Friday, December 30, 2011

Sisa-sisa 2011.

Pejam celik, pejam pelik, tinggal sehari je lagi sebelum masuk tahun baru 2012. Senang cerita, dah tinggal sisa-sisa, saki baki je. Ouch! Bagaimanakah kehidupan anda sepanjang 2011?

Mesti ada naik turun kan? Biasalah, lumrah kehidupan. Dah ada azam baru ke? Ke azam lama pun tak tercapai? Takpe, boleh bring forward ke tahun depan ye. (^_^)''

Urm, aku cuma paling berharap satu je. Aku masih bernafas dan teruskan kehidupan. Mana tahu ada kata-kata, janji atau apa saja yang masih belum selesai tahun ini, InsyaAllah aku boleh selesaikan tahun depan, ye dok? Makanya, aku mahu memohon ampun andai ada silap dan salah. Aku juga mendoakan kita semua memperoleh keberkatan dari Maha Pencipta. Amiiiiiin. (=.=)

Ok lah, I've got to go now. Jumpa lagi tahun depan. Chow!

Saya juga mendoakan jodoh anda berdua berkekalan. :)

:)

Pergilah...kalau hadirmu hanya untuk menyakitkan.


Aku tidak diberi apa-apa pilihan. (T_T)''

Thursday, December 29, 2011

Wednesday, December 28, 2011

Telemovie : Hatiku Di Kinabalu.

Hari apa entah, aku skodeng-skodeng cerita kat Astro Citra. Tersebutlah kisah ada telemovie yang macam best pulak,

 'Hatiku Di Kinabalu' 

Err, malangnya aku takde kesempatan nak tengok kat Tv, aku skodeng pulak kat You Tube. Hado cerita ni ropenye! Nah, korang boleh la layan cerita ni, sedih wooaah. Berkotak-kotak tisu aku nangis tengok cerita ni.#Pentipu. (^_^)''


Poster pun cun.


Cerita ni mengisahkan.....Baca kat sini :)

Nak lagi feel meh nengok kat sini,



Oraiit,, selamat menonton diucapkan.

Kepada semua lelaki yang berada di muka bumi ini, kalau korang kat tempat suami dia, korang akan buat benda yang sama ke? #Fikiran


Wordless Wednesday #16





# Ya, aku sangat handsome. Muahahaha.

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

Buta.



Lagu ni menosok qalbu la. Hadoiyai! :')


Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday#14

The Bride & The Groom

Me & The Pengapit

111211 - Sekali lagi Tahniah untuk anda berdua. 
Semoga dirahmati Allah selalu, berbahagia hingga ke akhir hayat!
Amiiiiiinnnn.

Friday, December 9, 2011

Majlis pertunangan yang sempoi but nice.

Nah tengok nih. Sempoi je kan? Kaler pelamin ni memang I like you uols. Ehem. Ehem. Handsome tak aku?


Bukan main nak pose dengan bantal bunga besor ni. :)


Haip! Ni muka bajet sopan santun, berbudi pekerti. Muahaha.


Euuuuuuwwww. Sopan habis la tu kononnya. Tapi serius la lawo bebenor orang yang bertunang ni. Lebih ayu dari aku yang kayu nih. HAHA.





See? Cun melecun pakai pink+putih! 
Aku? Tumpang ambik berkat je der...

"Selamat Bertunang dan aku mendoakan semoga hubungan anda kekal selamanya. InsyaAllah!"


Simple je majlis tunang akak ni. Dia jiran makcik aku kat kampung. Aku ingat nak amek gambo seluruh majlis ni, tapi apa kan daya aku datang lambat. Orang semua dah balik, nasib baiklah Cik mek molek yang bertunang ni ada hati nak bergambo dan membenarkan aku berangan kat pelamin dia. Hiuhiuhiu. :)

Lepas makan-makan, aku pergi jenjalan melihat suasana kampung. Kebetulan cuaca memang mengizinkan. Redup-redup, angin sepoi-sepoi language. Makanya, terjadilah sesi fotografi macam pre wedding photoshoot. (berangan lagi)


Err...kita sambung kat next entry okeh? Chow chin meoww....(^_^)''

Tuesday, December 6, 2011

Which is the best?




Simptom baru.

Aku takde selera nak makan + tak reti nak tidur awal + suka duduk diam je tanpa membuat sebarang pekerjaan + blurr nak meninggal time buat kerja kat office + senyum yang macam tak senyum + stress takde pasal + boleh jadi bengang tiba-tiba + sakit kepala......

