aku bukak hari ni, aku dah tahu jawapannya. Eh, eh. Memang excited ok! :) 

Yang penting, aku nak duduk kat arena A, boleh kan? :) 

Siapa nak ikut? JOM?!



Pesanan ringkas untuk  Mr.CHENTA:
 "Awak cakap nak belanja saya pergi sini kan? kita pergi taw!!"

Saturday, January 15, 2011

Selamat Hari Lahir Bonda



Mom, your birthday is
the most special day of the year,
because without you I wouldn’t have
the all encompassing comfort
of a mother’s unconditional love…
your love, for me.
You are always there for me, Mom.
Whenever I need you,
to cheer me up, make me smile,
bolster my confidence,
or sympathize with me and ease my worries,
you fill up my empty, hurting places
with your boundless affection.
Your loving presence in my life
gives me a reassuring feeling
of security and peace.
Thank you, Mom,
and Happy Birthday!


Thursday, January 13, 2011

Kata-kata tak terkata

Please remind me to remind you
about reminding me to send you
this reminder that reminds me
of reminding you that you never have to
remind me to remember you, 
I ALWAYS DO!


Tuesday, January 11, 2011

14 Tips Untuk Jadi Menawan

Hoala semua. Hari ni jari jemari aku tergedik-gedik nak menaip dan kongsi tips yang bagus lagi mantap nieyh. Meh, check this out! Hehe. :) Korang semua boleh cuba tips ni kalau nak jadi menawan macam aku (Perasan abes Cik Balqisz) Haha. Mesti OK punya! Confirm boleh menawan hati setiap insan. Eceh!

14 TIPS UNTUK JADI MENAWAN

1)  Jadi orang yang berjaya. Kalau kita jadi orang yang berjaya, mesti menawan hati orang lain. Betul! betul! betul! :)

2) Amalkan undang-undang 30 saat. Maksudnya, bila kita jumpa seseorang, let say boyfriend or kawan kita, 30 saat pertama tu kita cakap apa yang menyenangkan hati dia. Sebagai contoh, "Eh, cantiknya rambut baru u! Colour pun lawa! I suka lah!" Seriously, orang akan rasa yang kita ni sangat menghargai dia.

3) Beritahu orang lain yang kita perlukan bantuan mereka. Ha, tips yang ketiga ni pulak camniey, if kita nak menawan hati seseorang tu, kita cakap kat dia yang kita perlukan bantuan dia. Contohnya, kita nak meluahkan sesuatu kat dia, takpun nak minta tolong hantar pergi mall ke. Trust me, orang tersebut pasti tertawan! hehe. Sebab..Dia rasa kita perlukan dia. :)

4) Jadi orang pertama yang membantu orang lain. Cubalah! Orang tu pasti tertawan dengan kita! :)

5) Puji orang di hadapan orang lain. Jangan sesekali kutuk orang secara terbuka! :)

6) Dorong, motivasi, bagi semangat pada orang lain untuk berjaya. Walaupun orang tu da putus asa, kita try untuk bagi semangat kat dia. At least, dia boleh bertenang, kan?

7) Berkongsi rahsia dengan orang lain. Orang tu akan anggap kita sangat perlukan dia bila kita sanggup berkongsi rahsia dengan dia. :)

8) Bersangka baik pada orang lain. Tak baik bersangka buruk kat orang lain tau. Bila kita ada rasa macam nak bersangka buruk jer, cepat-cepat buang je jauh-jauh perasaan tuh! :)

9) Bantu seseorang untuk melakukan sesuatu yang tidak boleh dia lakukan sendiri. Cuba kita letakkan diri kita kat tempat dia. Mesti terdetik kat hati kita untuk bantu dia. :)

10) Menemukan orang lain dengan orang yang dia nak jumpa. Kita boleh jadi kekuatan untuk dia jumpa dengan orang yang dia nak jumpa tuh. :)

11) Cari kunci untuk membuka hati orang lain. Yang ni pulak, bukan kunci rumah atau kunci pagar ye. Hehe. Kalau kita nak orang tertawan dengan kita, cuba sedaya upaya untuk cari kunci untuk buka hati dia. :)

