Tuesday, February 2, 2016

Kehidupan.

Ya Allah memang lama gila tak update blog ni. 

Tetiba hari ni ada keinginan pulak nak bukak blog. Mihmih. :p Rindu nak menaip naip, rindu nak merepek kerepek kat sini. Dari belum kawin sekarang dah ada anak, baru aku nak singgah sini. Fuhh lama tu!

Kehidupan sekarang memang banyak sangat berubah. Tak macam dulu. Now I am a wife and a mother to my little boy, Noah. Tak sangka aku akhirnya menjadi seorang emak! Yeaaaay! Alhamdulillah. :')

Family aku pun dah berpindah negeri. Sobs. Sobs. So sekarang nak jumpa Mama kena naik kereta 3 jam baru sampai destinasi. Kekekee. Baru namanya balik kampung ye dok...

Dari sebelum kawin aku banyak nak kongsi cerita dalam blog sebenarnya. Tapi ye lah...rasa macam serabut sampai tak terluah. Nak cerita persiapan kawin semua pun dah terbengkalai. Hurm.

Tapi takpe, aku mencadangkang kepada diri sendiri supaya rajin update blog ni. Kipidap! Bukan apa aku cuma nak menyimpan cerita yang boleh jadi kenangan masa hadapan nanti. Boleh la kot kot Noah nak baca apa yang mama dia merepek dalam ni kan? Hehehe :)

By the way, this is Noah!


Masa ni dalam pantang lagi. Now Noah dah nak masuk 4 bulan.

Aku masih bekerja dan Noah dijaga oleh bibikku. Hihi. Ouh nama Noah memang seketul camtu je, tade dah nama lain. Noah bin Azizul hakim. Mula mula nak jugak gabungkan dua nama. Nak gabung dengan Adam (tak boleh tinggal Adam Levine punya pasal) then nak gabung dengan Abraham, Beto, macam macam lah. Lastnya, rasa serabut pepanjang, maka muncullah Noah sahaja. Hehe. Lagipun dulu selalu berangan nak nama anak seketul je. Sebab kesian nanti dah pandai menulis letih nak tulis nama sendiri kalau letak nama pepanjang. Haha. :p

Nampak tak kehidupan aku sekarang? Mak mak sangat okay? Memang pun...dalam kepala hotak aku ni asyik fikir Noah je. Yang penting sekarang Noah. Itu Noah. Ini Noah. Betul la orang cakap bila dah ada anak apa-apa mesti dahulukan dia. Ya Allah syukur Allah pinjamkan Noah untuk aku, semoga Noah jadi anak yang soleh! Mama loves you Noah! 

Ok ok nanti kita sambung story lagi ye? Got to go now. Chow!