Errrrrr..errrrrrr.....errrrrrrrr,



































...........dah kenapa dengan aku? Aku totally tak tahu. Tak faham.

Dalam kotak pemikiran aku, aku nak tidur supaya dapat mengubati segalanya. HAHA. Tapi memang malang bila tidur itu bukan untuk aku.

Berfikir lagi, I need to back to normal. Tapi macam mana kalau bila aku makan, aku rasa nak termuntah? Woi! Aku ialah pemakan tegar. Mengapakah aku jadi begini?

Mungkin badan aku ni salah setting la. Dan sekarang aku berfikir yang I need a vacation. Really need it. Mana lah tau boleh jadi terapi kan. Masalahnya entah bila la. T_T''

Esok adik aku Cik Nisya Irven nak berangkat ke kolej dah. Aiyoo...hidup aku kembali lah kepada kesunyian kotak-kotak. Hurm, takdelah lagi orang nak melayan aku gedik-gedik nak ikut dia dengan buayafren dia jenjalan. Hehe. Tapi dorang selalu kesian tengok aku blurr je kat rumah. HAHA. Terima kasih daun keladi. Nanti bawak jenjalan lagi tau. :)

Alamak! aku terlupa bawak kamera hari ni. Ingatkan nak upload gambar bertunang dengan pre wedding photoshoot. Kita jumpa next entry la...chow!


Ini hanyalah gambar yang tidak berkaitan.


Thursday, December 1, 2011

Spontaneous Thursday #14





"Ya Allah...Lindungilah aku dan keluarga aku....hanya padaMu aku bermohon Ya Allah..."




Yuna inspired.

Assalammualaikum and hello everyone! 

Semenjak dua menjak tiga menjak nih, kerja aku asyik mengGoogle Yuna's Style je. Wooosshh. It's cool bebeh and Mama please..I can't handle this. I'm fell in love with her style. :) So, apa yang aku inspired kat Cik Yuna Zarai nih? Meh sini aku nak berkongsi sikit. Gambor je yang banyak niha.



1. The jacket stylo mylo


Aku dah usha butik-butik online berhampiran, ada lah satu macam jaket Yuna ni, but the different is, the colour. Yang aku usha tu warna light pink. Tapi tetap aku suka! (usha je la dulu, duit takde lagi la woii)



2. Kasut Superb gojesss.


Kasut oh kasut. Satu lagi benda yang aku rasa macam tak nak elak dari hidup. Haha. Bila window shopping mesti nak tengok kasut itu lah, inilah. Buat masa, waktu dan ketika ini aku amat meminati boot. Ohh! hari tu tengok kat satu butik ni ada boot ya ampun gojess mojess! Harga pun gojess jugak. RM 80++/RM90++. Pergh berair hidung fikir nak beli ke tak. Rasanya membazir. =.=''






3. Shawl satin lemah lembut gemalai


Aku tak pernah pakai shawl satin.Tapi bila nengok orang lain pakai, lawo pulok! Ada la niat di hati nak try shawl lemah gemalai ikut rentak iklan sabun ni. Erm, aku prefer beli pashmina je, sebab dia panjang.





4. Skirt vs Seluar


Disebabkan aku macam dah tak berapa suka nak pakai seluar plus dah bertahun aku tak beli jeans, aku rasa pakai skirt macam sopan dan cantik cek mek molek aduhaiii...errggh. Skirt macam Yuna ni lawo kan? :) Eh, one more thing is, sekarang aku prefer seluar in Korean style (pulak dah!)





5. Tudung messy but sexy.


Sekarang ni dah takde orang nak kesah aku rasa kau nak pakai tudung gaya macam mana. Kuak lentang ke, kuak katak ke, pergi meninggal. Tak nak gosok tudung? Pun boleh. Style kot?! So, aku pun mungkin termasuk dalam golongan-golongan tersebut, kalau nak keluar jenjalan, bantai je belit shawl tu, then keluar rumah. Nak tengok gaya tudung pun mudah sekarang ni. Tu diaaaaaaaa! bersepah kat You tube. Semua di hujung jari katanya.

.......dan inilah cara aku hentam je pakai shawl,

Inner neck + lace skarf + shawl bling bling

Inner + pashmina + hooded bulu-bulu (aku taktau apa benda nama dia)

Inner + pashmina + belit suka hati (time rajin aku pakai gini pergi kerja)


HAHA. comot kan aku? :)




Psssssttt..nanti kalau I dah jadi ala-ala Yuna, I upload gambar ye you uols. Erk. :)

Thursday, November 24, 2011

Little brother Graduation Day!