12) Katakan benar dengan sayang. Ini pulak maksudnya teguran yang baik. Katakanlah kita tak suka new hairstyle kawan kita, nak tegur takut kecik hati pulak. So, kita cakap baik dengan dia. "I rasa kalau u buat rambut macam Justin Timberlake lagi handsome tau." Dia akan fikir yang kita ni ambil berat pasal dia. :)

13) Membantu tanpa niat apa-apa. Most important!! Kalau kita tolong orang lain, jangan minta dibalas apa-apa ataupun ada niat lain. Tolong orang, mesti ikhlas. :)

14) Ingat nama orang dengan baik. Biasanya, seseorang akan rasa bertuah dan disayangi bila kita ingat nama dia dengan baik. :)


So readers,
Semoga kita dapat MENAWAN Tuhan yang Esa, MENAWAN hati orang lain dan paling penting TAWANLAH hati kita sendiri. InsyaAllah, sedikit ilmu yang aku kongsikan ni dapat bagi manfaat untuk kita semua! :)

Sumber ::: My dearest diary, 08th June 2009 :::

Tuesday, January 4, 2011

Resepi Cik Balqis

Mari dekat, mari rapat. Meh sini Cik Balqisz nak berkongsi 1 resepi istimewa. Mama yang ajar aku masak nieyh. Maklumlah, mama cakap, duk rumah ni ambik lah kesempatan untuk menjadi seorang perempuan. haha. Resepi istimewa ini bertajuk, "Gulai nangka masak lada hitam"

Bahan-bahannya ialah,

1. Bawang merah
2. Bawang putih
3. Cili api
4. Lada hitam
5. Ikan bilis
6. Serai
7. Kunyit hidup
8. Garam secukup perasaan
(Bahan-bahan dari no.1-7 hendaklah ditumbuk ye)

9. Santan
10. and bahan utama, of course, Nangka :)

Bila bahan-bahan semua dah ready, masukkan dalam periuk macam nieyh,



Ok, then..bukak la api kat dapur gas tuh. hehe. ;) kacau perlahan-lahan ye kawan-kawan. Dan jangan lupa timbuk. Kalau tak buat, jawabnya, failed+tak sedap. Beberapa minit kemudian, masakan anda akan jadi macam ni,

Ha, kan menyelerakan tuh? :)
kacau lagi sampai menggelegak dan nangka dah cukup empuk.:) hasilnya,


Taraaa! Dah siap! :)
Mama cakap, percubaan pertama, aku LULUS! yeah!

Boleh dihidangkan untuk keluarga, bakal suami, suami, anak2..dan sebagainya..heheehe.:)


 Selamat mencuba! :)

New Year, New days, New ME.

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada kawan-kawanku sekalian. :) TerSKEMA pulak rasanya. hehe. First of all (tiba English pulak), cik Balqisz nak mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada semua. Semoga kita selamat segala-galanya hendak-Nya. InsyaAllah. Kepada kawan-kawan kolej yang dah sambung degree dan sambung belajar, GOOD LUCK! Semoga kamu semua menempah satu lagi kejayaan kat sana. Di kesempatan yang ada ni juga, aku mahu memohon maaf kepada semua, andai ada salah silap, terkasar bahasa. Haha. Dah macam berpidato pulak aku nieyh. :P

Selalunya la kan, orang kaitkan tahun baru dengan azam baru. Alah, Azam anak Pakcik Kadir tu..kenal? Ouh, bukan. Hehe. Setiap tahun sebenarnya aku memang ada azam baru. Ada yang tercapai, ada jugak yang tergendala. So, nak tahu apa azam baru aku? Tak payahlah. Segan jerk nak bagitahu. Yang penting tahun ni aku dah pun beli diari baru yang comel macam aku. hahaha. Kaler pink lagi. :) Dengan diari aku ni la aku celebrate tahun baru. Best gilew! landing atas katil, talking on the phone, sambil menulis. Beronok-ronok! :)

Nah, inilah dia. my new diary, comel kan? :)