Comel gila la budak kecik ni berkonvokesyen. Teringat whoaaah zaman kegemilangan aku dulu. Nostalgia sungguh. :)




Inilah budak comel bernama Amreel Fahrin. Sekarang dia dah pandai membaca tau. Pantang nampak perkataan kat Tv ke, surat kabo ke, buku, semua dia nak mengeja dan baca. Good! Lagi satu, dia hafal hadis...woaahhh! Thumbs up lah adik! 



Paling best pergi konvokesyen budak kecik ni satu je. Makanan! HAHA. Pagi-pagi aku, mama dan Cik Nisya Irven dah ready nak pergi majlis ni. Memangla tak sempat makan kat rumah. Sampai je kat sana, pergh macam-macam ada. Apa lagi? Rembat je la semua.





Err..dulu masa sekolah cikgu aku ajar, orang tamak, selalu kenyang. :) Mama dengan adik perempuan aku tak habis-habis ketawa tengok aku. Ha, makcik sebelah pun sama. Sukanyaaaaaa diorang tengok aku makan. Eh, dah memang sejak azali aku suka makan. (^_^)'' Ni first time aku makan apam polkadot. Gila comel+sedap. Bagi satu lori pun aku habiskan gamaknya.




Budak kecik 6 tahun ni selalu cakap kami berdua gedik. HAHA. Dah memang perangai kalau duduk dekat-dekat tak boleh stop bersembang, ketawa, nak makan pun sama-sama, apa semuanya nak berdua. Well, katanya kami berdua je la adik beradik perempuan kan. Rambut sama panjang, hati pun senang.*falsampah baru*

Mungkin benar apa yang kau katakan adik,





.....macam kakaknya pulak yang konvokesyen kan, tapi takpe, yang penting kita enjjooooooyyyyyy!*melompat*





Aku jeles tengok sijil adik aku nih. Lawo kot! Isk, apesal aku punya dulu tak macam ni? Sedarlah wahai Balqis...kau dulu sekolah kat Tabika KEMAS. Erk. =.=''




Last but not least, tahniah adik bucuk! Kakak sayang you so strong, ever and forever! Tahun depan darjah satu, jangan nakal-nakal tau kat sekolah. Kalau ada orang buli adik, adik buli balik tau! Hehe. Dengarlah nasihat bernas kakak kau yang comel macam kucing parsi nih. miaooo... :)

Spontaneous Thursday #13






"Everything is reminding of you, what can I do?"
-by Maroon5



Tuesday, November 22, 2011

On Syaza's wedding. Pak pak kompang, kedebung kedebung kedebung!

"Bila dua hati dah terjalin
Selamatlah pengantin kami doakan
Moga redha Allah bersinar selalu
Tanda bermula bahtera hidup

Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ada masa tenang dan masa gelisah
Jangan nafsu diikut melulu
Sabar dan kemaafan itu perlu

Beginilah resam manusia
Tak lari dari ketentuan Ilahi
Suami ketua isteri pembantu
Melangkah hidup saling berpadu
Susah dan senang hadapi bersama
Moga kekal ke anak cucu

Moga kekal hingga ke syurga" -Hijjaz, Selamat pengantin baru.





19 November 2011, tahniah buat Syaza dan suami. Semoga dimurahkan rezeki, diberkati Allah selalu...berbahagia dunia & akhirat. InsyaAllah! Amiiiinn.


....dan mintak maaf kengkawan yang lain, aku ingatkan sempat jumpa korang semua. Huhuk. Aku ada hal lain petang tu. Tak dapek la den nak nolongnyeee. ;)



Pergghhh..kau memang cun melecun habis Syaza! Siapa mak andam kau? Aku nak tempah. Haha. Makeup cantik gilooss!

"Apa rahsia hang kuruih Syaza?"
"Kau nak tau, kau kawin la dulu Qiss. Tapi kau dah kuruih sangat..."

Ok, sesiapa nak kurus,, sila kawin cepat! HAHA.







Yeah..Akhirnya seorang dari batch kita sudah pun selamat diijabkabulkan. Who's next? Ha, itu yang kita tak tahu! :) Mungkinkah anda? atau anda? ataukah anda? Erk. (^_^)''